Order of the Golden Kite
Darjah Golden Kite (金鵄勲章 , Kinshi Kunsho, secara harfiahnya Darjah Burung Helang Kembara Emas) ialah darjah kebesaran Empayar Jepun, dizahirkan pada 12 Februari 1890 oleh Maharaja Meiji "untuk memperingati Jimmu Tennō, Romulus Jepun."[1] Ia secara rasminya dimansuhkan oleh Pemerintah Tertinggi Kuasa Bersekutu di Taklukan Jepun pada tahun 1947 selepas Perang Dunia II.
Latar belakang
suntingOrder of the Golden Kite merupakan anugerah tentera yang eksklusif, dikurniakan untuk keberanian, kepimpinan atau pemerintahan semasa pertempuran. Ia berkedudukan hanya dibawah Order of the Chrysanthemum dalam susunan keutamaan dan bersamaan tentera dalam Order of the Paulownia Flowers; dengan itu, ia boleh dianggap setaraf dengan bahagian tentera Order of the Bath di United Kingdom.[2] Tiga kelas yang pertama adalah bersamaan dengan tiga bahagian dari Order of the Bath, manakala kelas keempat, kelima, keenam dan ketujuh bersamaan dengan DSO, MC/DSC, DCM/CGM dan DSM/MM. [perlu rujukan].
Darjah ini terdiri dari tujuh kelas. Askar lain-lain pangkat layak untuk kelas 7 - 5, pegawai tanpa tauliah layak untuk kelas 6 - 4, pegawai rendah untuk kelas 5 - 3, pegawai medan untuk kelas 4 - 2 dan pegawai kanan untuk kelas 3 -1.
Sejumlah 1,067,492 anugerah Order of the Golden Kite telah dibuat disepanjang kewujudannya, kebanyakkan dalam kelas dua terendah iaitu 6 dan 7. Hanya 41 daripada Kelas 1 dan 201 dari Kelas 2 telah dikurniakan.
Melalui konflik:
- Perang China-Jepun Pertama: hampir 2000
- Perang Jepun-Rusia: hampir 109,600
- Perang Dunia I: hampir 3000
- Peristiwa Manchuria: hampir 9000
- Perang China-Jepun Kedua: hampir 190,000
- Perang Pasifik: hampir 630,000
Anugerah ini didatangkan dengan perbelanjaan gaji tahunan, ditetapkan pada tahun 1916. Anugerah ini untuk seumur hidup, dan selepas kematiannya, ia boleh dikurniakan pada keluarga penerima setahun selepas itu. Jika si penerima mati dalam masa 5 tahun selepas menerima penghomatan ini, gaji tahunan akan diserahkan pada keluarga itu sehingga berakhirnya tempoh 5 tahun.[3] Pada tahun 1939, gaji tahunan dinyatakan seperti berikut:
- Kelas 1-1500 yen
- Kelas 2-1000 yen
- Kelas 3-700 yen
- Kelas 4-500 yen
- Kelas 5-350 yen
- Kelas 6-250 yen
- Kelas 7-150 yen
Oleh kerana gaji bulanan bagi prebet dalam Tentera Darat Imperial Jepun pada masa itu ialah 8 Yen, 80 sen, ini adalah jumlah yang sangat besar. Perbelanjaan gaji ini telah dimansuhkan pada tahun 1940.
Darjah ini kadangkala dikurniakan secara individu, kadangkala dikurniakan secara beramai-ramai. Pada pertengahan Oktober 1942, anugerah selepas mati telah diumumkan mengikut upacara di Kuil Yasukuni. Penerima anugerah selepas mati termasuklah 995 orang yang telah terkorban dalam pertempuran semasa perjuangan terpencil Perang Pasifik dan 3,031 orang lagi terkorban di China. Dalam hal ini, siaran radio rasmi Tokyo menyenaraikan penerima selepas mati Order of the Golden Kite telah dipantau oleh Tentera Bersekutu di Asia.[4] Bilangan penerima anugerah tidak dianggap luar biasa pada masa itu, tetapi bilangan anugerah selepas mati dianggap perlu diberi perhatian oleh penganalisis Bersekutu.[5] Pegawai kanan tertentu tentera laut dan tentera darat telah dinamakan; dan disamping itu, penghargaan istimewa telah diberikan pada 55 juruterbang tentera laut dan 9 "anggota serangan khas flotila"—iaitu kapal selam kecil yang mengambil bahagian dalam serangan Pearl Harbor.[4]
Darjah Golden Kite secara rasminya telah dimansuhkan oleh Pemerintah Tertinggi Kuasa Bersekutu di Taklukan Jepun pada tahun 1947.
Kelas | |||
Kelas Ketujuh | Kelas Keenam | Kelas Kelima | Kelas Keempat |
Kelas Ketiga | Kelas Kedua | Grand Cordon |
Simbolisme
suntingLencana ini memaparkan burung helang emas, utusan kami seperti yang digambarkan dalam kronikel purba Jepun Nihon Shoki, yang menolong Maharaja Jimmu mengalahkan musuh-musuhnya dalam pertempuran. Burung helang emas berdiri diatas sebuah bintang pecah lapan dengan 32 pancaran enamel merah. Dibawah burung terdapat dua perisai purba samurai bersilang, berenamel biru, berserta dua pedang bersilang berenamel kuning, dengan hulu pedang perak. Pada bahagian sebelah ialah halberd (enamel hijau dengan hiasan putih), berserta simbol mitsu tomoe Shinto diatas bendera merah. Bahagian belakang adalah kosong.
Lencana ini disadur emas bagi kelas 1-5 dan perak bagi kelas 5-7. Ia telah dipautkan pada reben berwarna biru hijau berserta satu jalur putih dibahagian tepi, dipakai sebagai selepang pada kanan bahu untuk kelas 1, sebagai kalung untuk kelas 2 dan 3, pada kiri dada untuk kelas 4 dan 5. Lencana bagi kelas 6 dan 7 tidak berenamel.
Bintang kelas 1 dan 2 serupa dengan lencana seperti yang dinyatakan diatas, tetapi dengan pancaran enamel merah dan kuning. Ia dipakai pada kiri dada oleh kelas 1 dan pada kanan dada oleh kelas 2.
Lihat juga
sunting- Burung Helang Kembara Hitam—burung pemangsa yang dirujuk dalam anugerah tentera Imperial
Nota
sunting- ^ Chamberlain, Basil Hall. (1905) Things Japanese: Being Notes on Various Subjects Connected with Japan for the use of Travellers and Others, p. 114.
- ^ Corresponding article in the Italian Wikipedia
- ^ The Japan Year Book 1938-1939, Kenkyusha Press, Foreign Association of Japan
- ^ a b "Tokyo Awards List Big Officer Loss; Vice Admiral, 2 Rear Admirals and 2 Major Generals Win Posthumous Honors; 55 Naval Fliers Named; Group Included Covers the Japanese Pacific Dead Up to Mid-February," New York Times, October 16, 1942.
- ^ "Japan's Hero's," Diarkibkan 2012-10-22 di Wayback Machine, Time. October 26, 1942.
Rujukan
sunting- Chamberlain, Basil Hall. (1905) Things Japanese: Being Notes on Various Subjects Connected with Japan for the Use of Travelers and Others, London: John Murray.
- Iwata Nishizawa. (1917). Japan in the Taisho era. In Commemoration of the Enthronement. Tokyo: __________. OCLC 28706155
- Keene, Donald. (1998). "The Sino-Japanese War of 1894-95 and its Cultural Effects in Japan", in Meiji Japan, Peter F. Kornicki, editor. London: Routledge. ISBN 978-1-885119-33-9 (paper) ISBN 978-0-415-15619-6.
- Peterson, James W., Barry C. Weaver and Michael A. Quigley. (2001). Orders and Medals of Japan and Associated States. San Ramon, California: Orders and Medals Society of America. ISBN 1-890974-09-9
- Tsuji, Masanobu. (1997). Japan's Greatest Victory, Britain's Worst Defeat, Margaret E. Lake, tr. New York: Da Capo Press. ISBN 978-1-873376-75-1 (cloth)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Order of the Golden Kite |
- Japan, Cabinet Office: Decorations and Medals—Order of the Golden Kite unmentioned in current system of honors
- Japan Mint: Production Process
- Imperial Japanese Navy Awards of the Golden Kite in World War II