Orang Bangladesh di Malaysia
Orang Bangladesh di Malaysia terdiri daripada orang berketurunan Bangladesh secara penuh atau separa yang dilahirkan atau berhijrah ke Malaysia. Warga Bangladesh di Malaysia membentuk sebahagian besar tenaga buruh asing Malaysia. Populasi mereka dianggarkan berjumlah 221,000 orang, kira-kira satu perlapan daripada semua pekerja asing di Malaysia setakat 2017.[1] Pada awal 2016, satu perjanjian kontroversi oleh Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina telah dibayangkan untuk menghantar sejumlah 1.5 juta pekerja Bangladesh secara berperingkat selama 3 tahun ke Malaysia.[2] Keputusan ini telah mendapat kritikan daripada kedua-dua pihak kerajaan dan masyarakat umum Malaysia, dan telah dibatalkan segera.[3][4][5]
মালয়েশিয়ায় বাংলাদেশি | |
---|---|
Jumlah penduduk | |
400,000 (anggaran 2023) | |
Kawasan ramai penduduk | |
Semenanjung Malaysia | |
Bahasa | |
Benggali, Melayu, Inggeris | |
Agama | |
Islam, Hinduisme | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Diaspora Bangladesh |
Sejarah migrasi
suntingOrang Benggali telah lama bertapak di Malaysia, dan rekod sejarah menunjukkan bahawa pedagang Teluk Benggala telah terlibat dalam aktiviti komersial di Kesultanan Melaka pada abad ke-15 dan ke-16.
Dalam era kolonial, kedua-dua British Malaya dan Negeri-negeri Selat menerima komuniti berbahasa Bengali yang dibeli British daripada Presidensi Bengal yang membentuk Bangladesh moden dan negeri Benggala Barat di India. Ketibaan besar-besaran dari Bengal dikaitkan dengan penghijrahan yang lebih besar dari British India untuk bekerja dengan kerajaan dan syarikat kolonial. Ramai daripada mereka terdiri daripada peniaga, polis, kuli, buruh ladang dan askar penjajah. Penghijrahan perintis ini sebahagian besarnya berlaku dari akhir abad ke-18[6] hingga 1930-an. Hari ini, dianggarkan kira-kira 230,000 orang berketurunan Benggali di Malaysia. Antara peninggalan perintis ialah Masjid Benggali di Pulau Pinang yang dibina pada 1803.
Pekerja asing pertama Bangladesh moden dipercayai ialah sekumpulan 500 orang yang datang pada tahun 1986 untuk bekerja di ladang; kedua-dua negara memuktamadkan perjanjian peringkat kerajaan mengenai eksport tenaga kerja pada 1992, berikutan penghijrahan yang berkembang mendadak. Bangladesh ialah satu daripada lima negara, bersama dengan Indonesia, Pakistan, Filipina dan Thailand, yang mempunyai perjanjian sedemikian dengan Malaysia bagi eksport tenaga kerja.[7] Sehingga 1999, angka rasmi merekodkan 385,496 warga Bangladesh telah pergi ke Malaysia untuk bekerja, di mana kira-kira 229,000 daripadanya berada di negara itu pada masa itu, membentuk 12% daripada semua pekerja Bangladesh di luar negara. Angka ini secara kasarnya setanding dengan angka di Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu, tetapi jauh lebih kecil daripada jumlah di Arab Saudi, destinasi teratas, di mana kira-kira sejuta orang menetap.[8] Kiriman wang dari Malaysia ke Bangladesh berjumlah kira-kira AS$5 juta pada tahun 1993, tetapi meningkat 11 kali ganda kepada AS$57 juta menjelang 1999.[9]
Pekerja pembinaan membentuk sebahagian besar pekerja asing Bangladesh. Dari Julai 1992 hingga Disember 1995, daripada 89,111 warga Bangladesh mengeluarkan pas kerja sementara, 26,484, atau 29.7%, bekerja dalam pembinaan, membentuk satu perlima daripada semua pekerja dalam sektor pembinaan di Malaysia dan menjadikan mereka kumpulan kedua terbesar di belakang Indonesia. 91.4% adalah pendatang kali pertama, yang tidak pernah bekerja di luar negara sebelum ini. Tinjauan menunjukkan antara 6.4% dan 14.9% mengaku bekerja secara haram, tanpa kebenaran pekerjaan atau dokumen perjalanan yang sewajarnya.[7]
Skandal timbul pada tahun 1996 apabila diketahui bahawa pegawai konsular Bangladesh di Kuala Lumpur telah mengenakan caj berlebihan sekurang-kurangnya 50,000 pekerja yang memohon pembaharuan pasport sebanyak RM200-300, sekali gus memperuntukkan RM10-15 juta bagi diri mereka sendiri. Keadaan itu mengakibatkan ramai pekerja Bangladesh tidak berdokumen, dan kerajaan Bangladesh kemudiannya mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa Malaysia untuk membetulkan keadaan dan mengeluarkan pasport baharu kepada mereka yang terjejas. Bagaimanapun, tiada seorang pun daripada pegawai terbabit dihukum.[10] Pada tahun berikutnya, pengampunan telah ditawarkan di mana 150,000 pekerja haram dapat mengatur status mereka.[11]
Lihat juga
suntingNota
sunting- ^ Aina Nasa (27 July 2017). "More than 1.7 million foreign workers in Malaysia; majority from Indonesia". New Straits Times. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
- ^ Esmond Lee (11 Februari 2016). "Malaysia : 1.5 Million Bangladeshi Workers To Be Sent To Malaysia". The Coverage. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2016. Dicapai pada 16 Februari 2016.
- ^ "Malaysia's Immigration Mess". Bloomberg.com. 21 April 2016.
- ^ "Recruiters oppose monopoly in hiring Bangladeshis to Malaysia". The Daily Star/Asia News Network. The Star. 17 Februari 2016. Dicapai pada 18 Februari 2016.
- ^ Arief Irsyad (16 Februari 2016). "DPM's Daughter Urges Malaysians To Unite Instead Of Bickering Over Bangladeshi Workers Issue". Malaysian Digest. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2016. Dicapai pada 18 Februari 2016.CS1 maint: unfit URL (link)
- ^ http://www.pulaupinang.com/2011/03/penang-world-heritage-site-bengali-mosque/ Diarkibkan 17 Januari 2013 di Wayback Machine Penang World Heritage Site: Benggali Mosque
- ^ a b Abdul-Aziz 2001
- ^ IOM 2002
- ^ IOM 2002
- ^ IOM 2002
- ^ IOM 2002
Sumber
sunting- Recruitment and Placement of Bangladeshi Migrant Workers: An Evaluation of the Process (PDF), International Organization for Migration, November 2002, ISBN 984-32-0435-2, dicapai pada 8 April 2008
- Abdul-Aziz, Abdul-Rashid (March 2001), "Bangladeshi actress in india", Asia-Pacific Population Journal, 16 (1): 3–22, diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-24, dicapai pada 8 April 2008