Pancur
Pancur (Inggeris: Ban Zu; Cina: 班卒; pinyin: Bānzú; Wade–Giles: Pan-tsu) ialah petempatan pelabuhan yang dipercayai berkembang maju di Singapura pada abad ke-14. Menurut beberapa pendapat, petempatan itu terletak di Bukit Larangan (Fort Canning Hill) dan di kawasan utara basin badan Sungai Singapura di antara bukit dan laut. Petempatan ini, sekali dengan Batu Berlayar, telah disebut oleh pengembara Cina, Wang Dayuan dalam karyanya, Daoyi Zhilüe sebagai dua petempatan yang membuat Temasek. Pancur berkemungkinan telah ditinggalkan selepas menghadapi sebuah serangan oleh empayar Siam ataupun Majapahit.
Nama
suntingBan Zu dipercayai merupakan transkripsi Cina bagi perkataan "pancur" dalam bahasa Melayu yang merupakan nama yang biasa dijumpai di kawasan ini. Fansur (Pansur) di Sumatera diketahui oleh orang Arab pada abad ke-10, dan Fansur juga nama bagi satu ibu kota di Johor pada abad ke-16.[1] Pernah terdapat sebuah pancuran di belah barat Bukit Larangan yang dipanggil "pancur larangan" yang dikatakan merupakan tempat mandi bagi wanita kerabat diraja di Singapura lama.[2]
Kisah sejarah
suntingMaklumat sejarahan tentang Pancur diperoleh daripada karya dinasti Yuan, Daoyi Zhilüe yang ditulis oleh Wang Dayuan. Pancur digambarkan lokasinya di bukit di belakang Batu Berlayar di Temasek. Kaitannya dengan Batu Berlayar tidak diketahui dengan pasti, dan gambaran orang di Pancur dan Batu Berlayar adalah berbeza, termasuk dari segi pakaian. Penduduk Batu Berlayar dikatakan terdedah kepada perlakuan pelanunan, manakala penduduk Pancur dikatakan orang yang jujur.
Wang melaporkan bahawa keluaran tempatan Pancur ialah topi kask burung enggang, kayu laka dan kapas. Mereka mendagangkan kain sutera, batang besi, cetakan kapas tempatan, emas merah, porselin dan perkakas besi.[3]
Penceritaan Wang menandakan bahawa kota Temasek diparit dan dipagarkan, dan juga bahawa Siam menentang perparitan kota Temasek dengan 70 buah kapal beberapa tahun sebelum pelawatannya. Namun, kota itu berjaya menahan tentangan tersebut untuk sebulan sehingga pihak Siam tinggal apabila duta Jawa secara kebetulan melalui kawasan itu.
Gambaran dan Arkeologi
suntingPancur dipercayai oleh segolongan ilmuwan terletak di Bukit Larangan dan kawasan berdekatan.[4][5][6] Puing kota lama di Singapura masih kelihatan pada awal abad ke-19, tetapi sudah diruntuhkan oleh pembangunan Singapura. Stamford Raffles menggambarkan sempadan kota lama itu dan pertahanannya, dan Residen British John Crawfurd menulis tentang puing tersebut dengan cara sedikit terperinci. Crawfurd pada 1822 menggambarkan kota lama itu sebagai lebih kurang berbentuk segi tiga dengan dasarnya kira-kira satu batu panjang. Kota itu dikelilingi di utara oleh lepasan dinding yang hampir sebatu (1.6 km) panjang, kira-kira 16 kaki (5 m) lebar dan lebih kurang 8–9 kaki (3 m) tinggi memanjang Jalan Stamford, di Timur oleh laut, dan di barat oleh caruk air masin yang boleh melimpah pada waktu air pasang. Sebatang anak sungai air tawar membentuk sebuah parit bersama dengan dinding itu. Wang Dayuan sebut bahawa Pancur dipagarkan, namun kelihatannya tiada pembukaan sepanjang dinding itu menurut Crawfurd.[7] Crawfurd juga menotakan ketinggalan beberapa bangunan, yang segelintirnya berasas batu bata, di belah barat dan utara Bukit Larangan. Antara bangunan-bangunan ini, termasuklah teres 40 kaki (3.72 m) persegi berdekatan puncak bukit itu yang difikirkannya ialah sebuah kuil, dan lagi satu teres hampir sebesar cerunan utara bukit itu yang orang Melayu tempatan percayai ialah makam Iskandar Syah (yang sebenarnya mangkat di Melaka).[8] Crawfurd juga sebut tentang pokok buah kuno yang ditanam di perladangan, dan menemui serpihan pasuan dan duit syiling Cina, yang terawal antaranya ditentukan umurnya dari abad ke-10 dinasti Song.
Pada 1928, sebuah sorokan hiasan emas gaya Jawa yang berumur dari abad ke-14 ditemui di Bukit Larangan sewaktu reservoir Bukit Larangan sedang digalikan. Antara yang terjumpa termasuk sepasang gelang tangan, sebentuk cincin, tiga pasang cincin (mungkin subang), sebuah hiasan dan kerongsang berpermata.[9] Sesetengah barangan ini termasuk kerongsang itu telah hilang semasa pendudukan Jepun di Singapura semasa Perang Dunia Kedua.[10]
Eskavasi arkeologi dijalankan di Bukit Larangan oleh John Miksic pada 1984. Kawasan eskavasi itu kemudian diluaskan ke kawasan berdekatan yang disempadani bukit, tebing Sungai Singapura dan laut, seperti Dewan Parlimen, bangunan Empress Place dan lain-lain tempat. Eskavasi tersebut mengesahkan kewujudan petempatan yang maju dan pelabuhan perdagangan pada abad ke-14.[11] Artifak-artifak yang dijumpa menunjukkan bahawa Bukit Larangan telah diduduki oleh golongan elit, kemungkinan dengan istana diraja. Bukit Larangan juga merupakan lokasi bengkel kecil-kecilan untuk pengitarsemulaan kaca dan kegiatan agama meskipun ia bukan sebuah pusat perdagangan. Oleh itu, di Bukit Larangan pada suatu masa dahulu terdapat kemungkinan terdiri pelbagai bangunan berkepentingan politik, keagamaan dan perdagangan. Di kawasan berdekatan bukit, telah ditemui bukti aktiviti perdagangan dan hasil-hasil kerja besi. Analisis porselin Cina yang dijumpai menunjukkan pendudukan pendudukan itu berlangsung dari abad ke-13 hingga abad ke-15,[11] namun bukti barangan tembikar menunjukkan kewujudan sebuah petempatan pada abad ke-12. Pusat diraja di Bukit Larangan berkemungkinan telah ditinggalkan sebelum 1400 selepas serangan oleh Siam ataupun Majapahit sepertimana ditandakan oleh kisah-kisah sejarahan.[4][11]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Wang Dayuan". History SG. Lembaga Perpustakaan Negara.
- ^ John Miksic (15 November 2013). Singapore and the Silk Road of the Sea, 1300–1800 [Singapura dan Jalan Sutera Laut, 1300–1800]. NUS Press. m/s. 216. ISBN 978-9971695743.
- ^ John Miksic (15 November 2013). Singapore and the Silk Road of the Sea, 1300–1800 [Singapura dan Jalan Sutera Laut, 1300–1800]. NUS Press. m/s. 177–178. ISBN 978-9971695743.
- ^ a b Derek Heng Thiam Soon (2002). "Reconstructing Banzu, a Fourteenth-Century Port Settlement in Singapore". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 75, No. 1 (282): 69–90. JSTOR 41493463.
- ^ Miksic, John N. (15 Disember 2011). John N. Miksic; Geok Yian Goh; Sue OConnor (penyunting). Rethinking Cultural Resource Management in Southeast Asia: Preservation, Development, and Neglect. Anthem Press. m/s. 220. ISBN 9781843313588.
- ^ Miksic, John N. (15 Disember 2011). John N. Miksic; Geok Yian Goh; Sue OConnor (penyunting). Rethinking Cultural Resource Management in Southeast Asia: Preservation, Development, and Neglect. Anthem Press. m/s. 220. ISBN 9781843313588.
- ^ Paul Wheatley (1961). The Golden Khersonese: Studies in the Historical Geography of the Malay Peninsula before A.D. 1500 [Khersonese Emas: Kajian Geografi Sejarahan Semenanjung Tanah Melayu sebelum A.D. 1500]. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. m/s. 120–122. OCLC 504030596.
- ^ John Miksic (15 November 2013). Singapore and the Silk Road of the Sea, 1300–1800 [Singapura dan Jalan Sutera Laut, 1300–1800]. NUS Press. m/s. 214. ISBN 978-9971695743.
- ^ R.O. Winstedt (November 1928). "Gold Ornaments Dug Up at Fort Canning, Singapore'". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 6 (4): 1–4.
- ^ "The Archaeology". World of Temasek. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2010.
- ^ a b c Miksic, John N (2000). "Recent Archaeological Excavations in Singapore: A Comparison of Three Fourteenth-Century Sites" (PDF). Bulletin of the Indo-Pacific Prehistory Association. 20: 56–61. ISSN 0156-1316. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-08-18. Dicapai pada 2017-04-01.
[[Kategori:Sejarah Singapura]] [[Kategori:Rencana yang mengandungi teks bahasa Cina]]