Osman Ayob
Osman Ayub ialah seorang penulis di Malaysia yang telah menghasilkan banyak karya. Beliau menerbitkan karya seperti Gelombang Buana, Anak Primadona dan Ombak Bukan Penghalang. Antara karyanya seperti novel Meniti Impian juga digunakan sebagai KOMSAS dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu di Peringkat Tingkatan 2.[1]
"Osman Ayob amat mementingkan kualiti dalam penulisan novel dan cerpen. Osman Ayob jarang menghasilkan novel yang bertemakan percintaan semata-mata. Novel yang dihasilkan oleh Osman Ayob sering mendapat sambutan daripada Syarikat Dewan Bahasa dan Pustaka untuk diterbitkan."
"Corak penceritaan novel-novel Osman Ayob lebih kepada persoalan kemasyarakatan yang menghadapi pelbagai ujian hidup."
- Acamedia: Pemikiran Osman Ayob dalam Novel Warna Sebuah Lembah
Latar Belakang Osman Ayob
suntingOsman Ayob dilahirkan pada 18 April 1951 di Kampung Alor Gelenggang, di daerah Yan, negeri Kedah. Beliau mendapatkan pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar dan pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim. Selepas itu, beliau lulus dan berjaya dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sebagai calon persendirian.
Pada tahun 2013, beliau menyambung pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 2017 sebelum peringkat Sarjana Sastera pada tahun 2021/2022. Beliau juga lulus PhD dari International Management Development Institute di Indonesia.[2]
Karya Terbitan
suntingOsman Ayob menerbitkan banyak karya. Beliau bermula menulis sejak tahun 1975 dalam genre cerpen dan novel. Beliau telah menghasilkan 170 buah cerpen dalam pelbagai akhbar dan majalah tanah air. Ini adalah senarai karya kebanyakannya:[3][4][5]
Nama Karya | Tahun Diterbitkan |
---|---|
Meniti Impian | 1993 |
Dukhan: Langit Akhir Zaman | 2013 |
Kumpulan Cerpen: Melamar Rindu | 2001 |
Kumpulan Cerpen: Gila Tak Gila | 2017 |
Menyisih Awan Kelabu | 2006 |
Misteri Banglo Tinggal | 1993 |
Lembah Kencana | 2012 |
Gelombang Buana | 2007 |
Kumpulan Cerpen: Tembok Masih Tinggi | 2013 |
Kugenggam Tanganmu | 2018 |
Ombak Bukan Penghalang | 2007 |
Antologi Cerpen Remaja: Mutiara Bonda | 2006 |
Anak Primadona | 2012 |
Jeritan Pulau | 2011 |
Komplot Sebuah Sarkas | 2010 |
Kumpulan Cerpen: Bayangan Silam | 2009 |
Warna Sebuah Lembah | 1990 |
Merintis Denai | 2005 |
Musim Itu Telah Berlalu | 1984 |
Misteri di Latar Cermin | 2012 |
Di Pinggir Kesedaran | 1993 |
Hati yang Terguris | 1990/1991 |
Antologi Puisi : Meniti Dekad | 2016 |
Demi Kasihku | 2012 |
Rumpun Nipah di Tengah Sawah | 1985 |
Peniup Seruling | 2000 |
Tafakur | 2010 |
Hadiah dan Anugerah
suntingIni adalah senarai hadiah dan anugerah Osman Ayob:[2][6]
Nama Hadiah dan Anugerah | Tahun |
---|---|
Hadiah Utama Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA | 1981 |
Hadiah Cerpen Berunsur Islam | 1980 dan 1983 |
Hadiah Novel Yayasan Sabah-GAPENA IV | ? |
Hadiah Utusan Cerpen Public Bank | 1990 dan 1993 |
Hadiah Peraduan Mengarang Cerpen UMNO 50 Tahun | 1996 |
Hadiah Peraduan Cerpen Berunsur Sejarah Kedah | 1999 |
Hadiah Utama Peraduan Cerpen PERKESO (Kategori Bahasa Malaysia) | 2000 |
Hadiah Penghargaan dalam Sayembara Penullisan Cerpen Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan | 2006 |
Hadiah Sastera Perdana Malaysia | 2008/2009 |
Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 Kategori Cerpen Eceran | 2012 |
Rujukan
sunting- ^ Meniti Impian (novel Osman Ayob), 2023-01-19, dicapai pada 2024-02-02
- ^ a b "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-02-02.
- ^ "Books by Osman Ayob (Author of Meniti Impian)". www.goodreads.com. Dicapai pada 2024-02-02.
- ^ "Osman Ayob: books, biography, latest update". Amazon.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-02.
- ^ "Author Search Results". wilmu2.trglib.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-03.
- ^ Asri, Khairi. "pemikiran osman ayub dalam novel warna sebuah lembah". Cite journal requires
|journal=
(bantuan)