Othman Hamzah
Othman bin Hamzah (lahir 1961) merupakan penyanyi lelaki Singapura yang mencapai zaman kegemilangannya pada 70-an. Othman memulakan kerjayanya pada usia 16 tahun setelah memenangi tempat kedua dalam Adubakat Televisyen Singapura bahagian solo pada 1978 dengan mendapat 243 mata, 11 mata di belakang juara iaitu Faridah Dolah melalui lagu "If You Walk Away".[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18]
Othman Hamzah | |
---|---|
Kelahiran | 1961 (umur 62–63) Singapura |
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1977–kini |
Kehidupan
suntingOthman merupakan anak keempat daripada enam orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan daripada Sekolah Menengah Whitley. Beliau juga merupakan antara anggota dalam kugiran The Heartbreak Kids dan The Expressions.[19]
Beliau telah berkahwin ketika berusia 22 tahun dengan Sharifah Radziah Syed Yahya dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Iskandar Shah, Shafiqah dan Raaiqa.
Diskografi
suntingAlbum studio
sunting- Othman Hamzah (1979)
- Rintihan Hati (1979)
- Gadis Melayu II (1986)
Lagu
sunting- "Gadis Melayu" - lagu asal Ahmad Albar dari Indonesia yang melonjakkan namanya di Malaysia, dirakamkan pada album ke-4 pada 1982. Album keempat ini juga menampilkan Kumpulan Sweet Charity sebagai pemuzik pengiring untuk lagu-lagu dalam album ini.
- "Musliha" - lagu daripada album pertamanya pada 1979.
- "Tanjung Puteri"
- "Tukar Cincin"
- "Jalan Bahagia"
- "Bungaku"
- "Oh! Ibu Tolong Lamarkan"
Filemografi
suntingTelevisyen
sunting- Ilham Komposer (TV1)
Anugerah
sunting- Artis Retro No.1 Malaysia oleh Sinar FM (2006)
Rujukan
sunting- ^ Eddy Nor Ali (2 Jun 2019). "Othman Hamzah masih diingati, diminati". Berita Harian Singapura. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2020. Dicapai pada 7 Jun 2020.
- ^ Tang, Geraldine (9 Oktober 1978). "Quest for talent on tonight" [Pencarian bakat berlangsung malam ini]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris) (diterbitkan 10 Oktober 1978). Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ Sung, Bailyne (13 Oktober 1978). "A talentime with far higher standards" [Uji bakat dengan tanda aras yang lebih tinggi]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris) (diterbitkan 14 Oktober 1978). Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Four groups and 10 soloists in 1st round" [Empat kumpulan dan 10 orang penyanyi solo dalam pusingan pertama]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris) (diterbitkan 21 November 1978). 20 November 1978. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "'Warm-up' preview before the finals" [Pratonton ‘pemanasan badan’ sebelum pusingan akhir]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris) (diterbitkan 12 December 1978). 11 December 1978. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Adubakat RTS: Peserta ke final sibuk berlatih". Berita Harian Singapura (diterbitkan 13 December 1978). 12 December 1978. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ Tang, Geraldine (14 Disember 1978). "Run-down of singers as countdown to final begins" [Ringkasan penyanyi-penyanyi bilamana perlawanan akhir makin mendekat]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris) (diterbitkan 15 Disember 1978). Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "The night of the kaypohs" [Malam riuh-rendah]. New Nation (dalam bahasa Inggeris). 17 December 1978. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "The finalists:" [Peserta akhir:]. New Nation (dalam bahasa Inggeris) (diterbitkan 20 December 1978). 19 December 1978. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ Zawiyah Salleh (19 Disember 1978). "Bakat RTS: Ramalan profesional". Berita Harian Singapura (diterbitkan 20 Disember 1978) – melalui NewspaperSG.
- ^ "Adubakat Inggeris RTS: Siaran langsung di TV malam ini". Berita Harian Singapura (diterbitkan 28 Disember 1978). 27 Disember 1978. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ Zawiyah Salleh (28 Disember 1978). "5 gadis johan kumpulan A-bakat". Berita Harian Singapura (diterbitkan 29 Disember 1978). Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Talentime winner Faridah's tears of joy" [Juara adu bakat Faridah menangis kegembiraan]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 29 Disember 1978. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Women prove they are the better singers" [Penyanyi terbaik sudah terbukit ialah wanita]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 29 Disember 1978. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ Soh, Susie (29 Disember 1978). "Faridah and Cavarelle top Talentime '78 finals" [Faridah dan Cavarelle peserta terakhir Adubakat '78 terata]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Gambar oleh Wan Seng Yip dan Albert Sim. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ Zawiyah Salleh (31 Disember 1978). "Bimbingan ibu punca kejayaan Faridah". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Halaman 2 Yang Lain-lain Ruangan 2". Berita Harian Singapura. 31 Disember 1978. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ Lim, Saw Puay (4 Januari 1979). "After the heat of talentime, a cool look at the judging" [Pandang semula adubakat selepas bahangnya menyejuk]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Othman Hamzah rakam 12 lagu baru". Berita Harian Singapura. 25 Mac 1979. Dicapai pada 7 Jun 2020 – melalui NewspaperSG.