Padma Purana (Sanskrit: पद्मपुराण atau पाद्मपुराण, Padma-Purana atau Pādma-Purana) adalah teks kedua daripada lapan belas Mahapurana, iaitu genre teks dalam agama Hindu. Nama Purana ini dinamakan "Padma" bermaksud teratai, iaitu teratai pada tangan Vishnu.

Vishnu bersemayam di atas bunga teratai (Padma) dan memegang sekuntum teratai.

Nampaknya terdapat dua versi utama—versi Bengal dan versi India Selatan—bagi purāṇa ini, walaupun hanya versi India Selatan yang telah dicetak.

Jumlah keseluruhan grantha atau ayat adalah sebanyak 55,000, yang dibahagikan kepada 690 adhyāya atau bab yang dimuatkan dalam enam khaṇḍa atau buku.

Purana ini telah digolongkan dalam kategori Sattva purana dan diklasifikasikan sebagai sebuah teks Vaishnava.

Purana ini mungkin berkembang sepanjang tempoh dari tahun 600 hingga 1400 Masihi. Pada dasarnya walaupun Purana ini memuji keagungan Vishnu, ia tidak bersikap antagonistik dengan sebarang mazhab atau agama lain. Tuhan Siva dan Tuhan Shakti juga sangat dihormati dalam teks ini.[1] [2] Ia juga memberikan maklumat tentang tempat-tempat suci di seluruh India.[3]

Kandungan

sunting

Ādikhanda (atau Svargakhanda) (62 bab)

sunting

Bahagian ini mengandungi:

  • Butiran geografi India purba (disebut Jambudvipa dan Bharatavarṣa)
  • Huraian tīrtha (tempat ziarah suci dalam agama Hindu) termasuk upacara dan ritual yang berkaitan dengan lawatan ke tempat-tempat tersebut. Antara tempat suci yang disebut ialah : Prayaga yang mengandungi Triveṇī saṅgama (pertemuan tiga sungai: Ganga, Yamuna, dan Sarasvati yang bawah tanah) dipuji sebagai yang terbaik daripada semua tīrtha.
  • Kod etika dan tugas empat Ashrama

Bhūmikhaṇḍa (125 bab)

sunting

Bahagian ini mungkin dinamakan Bhūmikhaṇḍa untuk menunjukkan kepentingan bumi, satu-satunya tempat di mana pencerahan rohani boleh berlaku.

Pelaksanaan tugas seseorang ditekankan di sini sebagai sesuatu yang penting seperti tīrtha atau tempat suci, kerana ia menyucikan orang yang melaksanakannya.

Cerita-cerita mengenai kepentingan bakti kepada ibu bapa, pengulangan nama Tuhan, dan beberapa aspek dharma.

Penerangan tentang svarga (syurga) dan naraka (neraka) juga diberikan secara ringkas.

Brahmakhaṇḍa (26 bab)

sunting

Ini adalah bahagian yang paling pendek dalam purana ini.

Topik yang dibincangkan di sini termasuk Bhakti kepada Tuhan. kepentingan perkhidmatan fizikal di kuil, keagungan perayaan Krishna Jayanti, perbuatan mulia yang membawa kepada kelahiran anak yang baik, kepentingan ekadasi vrata (puasa), kuasa nama Tuhan dan larangan dalam meratib nama Tuhan.

Pātālakhaṇḍa (113 bab)

sunting

Dalam bahagian ini terdapat huraian topik-topik berikut:

  • Aswamedhayaga (korban kuda) yang dilakukan oleh Rama.
  • Riwayat Rama yang berbeza dengan Ramayana karya Valmiki. Di sini Sita bersatu semula dengan Rama dan hidup selama bertahun-tahun lagi.
  • Pertempuran antara Lava dan Kusa menentang tentera Rama
  • Riwayat dan keagungan Sri Krishna. Para Gopi di Vrindavan dinyatakan di sini sebagai para resi atau pertapa dari Tretayuga yang telah terpesona oleh keindahan dan pesona Rama, dilahirkan semula untuk bersama dengan-Nya.
  • Maklumat tentang salagrana (batu suci Vishnu), mantera khas Sri Krishna dan cara-cara meratibnya, pemujaan kepada Tuhan Vishnu
  • Ciri-ciri serta kesan bhakti (bakti) sejati
  • Keagungan Tuhan Siva, lambang dan nama-Nya, serta kepentingan bhasma (abu suci)

Sṛṣṭikhaṇḍa (82 bab)

sunting

Bab ini menyentuh topik tentang:

  • Penciptaan alam
  • Kisah-kisah dewa (devas) dan raksasa (danava)
  • Sraddha (upacara penghormatan kepada leluhur)
  • Upacara korban yang dilakukan oleh Brahma
  • Kisah pertapa Agastya menundukkan gunung Vindhya
  • Beberapa puasa (amalan agama)
  • Kisah Mahisasura
  • Kemunculan teratai emas dari pusar Vishnu; kelahiran Brahma dari teratai ini
  • Ciri-ciri seorang brahmana baik dan buruk
  • Kepentingan pelbagai jenis dana (sedekah)
  • Kepentingan manik rudraksha dan daun tulasi
  • Makna penyembahan Gaṇesha dan Durga.
  • Penyembahan Navagraha (sembilan planet)

Uttarakhanda (282 bab)

sunting

Judul ‘uttara’ untuk bahagian ini hanya bermaksud ‘terakhir’. Ia adalah bahagian terakhir membentuk purāṇa ini.

Kandungan bahagian ini boleh diringkaskan seperti berikut:

  • Keagungan tempat ziarah seperti Śrīśaila dan Haridvāra serta sungai Ganges dan Yamuna;
  • Kepentingan annadāna (memberi makanan);
  • Penerangan tentang 24 ekādaśī (hari ke-11 setiap dua minggu);
  • Vishnu Sahasranama (berbeza daripada yang diberikan dalam Mahabharata);
  • Penerangan dan keagungan Vaishnava (penyembah Vishnu);
  • Pertempuran antara dewa dan raksasa;
  • Penyembahan śālagrāma (simbol batu Vishnu);
  • Kaedah untuk mengamalkan perayaan Deepavali;
  • Beberapa lagi tempat ziarah;
  • Keagungan Bhagavad Gita yang dijelaskan melalui cerita;
  • Kepentingan Srimad Bhagavata;
  • Penerangan tentang beberapa neraka, yang jumlahnya di sini adalah 140;
  • Bagaimana mandi di sungai suci pada bulan Māgha (bulan lunar ke-11, biasanya pada bulan Februari) menyucikan dosa besar;
  • Proses ritual berkaitan dengan mantera Tuhan Vishnu;
  • Kisah pengadukan lautan susu untuk mendapatkan amirta (madu keabadian);
  • Sepuluh avatara atau penjelmaan Vishnu.

Pautan Luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Dalal, Rosen (2014). Hinduism: An Alphabetical Guide. Penguin. ISBN 978-8184752779.
  2. ^ Rocher, Ludo (1986). The Puranas. Otto Harrassowitz Verlag. ISBN 978-3447025225.
  3. ^ Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism