Orpington (ayam)
Orpington adalah satu baka ayam daripada Britain. Ia mula dibiakkan pada akhir kurun ke-19 oleh William Cook dari Orpington, Kent yang terletak di tenggara England.[3]:115 Ia bertujuan untuk dijadikan baka dual-guna; untuk menghasilkan telur dan daging, tetapi kemudian menjadi unggas hias untuk pertandingan.[4][5]
Negara asal | United Kingdom |
---|---|
Standard | |
Ciri-ciri | |
Berat | Jantan: 3.60–4.55 kg[1] |
Betina: 2.70–3.60 kg | |
Jenis balung | sisir sederhana |
Klasifikasi | |
APA | Inggeris |
PCGB | bulu lembut: besar[2] |
Ayam Gallus gallus domesticus |
Sejarah
suntingAsalnya, Orpington Hitam telah dibiakkan oleh William Cook pada tahun 1886 dengan mengacukkan Minorca, Langshan dan Plymouth Rock untuk menghasilkan satu baka ayam hibrid baharu. Cook telah memilih seekor ayam hitam di mana ia dapat melindungi kesan-kesan kotoran dan jelaga di London.[6]:158 Apabila baka ini dipertontonkan di Madison Square Gardens pada tahun 1895, popularitinya menyerlah.[3]:115 Cook also bred the Orpington Duck.[7]:74
Warna-warna asal adalah hitam, putih, buff (kuning cair), biru dan splash.[perlu rujukan] Meskipun terdapat banyak variati tambahan yang diiktiraf di seluruh dunia, hanya warna-warna asal yang diiktiraf oleh Standard Amerika, di mana Buff merupakan warna yang banyak didapati.[8]:98 Pada awal kurun ke-20, Herman Kuhn dari Jerman mula membangunkan satu variati bantam.[6]:254 Variati bantam masih mengekalkan penampilan ayam bersaiz standard tetapi bersaiz lebih kecil. Terdapat sejumlah besar variati warna untuk versi bantam termasuk hitam, renda biru, putih, buff, renda hitam-kuning, berjalur, kuning Columbia, dan birchen.[6]:254 Bantam juga mengekalkan personaliti mesra tetapi jarang atau tidak pernah terbang.[6]:254
Di UK, kelab khusus untuk baka ini adalah Kelab Orpington, yang mana digabungkan dengan Kelab Bantam Orpington pada tahun 1975.[perlu rujukan] Kelab Orpington United adalah kelab peminat Amerika, manakala Kelab Orpington Australia merupakan kelab baka ini di Australia.
Ciri-ciri
suntingTerdapat dua baka yang serupa tapi berlainan standard untuk Orpington. Ia pertama kali diterbitkan oleh Kelab Unggas Great Britain dengan berat antara 3.60 hingga 4.55 kg untuk ayam jantan dan 2.70 hingga 3.60 kg untuk ayam betina.[1] Ia juga boleh didapati dalam saiz besar, badan lebar dengan postur rendah, dan bulu-bulu yang meremang keluar menjadikan ia kelihatan besar; bulu-bulu dari badannya menutupi hampir keseluruhan kaki-kakinya. Cici-ciri lain termasuk bentuk badan melengkuk dengan belakang yang pendek, dan bahagian bawah yang berbentuk-U. Kepalanya kecil dengan balung sisir bersaiz sederhana.
-
Seekor Orpington Buff (kuning cair)
-
Seekor Orpington Lavender
Kegunaan
suntingOrpington mampu bertelur antara 175 hingga 200 biji telur berwarna perang muda bersaiz [6]:158 sederhana hingga besar[3]:115 setahun.
Ia dikatakan pada satu masa Orpington menghasilkan telur setinggi 340[3]:115 biji setahun. Penurunan pengeluarannya diakibatkan oleh para penternak yang memilih penampilan berbanding utiliti.[8]:98
Rujukan
sunting- ^ a b The Orpington Breed Standards. The Orpington Club. Accessed August 2014.
- ^ Breed Classification. Poultry Club of Great Britain. Archived 12 June 2018.
- ^ a b c d Pam Percy (2006). The Field Guide to Chickens. St. Paul, Minnesota: Voyageur Press. ISBN 9780760324738.
- ^ Chickens: Soft Feather: Heavy. Poultry Club of Great Britain. Archived 18 November 2018.
- ^ Orpington. Poultry Club of Great Britain. Accessed October 2019.
- ^ a b c d e Esther Verhoff (2003). The Complete Encyclopedia of Chickens. Lisse, Netherlands: Rebo International. ISBN 9789036615921.
- ^ Dave Holderread (2011). Storey's Guide to Raising Ducks, 2nd edition. North Adams, Massachusetts: Storey Publishing. ISBN 9781603427456.
- ^ a b Carol Ekarius (2007). Storey's Illustrated Guide to Poultry Breeds. North Adams, Massachusetts: Storey Publishing. ISBN 9781580176675.
<ref>
dengan nama "roberts" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.Pautan luar
suntingKategori berkenaan Orpington (ayam) di Wikimedia Commons