Orang Uzbek
Uzbek merupakan etnik yang menggunakan bahasa Uzbek di Asia Tengah . Mereka ramai tinggal di Lembah Fergana terutama di negara Uzbekistan , Kyrgyzstan, Afghanistan, Tajikistan, Turkmenistan, Kazakhstan, Russia, Mongolia , Xinjiang dan Uyghur, China. Selain itu diaspora Uzbek tersebar ke Iran, Pakistan, Turki, Arab Saudi, Amerika Utara dan Eropah Barat.
Jumlah penduduk | |
---|---|
34.7 million | |
Kawasan ramai penduduk | |
Uzbekistan | 23.9 million[1] |
Tajikistan | 1.9 million[2] |
Afghanistan | 3.5 million[3] |
Kyrgyzstan | 740,000[4] |
Kazakhstan | 371,000[5] |
Turkmenistan | 260,000[6] |
Rusia | 428,000[7] |
Arab Saudi | 170,000 |
Pakistan | 110,000[8] |
Amerika Syarikat | 50,000 |
Turki | 30,000 |
Republik Rakyat China | 14,800[9] |
Ukraine | 13,000[10] |
Kanada | 10,000 |
Australia | 8,000 |
Brazil | 4,000 |
Perancis | 2,000 |
Bahasa | |
Uzbek (northern and southern dialects) | |
Agama | |
Islam (predominantly Sunni) | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
neighboring Turkic and Iranian peoples |
Asal nama
suntingAsal usul nama masih dipertikaikan. Sejarawan mengaitkan nama Usbek dengan nama pemimpin tempatan bernama Uzbeg Khan. Nama itu dikaitkan dengan Oz (diri) dan 'Beg/Bek/Bey' (pemimpin).
Abad 13
suntingPada abad 13, ketik tentera Turki dan Mongol menjajah dan menjarah , penduduk Asia Tengah terdiri daripada kaum Iran seperti puak Sogdian, Bactrian dan Saka–Massagetae. Bahasa yang digunakan mirip bahasa Parsi yang menjadi lingua franca - bahasa pertuturan dalam penyebaran agama Islam. Ketika Empayar Mongol berkuasa, ramai yang pindah ke selatan ke wilayah Pamir.
Era Stalin
suntingDiktator Kesatuan Soviet Josep Stalin telah memecahkan kawasan Lembah Fergana ini kepada 3 negeri utama iaitu Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Turkistan serta Kazakstan tanpa mengambil kira penduduk asal. Persempadan ini tidak diteliti mengikut kaum . Ketika itu musuh bersama mereka ialah Rusia dan melupakan sementara masalah hubungan etnik. Setelah merdeka dari Rusia pada 1991, sengketa etnik ini timbul kembali.
Nasib etnik Uzbek di Kyrgyzstan
suntingEtnik Uzbek merupakan etnik minoriti di selatan Kyrgyzstan terutama di Osh dan Jalal-Abad. Kehadiran mereka tidak disenangi kerana mereka mempunyai kedai dan kawasan perumahan di situ. Kemuncaknya , apabila Presiden Kyrgyzstan Kurmanbek Bakiyev dari etnik Kyrgyz digulingkan pada April 2010. Pemimpin sementara Roza Otunbayeva dipercayai menyebelahi etnik Uzbek.
Pertubuhan hak asasi manusia berpangkalan di New York, Human Right Watch (HRW) mendapati keganasan etnik di Kyrgyzstan ketika ini dilakukan secara sistematik dan dirancang rapi. Tidak dapat tidak, pungutan suara mengenai Perlembagaan Kyrgyzstan yang baru pada 27 Jun 2010 akan mencetuskan pertempuran di antara etnik Kyrgyz dan minoriti Uzbek lebih sengit. Etnik Uzbek menuduh pasukan keselamatan kerajaan terbabit dalam serangan di kawasan penempatan mereka. Polis mendakwa penduduk setempat mencuri senjata dan kenderaan perisai mereka.[11]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ CIA factbook 2008 - Uzbekistan
- ^ [https://www.cia.gov/library/publications/the-world- factbook/geos/tj.html#people CIA factbook 2008-tajikistan]
- ^ CIA factbook 2008 - Afghanistan
- ^ CIA factbook 2008 - Kyrgyzstan
- ^ Ethnic groups in Kazakhstan
- ^ CIA factbook 2008 - Turkmenistan
- ^ (Rusia) Всероссийская перепись населения 2002 года
- ^ Rhoda Margesson (January 26, 2007). "Afghan Refugees: Current Status and Future Prospects". Report RL33851, Congressional Research Service.
- ^ Chinese National Minorities
- ^ State Statistics Committee of Ukraine: The distribution of the population by nationality and mother tongue
- ^ Uzbek mangsa serangan sistematik