Opisthocomus hoazin

(Dilencongkan daripada Opisthocomus)

Opisthocomus hoazin ialah spesies burung tropika yang ditemukan di kawasan paya, hutan tebing sungai dan hutan bakau lembangan-lembangan sungai Amazon dan Orinoco di Amerika Selatan. Ia satu-satunya spesies yang masih wujud dalam genus Opisthocomus keluarga Opisthocomidae.[2][3]

Hoatzin
Julat zaman: Miosen-Holosen
Seekor hoatzin di Tasik Sandoval, Peru
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Opisthocomus

Illiger, 1811
Spesies:
O. hoazin
Nama binomial
Opisthocomus hoazin
(Müller, 1776)
Taburan
Sinonim

Phasianus hoazin Müller, 1776

Taksonomi

sunting

Nama genus Opisthocomus dijejak daripada perkataan bahasa Yunani Purba ὄπισθοκομος ópisthokomos daripada kata-kata ὄπισθεν ópisthen "belakang" dan κόμη kómē "rambut" mengikut gambaran jambulnya yang besar di kepalanya.[2][4]

Ciri-ciri

sunting

Badan burung ini sebesar burung kuang dengan ukuran 24–26 inci (61–66 cm) panjang. Kepalanya kecil dengan jambul berwarna merah kemerahan dan leher yang panjang. Mukanya bogel dan berwarna biru dengan sepasang mata berwarna merah tua. Ekornya berwarna perang tua dengan jalur kuning pucat atau keputihan di hujungnya.[5]

Tabiat

sunting

Pemakanan

sunting

Ia memakan daun-daun pokok yang tumbuh di habitatnya. Sebuah kajian yang dijalankan di Venezuela mendapati bahawa makanannya 82% daun, 10% bunga, dan 8% buah.[2] Bahagian hadapan perutnya mengandungi bakteria khas yang mencernakan makanannya seperti seekor lembu.[6][7]

Rujukan

sunting
  1. ^ BirdLife International (2016). "Opisthocomus hoazin". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22684428A93028795. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22684428A93028795.en. Dicapai pada 14 Mac 2023.
  2. ^ a b c Thomas, B. T. (1996). "Family Opisthocomidae (Hoatzins)". Dalam Josep, del Hoyo; Andrew, Jordi; Sargatal, Christie (penyunting). Handbook of the Birds of the World. 3: Hoatzins to Auks. Barcelona, Sepanyol: Lynx Edicions. m/s. 24–32. ISBN 978-84-87334-20-7.
  3. ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (Januari 2023). "Hoatzin, New World vultures, Secretarybird, raptors". IOC World Bird List Version 13.1. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 14 Mac 2023.
  4. ^ Jobling, James A. (2010). Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London, United Kingdom: Christopher Helm. m/s. 282. ISBN 978-1-4081-3326-2. OCLC 659731768.
  5. ^ Williams, Kellie (2001). "Opisthocomus hoazin". Animal Diversity Web. Muzium Zoologi Universiti Michigan. Dicapai pada 15 Mac 2023.
  6. ^ Jackson, Tom (2015). DK Eyewitness Books: The Amazon. New York, Amerika Syarikat: DK Publishing. m/s. 21. ISBN 978-1-4654-3566-8.
  7. ^ Parry, James (n.d.). "Why does the hoatzin or 'stink bird' stink?". Discover Wildlife. Our Media Ltd. Dicapai pada 15 Mac 2023.