Pagan Poetry
"Pagan Poetry" merupakan sebuah lagu yang dicipta oleh artis Iceland Björk. Lagu ini diterbit oleh Björk dan Marius De Vries. Pengadaptasian kotak muzik dalam lagu ini telah dibikin oleh Jack Perron dan versi penuhnya telah ditampilkan sebagai b-side dalam single seterusnya, "Cocoon".
"Pagan Poetry" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Björk | ||||
daripada album Vespertine | ||||
Sisi B | "Domestica" "Batabid" "Aurora" (Versi Opiate) | |||
Dilancarkan | November 2001 | |||
Format | CD | |||
Genre | Electronica IDM | |||
Panjang | 5:17 (Versi album) 4:01 (Suntingan radio) | |||
Syarikat | One Little Indian | |||
Penulis | Björk | |||
Penulis seni kata | Björk Guðmundsdóttir | |||
Penerbit | Björk Marius De Vries | |||
Kronologi single Björk | ||||
| ||||
Kulit lain | ||||
Kulit CD2 |
||||
Kulit DVD |
||||
sunting · sunting di Wikidata |
Pada Mac 2006, dalam majalah Rolling Stone ke-77 edisi Sepanyol, lagu ini telah diletakkan pada kedudukan 38 oleh pakar-pakar dalam sebuah senarai berkenaan lagu-lagu terbaik pada kurun ke-21.
Senarai lagu dalam single
suntingCakera padat 1
sunting- "Pagan Poetry" (Suntingan video)
- "Pagan Poetry" (Mix Matthew Herbert Handshake
- "Aurora" (Versi Opiate)
Cakera padat 2
sunting- "Pagan Poetry"
- "Domestica"
- "Batabid"
DVD
sunting- "Pagan Poetry" (Video)
- "Pagan Poetry" (Mix Matthew Herbert Handshake
- "Aurora" (Versi Opiate)
Video muzik
suntingSaya ingin mendedahkan beliau (Björk). Beliau sebenarnya agak mentah, kewanitaan dan seksi. Terdapat suatu aspek beliau yang berbeza yang tidak biasa muncul dalam videonya yang lain. Itulah yang saya minta kepadanya untuk lakukan dan itulah yang beliau lakukan. Pakaiannya berhenti sebaik sahaja di bawah dadanya dan beliau telah menjahit mutiara pada kulitnya.[1]
— Nick Knight, majalah NME
Video muzik bagi "Pagan Poetry" telah diarah oleh jurugambar Nick Knight. Video muzik berkisar tentang "seorang wanita yang sedang bersedia untuk perkahwinan dan kekasihnya". Video ini merupakan satu daripada video Björk yang bersifat kontroversi.
Dalam video ini, Björk dapat dilihat sedang 'memakai baju pengantinnya' dengan menindik dirinya sendiri. Video muzik ini juga mengandungi rakaman menunjukkan aktiviti seks antara Björk dengan kekasih sebenarnya, Matthew Barney. Rakaman ini telah diherotbenyotkan di dalam video tersebut. Sebelum penggambaran video, Björk telah meminta agar kehidupan seks sebenarnya dimuatkan ke dalam video.[2] Video ini berakhir dengan babak korset yang telah dijahit pada kulit.
Pakaian Björk dalam video ini telah direka oleh pereka fesyen yang bernama Alexander McQueen. Pakaian tersebut hanya menutupi bahagian bawah badan Björk, sementara bahagian atas badannya hanya dilitupi (secara jarang) dengan mutiara.
Video muzik ini telah diharamkan penyiarannya di saluran MTV di Amerika Syarikat, namun akhirnya disiarkan jua di dalam rancangan yang bertajuk "20 Most Controversial Music Videos" (20 Video-video Muzik Paling Kontroversi).
Carta
suntingKedudukan tertinggi single ini di UK ialah nombor 38 sementara di Kanada pula, single ini berjaya mencapai kedudukan nombor 12.
Krusunting
Kru terlibat dengan pembikinan video muziksunting
Versi-versisunting
Rujukansunting
Pautan luarsunting |