Orang Lao

(Dilencongkan daripada Orang Laos)

Lao adalah sebuah kumpulan etnik yang terdapat di Asia Tenggara. Sebahagian besar penduduk Lao tinggal sama ada di Laos atau di Thailand. Etnik Lao di Thailand tertumpu di kawasan Isan, walaupun terdapat banyak pekerja migran dari Isan bekerja di bahagian lain negara tersebut, seperti di Bangkok. Lao bertutur pelbagai loghat bahasa Lao dan bahasa Isan, yang seringkali dianggap sebagai bahasa tunggal. Kebanyakan penduduk Isan cenderung kepada istilah Isan dari Lao hasil dari kempen "pengeThaian" pada abad ke-20, tetapi masih terdapat banyak ikatan kebudayaan antara orang-orang Lao secara keseluruhan.

Orang Laos
ລາວ
Kawasan ramai penduduk
 Laos
3.6 juta
 Amerika Syarikat232,130
 Perancis120,000
 Bangladesh90,253
 Kemboja55,000
 Myanmar21,000[1]
 Thailand20,000[1]
 Vietnam14,928 (2009)[2]
 Kanada12,000
 Australia12,000
 Jerman4,000
 Argentina2,000
 New Zealand1,600
 Belgium1,067
 Norway159
 Rusia18
Bahasa
Laos
Agama
Kebanyakan Buddha Theravada dan Satsana Phi (dengan pengaruh Hindu)
Kumpulan etnik berkaitan
Isan, Thai dan orang Thai

Sejarah

sunting

Sejarah Lao terdapat dalam sejarah Laos dan sejarah Isan. Sejarah ini berpecah pada abad ke 19, apabila kekalahan pemberontakan Vientiane menentang Siam pada tahun 1827 membawa kepada pemindahan penduduk besar-besaran dari Laos ke Isan, sekaligus meninggalkan Laos sendiri dengan kekurangan penduduk. Perpecahan itu dijadikan sebagai rasmi dengan perjanjian Franco-Siamese pada 1893 dan 1904, yang menjadikan Isan dan Laos merupakan sempadan antara Siam dan Indochina Perancis.

Semenjak itu, kedua-dua Thailand dan Laos melaksanakan kempen berterusan untuk menukar diri mereka kepada negara negeri - (nation state) setiap satu berpusat pada penduduk Thai dan Lao. Di Isan ia bererti mengukuhkan ketaatsetiaan penduduk kepada Thailand, proses yang dikenali sebagai "pengeThaian". Ramai golongan muda terutamanya lebih gemar dianggap Isan berbanding Lao: "Isan", secara harafiahnya bererti "timur laut" menggambarkan sebahagian Thailand, sementara "Lao" menggambarkan ketaatan kepada Laos. Di Laos, sebaliknya, proses yang sama menghasilkan penggalakan bahasa dan kebudayaan Lao sebagai bahasa dan kebudayaan negara.

Taburan

sunting

Terdapat sekitar 3 juta Lao di Laos, membentuk sekitar 50% penduduk (sebahagian besar bakinya adalah orang kaum bukit). Etnik Lao di Laos membentuk kebanyakan Lao Loum ("Lao Tanah Rendah"). Lao membentuk satu pertiga penduduk Thailand. Tumpuan utama adalah di Isan (sekitar 15 juta orang) dan di Bangkok (di mana dianggarkan sekitar satu juta migran Lao dari Isan). Terdapat juga populasi etnik Lao DI seluruh Thailand Pusat, tetapi ini telah diserap kepada populasi Thai. Masyarakat Lao kecil wujud di Kemboja, kebanyakannya dalam bekas jajahan Lao; Stung Treng, Xieng Teng di Lao, dan Vietnam dan terdapat sejumlah penduduk etnik Lao di luar negara yang tiada penemuan bukti yang mana anggaran kasarnya sebanyak 500,000 orang. Kebanyakan mereka merupakan pelarian dari Laos yang lari daripada Perang Indochina Kedua dan Pathet Lao.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Hattaway, Paul (ed.) (2004), "Lao", Peoples of the Buddhist World, William Carey Library, m/s. 149CS1 maint: extra text: authors list (link)
  2. ^ "The 2009 Vietnam Population and Housing Census: Completed Results". General Statistics Office of Vietnam: Central Population and Housing Census Steering Committee. June 2010. m/s. 135. Dicapai pada 26 November 2013.

Petikan lain

sunting

Pautan luar

sunting