Panggau Dayak
Panggau Dayak ialah bangunan pejabat menara berkembar yang terletak di Kuching, Sarawak. Bangunan ini mempunyai 9 tingkat dan dibina di atas tanah seluas 5 ekar (20,000 m2). Bangunan itu adalah usaha sama antara Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI). Oleh itu, kedua-dua menara tersebut dibahagikan kepada dua organisasi iaitu Bangunan Ibu Pejabat DCF dan DCCI. Ini juga termasuk kondominium dan pangsapuri kediaman. Bangunan ini terletak berhampiran universiti, hospital dan ibu pejabat DBNA.[1]
Panggau Dayak | |
---|---|
![]() | |
Maklumat umum | |
Alamat | Jalai Ong Tiang Swee, Taman Liong Seng, 93200 Kuching, Sarawak |
Koordinat | 1°31′43″N 110°20′47″E / 1.5287007515230169°N 110.34649341538369°E |
Pembinaan bermula | 20 Oktober 2020 |
Disiapkan pada | Ogos 2023 |
Dirasmikan pada | 19 Ogos 2023 |
Pembiayaan | RM103 juta |
Pemilik | Panggau Dayak Sdn Bhd |
Maklumat matra | |
Saiz | 5 ekar (0.020 km2) |
Butiran teknikal | |
Bilangan tingkat | 9 |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Douglas Uggah Embas, yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DCF, berkata projek itu termasuk komponen rumah kediamannya menelan belanja RM103 juta. Kerajaan negeri Sarawak juga memperuntukkan RM28 juta untuk menyokong pembinaan bangunan itu.[2] Bangunan ini rasmi dibuka pada 19 Ogos 2023[3]
Komponen kediaman projek yang dikenali sebagai PD Residence termasuk satu blok pangsapuri yang dipanggil Kapitan dan satu blok kondominium dikenali sebagai dan The Grange. Blok Kapitan, katanya, akan mempunyai lima tingkat dan 30 unit pangsapuri dan pembinaan dijangka bermula pada suku pertama tahun depan, manakala blok kondominium akan mempunyai 80 unit kediaman dan pembinaan dijangka bermula pada akhir 2023.[4]
Rujukan
sunting- ^ Rengenyan Labang (21 Oktober 2020). "Pelasar ngetanka budaya, ngemansang ekonomi Dayak". Utusan Borneo (dalam bahasa Iban).
- ^ Nur Ashikin Louis (7 Mac 2022). "Panggau Dayak twin tower ready by year-end". DayakDaily (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Natasha Jee (13 Ogos 2023). "Dayak Towers Ready for August 19". Sarawak News (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Menara Panggau Dayak sudah siap sepenuhnya". Suara Sarawak. 12 Ogos 2023.