Pandemik selesema 1957–1958
Selesema Asia yang juga dikenali sebagai pandemik selesema 1957–1958 ialah peristiwa pandemik virus influenza A subjenis H2N2 yang bermula dari Singapura dan membunuh lebih kurang sejuta orang di seluruh dunia.
Sejarah
suntingBaka virus yang menjadi punca pandemik ini ialah virus influenza A subjenis H2N2, iaitu gabungan semula virus selesema burung dan selesema manusia.[1] Memandangkan ia merupakan baka virus baru, tiada imuniti yang dimiliki oleh penduduk.[2] Kes selesema bermula di Singapura pada Februari 1957, Hong Kong pada April 1957, dan di bandar pesisir di Amerika Syarikat pada musim panas 1957.[3] Virus influenza H2N2 terus berkembang sehingga tahun 1968, ketika ia berubah melalui pemndahan antigenik menjadi virus influenza A subjenis H3N2, penyebab pandemik influenza 1968.[1][4]
Perkiraan kematian
suntingPenyakit ini dianggarkan mempunyai kadar komplikasi 3% dan mortaliti 0,3% di United Kingdom.[2] Secara keseluruhan, pandemik ini menyebabkan 1 hingga 2 juta kematian di seluruh dunia;[1] Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat menganggarkan 1,1 juta kematian di seluruh dunia.[5] Menurut satu kajian dalam Journal of Infectious Diseases, peningkatan kematian tertinggi berlaku di Amerika Latin.[6] Sekitar 70.000[4] hingga 116.000 orang meninggal di Amerika Syarikat.[7] Pada awal 1958 di United Kingdom, seramai 14.000 orang telah meninggal akibat selesema dari jumlah 9 juta orang yang jatuh sakit.[2] Menurut kajian oleh Barbara Sands, beberapa peningkatan kematian yang dikaitkan dengan program Lompatan Jauh ke Depan di China mungkin sebenarnya diakibatkan oleh selesema 1957. Selesema ini tidak berbahaya berbanding pandemik selesema Sepanyol 1918.[8]
Kesan ekonomi
suntingDow Jones Industrial Average kehilangan 15% dari nilainya pada separuh kedua 1957.[7] Di United Kingdom, kerajaan membayar £ 10.000.000 untuk faedah sakit dan beberapa kilang dan lombong terpaksa ditutup.[2] Banyak sekolah di Ireland terpaksa ditutup, termasuk 17 di Dublin.[9]
Rujukan
sunting- ^ a b c "1957 flu pandemic". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 April 2020.
- ^ a b c d Jackson, Claire (1 August 2009). "History lessons: the Asian Flu pandemic". British Journal of General Practoce. 59 (565): 622–623. doi:10.3399/bjgp09X453882.
- ^ "1957-1958 Pandemic (H2N2 virus)". CDC. Dicapai pada 8 April 2020.
- ^ a b "Pandemic flu virus from 1957 mistakenly sent to labs". CIDRAP (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 April 2020.
- ^ "1957-1958 Pandemic (H2N2 virus)". Centers for Disease Control and Prevention (dalam bahasa Inggeris). 22 January 2019. Dicapai pada 4 April 2020.
- ^ Viboud, Cécile; Simonsen, Lone; Fuentes, Rodrigo; Flores, Jose; Miller, Mark A.; Chowell, Gerardo (4 February 2016). "Global Mortality Impact of the 1957–1959 Influenza Pandemic". Journal of Infectious Diseases. 213 (5): 738–745. doi:10.1093/infdis/jiv534.
- ^ a b Pinsker, Joe (28 February 2020). "How to Think About the Plummeting Stock Market". The Atlantic. Dicapai pada 4 April 2020.
Perhaps a better parallel is the flu pandemic of 1957 and ’58, which originated in East Asia and killed at least 1 million people, including an estimated 116,000 in the U.S. In the second half of 1957, the Dow fell about 15 percent. “Other things happened over that time period” too, Wald notes, but “at least there was no world war.”
- ^ "1957 Asian Flu Pandemic". Global Security. Dicapai pada 4 April 2020.
- ^ Mullally, Una. "An 'Asian flu' pandemic closed 17 Dublin schools in 1957". The Irish Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 April 2020.
Bacaan lanjut
sunting- Cobos, April J.; Nelson, Clinton G.; Jehn, Megan; Viboud, Cécile; Chowell, Gerardo (2016). "Mortality and transmissibility patterns of the 1957 influenza pandemic in Maricopa County, Arizona". BMC Infectious Diseases. 16 (1): 405. doi:10.1186/s12879-016-1716-7. ISSN 1471-2334.