Pandemik COVID-19 di Rumah Putih
Pandemik COVID-19 di Rumah Putih ialah kluster jangkitan SARS-CoV-2 pada September dan Oktober 2020 di antara individu, termasuk banyak pegawai pemerintah, yang melakukan kontak rapat selama Pandemik COVID-19 di Washington, D.C.. Ramai orang terkenal telah dijangkiti, termasuk Presiden Donald Trump, yang menerima rawatan di hospital selama tiga hari.[2]
Pandemik COVID-19 di Rumah Putih Amerika Syarikat | |
---|---|
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Rumah Putih, Washington, D.C., Amerika Syarikat |
Kali pertama dilaporkan | 1 Oktober 2020 |
Kes indeks | 30 September 2020 |
Tarikh ketibaan | 26 September 2020 |
Kes yang disahkan | Sekitar 36[1] |
Kes di hospital | 3 |
Kebanyakkan jangkitan tersebut kelihatan berkaitan dengan acara yang diadakan pada 26 September di Taman Mawar Rumah Putih untuk pencalonan Amy Coney Barrett ke Mahkamah Agung, yang ternyata tidak melalukan penjarakan fizikal dan para hadirin tidak memakai pelitup muka. Trump sendiri mungkin dijangkiti pada masa itu, namun beliau dan rombongannya menghadiri beberapa acara berikutnya tanpa memakai pelitup muka, termasuk acara debat pertama jawatan presiden menentang Joe Biden di Cleveland, Ohio.[3] Sebaik kembali ke Washington dengan pesawat Air Force One, penasihat akhbar bernama Hope Hicks diarahkan menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan positif dan mempunyai gejala. Presiden melanjutkan penyeusuaian jadual ke pengumpulan dana di New Jersey dengan membaur dan tidak memakai pelitup muka bersama penderma.[4]
Jangkitan lainn termasuk Wanita Pertama Melania Trump; Senator Republikan Thom Tillis, Mike Lee, dan Ron Johnson; Manajer kempen 2020 Bill Stepien; Ketua Parti Republikan Ronna McDaniel; bekas penasihat Rumah Putih Kellyanne Conway; belaa Gabenor New Jersey Chris Christie; Presiden Universiti Notre Dame John I. Jenkins; Setiausaha Akhbar Rumah Putih Kayleigh McEnany; dan Penasihat Senior Presiden Stephen Miller. Pada 6 Oktober, sekurang-kurangnya 35 orang disahkan positif.
Kluster tersebut muncul pada minggu-minggu terakhir kempen Trump untuk Pilihan raya Presiden 2020, sekitar sebulan sebelum pilihan raya, 3 November. Pengulas mengkritik pihak Rumah Putih kerana memberikan maklumat yang bertentangan tentang keadaan Trump dan garis masa penularannya, serta menunda pendedahan diagnosis awal kakitangan Rumah Putih.[5] Pengarah Institut Kebangsaan Alergi dan Penyakit Berjangkit Anthony Fauci, ahli Pasukan Petugas Koronavirus Rumah Putih, mengatakan wabak itu sebenarnya boleh dicegah.[6]
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pandemik COVID-19 di Rumah Putih |
Rujukan
sunting- ^ Blasey, Laura (October 7, 2020). "Essential Politics: This is how a coronavirus outbreak unfolds". Los Angeles Times. Dicapai pada October 7, 2020.
- ^ Gross, Elana Lyn (October 4, 2020). "White House Outbreak: Chris Christie, Campaign Chief Among Those Near President Trump Who Have Tested Positive For Covid-19". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada October 3, 2020. Dicapai pada October 3, 2020.
- ^ Yong, Ed (October 2, 2020). "Biden's Negative Test Result Isn't Enough to Say He's in the Clear". The Atlantic.
- ^ Russ Choma (October 2, 2020). "Donald Trump Mingled Without a Mask at a New Jersey Fundraiser". Mother Jones.
- ^ Baker, Peter; Haberman, Maggie (October 5, 2020). "As Trump Seeks to Project Strength, Doctors Disclose Alarming Episodes". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada October 6, 2020.
- ^ Staff, Reuters (October 7, 2020). "Fauci says White House COVID-19 infections could have been prevented". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada October 7, 2020.