Orang gasar
(Dilencongkan daripada Orang-orang gasar)
Orang gasar (barbarian dalam bahasa Inggeris) adalah istilah penghinaan terhadap orang yang tidak bertamadun dan berkebudayaan, samada dalam bentuk rujukan umum kepada seorang ahli satu-satu bangsa atau kumpulan etnik yang dilihat mempunyai tahap ketamadunan yang rendah, atau dalam bentuk rujukan individu kepada orang yang ganas, kejam, sukakan peperangan dan tidak berperi kemanusiaan.