Orang Malaysia di New Zealand
Orang Malaysia di New Zealand atau Orang Malaysia New Zealand (Bahasa Inggeris: Malaysian New Zealanders) ialah rakyat dan penduduk New Zealand yang berketurunan Malaysia atau pendatang kelahiran Malaysia. Setakat 2006, kira-kira 14,547 orang kelahiran Malaysia tinggal di New Zealand.[1][2]
Jumlah penduduk | |
---|---|
14,547 (2006)[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Auckland, Wellington, Pulau Selatan | |
Bahasa | |
Inggeris New Zealand, Inggeris Malaysia, Cina(Kantonis, Min Puxian, Mandarin), Melayu | |
Agama | |
Buddhisme, Islam (minoriti) | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Pelbagai kelompok entnik Malaysia |
Sejarah
suntingSemasa zaman penjajahan British, 42 orang yang dilahirkan pada 1916 di Negeri-negeri Selat (yang kini dikenali sebagai Malaysia dan Singapura) menjadi penduduk pertama di New Zealand.[2] Sebilangan besar mereka adalah dari etnik Melayu dan Cina.[2]
Terjadinya rusuhan kaum di Malaysia pada 1969 mendorong lebih ramai pelajar dari etnik Cina untuk mendapatkan pendidikan di New Zealand.[2] Berikutan rusuhan tersebut, Kerajaan Malaysia memperkenalkan dasar tindakan afirmatif untuk membantu kaum Bumiputera (terutamanya orang Melayu dan Orang Asli) untuk mencapai kualiti hidup ekonomi yang lebih tinggi daripada orang Cina.[2] Kemasukan universiti pilihan untuk Bumiputera menyukarkan etnik Cina untuk memasuki institusi pengajian tinggi Malaysia menjadikannya lebih baik bagi orang Cina Malaysia untuk berpindah dan belajar di universiti-universiti di New Zealand daripada di negara mereka sendiri.[2]
Pada 1986, terdapat 3,480 rakyat Malaysia di New Zealand yang kemudian meningkat menjadi 14,547 pada 2006.[1] Dari jumlah ini, hanya 3,540 orang Melayu manakala kebanyakannya adalah orang Cina Malaysia.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b c Bedford, Richard; Ho, Elsie (Jun 2008). Andrew Butcher (penyunting). "Implications of a Changing Demography: Table 8: New Zealand resident population born in Asia, 1986-2006" (PDF). Asians in New Zealand (dalam bahasa Inggeris). Asia New Zealand Foundation (7): 12–14. ISSN 1177-0031. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 Februari 2013. Dicapai pada 25 Mac 2014.
- ^ a b c d e f Carl Walrond (13 Julai 2012). "Malaysians and Singaporeans - Malaysians" (dalam bahasa Inggeris). Te Ara: The Encyclopedia of New Zealand. Dicapai pada 25 Mac 2014.