Lhoba merupakan sebuah kelompok etnik yang terdapat di Tibet, China. Populasi etnik Lhoba hampir 3 ribu orang, dan merupakan etnik minoriti China yang paling sedikit jumlah penduduknya. Mereka terutama menetap di bahagian tenggara Tibet. Orang Lhoba yang bermukim di bahagian utara Kabupaten Motuo menggunakan bahasa Tibet, sedangkan orang Lhoba yang lain menggunakan bahasa Lhoba. Bahasa Lhoba termasuk rumpun bahasa Sino-Tibeto, ada perbedaan antara dialek warga Lhoba yang tinggal di tempat berbeza. Perkataan "Lhoba" berasal daripada bahasa Tibet, yang bermaksud "orang selatan" dan merupakan sebutan orang Tibet kepada mereka. Sebelum berdirinya Republik Rakyat China pada tahun 1949, warga Lhoba masih membuat catatan dengan mengukir di atas kayu atau dengan simpul tali. Etnik Lhoba tidak mempunyai tulisannya sendiri, sejumlah kecil warga Lhoba memahami bahasa Tibet. Setelah berdirinya China Baru, etnik Lhoba menikmati persamaan hak seperti etnik-etnik lain. Dengan sokongan kuat pemerintah dan etnik-etnik sesaudara, etnik Lhoba telah menempuhi arus pemodenan. Ekonomi dan kebudayaan mereka mencapai kemajuan pesat. Mereka menganut agama primitif animisme.

Lhoba
(Bokaer, Bengni, Luoba, Lhopa,
Loba, Yidu, Bengru, Idu)
Jumlah penduduk
5,697
Kawasan ramai penduduk
 China (Tibet) (Selatan Tibet)2,322 (1999)[1]
3,375 (1981)
Bahasa
Tibet, Mandarin Cina
Agama
Buddha[2]
Kumpulan etnik berkaitan
Monpa, Adi, Tibet


  1. ^ 民族区域自治拾零 Diarkibkan 2009-07-15 di Wayback Machine, China Ethnicity, from Department of Statistics. Retrieved December 21, 2008
  2. ^ Caidan An, Jun Liu, Jinhui Li, Tao Xie (2003). 西藏旅游指南英: Travel Guide. 五洲传播出版社. m/s. 123. ISBN 7-5085-0374-0.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Rujukan

sunting
  • Early Jesuit Travellers in Central Asia, 1603–1721. C. Wessels, Asian Educational Services, 1992, ISBN 81-206-0741-4
  • The Heart of the World: A Journey to the Last Secret Place. Ian Baker, Penguin, 2004, ISBN 1-59420-027-0
  • The McMahon Line: A Study in the Relations Between India, China and Tibet, 1904–1914. Alastair Lamb, Routledge & K. Paul, 1966
  • A Historical-Comparative Account of the Tani (Mirish) Branch of Tibeto-Burman. Jackson Tian-Shin Sun, University of California at Berkeley PhD Dissertation, 1993.
  • History and Culture of the Adis. Tai Nyori, Omsons, 1993.
  • The Relevance of Indigenous Knowledge System of the Galo of Arunachal Pradesh in Sustainable Development of Forest Resources. Bomchak Riba, PhD Thesis, Rajiv Gandhi University, 2010.

Pautan luar

sunting

Rujukan profil etnik

sunting