Pakaian Betawi merujuk kepada pelbagai jenis pakaian tradisional kaum Betawi, yang telah menetap dan berkembang di kawasan budaya Betawi sejak zaman dahulu, meliputi kawasan sekitar Jabodetabek di Indonesia sekarang.[1][2]

Pakaian Abang-None, salah satu pakaian tradisional Betawi yang popular

Jika diperhatikan dengan teliti, pakaian orang Betawi jelas memperlihatkan kepelbagaian budaya perantau yang datang dari seluruh Nusantara seperti Sunda, Jawa, dan Melayu; serta dari budaya asing terutama Arab, Cina, dan Eropah.[3]

Contoh pakaian lelaki: Baju Pangsi, Baju Sadariah, Jas Tutup Ujung Serong (Baju Demang), dan Jas Abang. Contoh pakaian wanita: Kebaya Kerancang, Kebaya Encim, Kebaya Enyak, dan Kebaya None.[1][4] Terdapat juga pakaian istimewa yang dipakai oleh pasangan pengantin Betawi semasa majlis perkahwinan, iaitu Dandanan Care Haji (lelaki)[5][6], dan Dandanan Care None Pengantin Cine (perempuan).[7]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Krisnawati, Rindang. "5 Pakaian Adat Betawi Beserta Sejarah Singkat dan Atributnya". detikedu (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-10.
  2. ^ Abdurachman dll., m/s. 14.
  3. ^ Abdurachman dll., m/s. 16.
  4. ^ "9 Jenis Pakaian Adat Betawi, Keunikan, Makna Beserta Atributnya". haibunda.com. Dicapai pada 2024-07-10.
  5. ^ Adi, Windoro (2010). Batavia, 1740: Menyisir Jejak Betawi (dalam bahasa Indonesia). Gramedia Pustaka Utama. m/s. 295. ISBN 978-979-22-5451-8.
  6. ^ Abdurachman dll., m/s. 10.
  7. ^ Florencia, Veve (2017-08-14). "Dandanan Care None Pengantin Cine". sumber.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-20. Dicapai pada 2019-04-20.

Bacaan lanjutan

sunting