Oni ((おに)) ialah makhluk ghaib bertanduk seakan iblis yang diketahui dalam cerita rakyat masyarakat Jepun.

Sessen Dōji-zu (Oni), lukisan cat karya Soga Shōhaku, s. 1764

Makhluk ini sering ditemukan dalam seni-seni tampak dan persembahan serta sastera Jepun sebagai watak jahat.[1]

Sifatnya adalah berkuasa, berani, kejam dan menakutkan. Walau bagaimanapun, kadang-kadang terdapat Oni yang membawa kebahagiaan dan yang lucu.

Sejarah

sunting

Rupa dan sifat Oni sekarang hampir sama dengan zaman dahulu. Tetapi, anggapan tentang kewujudan Oni sangat berubah. Pada zaman dahulu, lebih ramai orang percaya bahawa Oni ialah makhluk yang wujud dan menakutkan. Pada zaman ini iaitu selepas zaman Edo, Oni muncul dalam pelbagai hiburan seperti cerita rakyat, Kabuki dan Jyoururi. [2]


Zaman Nara ( Awal Abad 8 – Akhir Abad 8)

Pada zaman Nara, gambar Oni dipengaruhi oleh agama Buddha mula dibentuk. Sebelum zaman Nara, Oni dihubungkaitkan dengan golongan manusia. Pemerintahan Yamato memanggil rakyat yang tidak patuh kepada pemerintahan sebagai Oni dan menguasai mereka. Selain itu, terdapat catatan bahawa orang asing dianggap sebagai Oni dalam “Nihon Syoki”.[3]

Gambar Oni yang jelas terbentuk secara beransur-ansur selepas agama Buddha tersebar pada akhir zaman Nara. Oni muncul dalam cerita agama Buddha untuk menjelaskan rezeki agama Buddha. Pada zaman ini, Oni mula digambarkan sebagai pengawal neraka. Dalam “ Nihon Ryouiki”, terdapat cerita yang mengatakan bahawa Oni datang untuk membawa manusia ke neraka. [4]

Zaman Heian(Akhir Abad 8- Akhir Abad 12)

Pada zaman ini, terdapat ramai orang yang takut akan Oni kerana Oni dianggap sebagai ancaman sebenar. Oni merupakan gabungan antara hantu asli dan kepercayaan asli. Tambahan pula, keluarga Fujiwara yang mempunyai kuasa ketika itu menggunakan Oni untuk menerangkan perkara yang tidak disukai mereka. Oleh itu, Oni menjadi simbol ketakutan pada zaman tersebut.[5]


Zaman Kamakura(Akhir Abad 12- Awal Abad 14)

Pada zaman ini, imej Oni telah berubah. Oni menjadi watak dalam cerita sahaja. Dalam cerita, Oni mempunyai dua imej.  Imej yang pertama mempunyai persamaan dengan zaman Nara dan Heian, iaitu Oni dari dunia lain. Yang kedua, Oni dalam dunia sebenar iaitu pencuri, orang miskin dan lain-lain.[6]

Zaman Edo (Abad 17 – Tengah Abad 19 )

Pada zaman ini, Oni bukan sahaja digambarkan sebagai makhluk yang menakutkan, tetapi juga dianggap sebagai makhluk yang lucu. Terdapat beberapa Oni yang menjadi watak dalam hiburan seperti Kabuki, Jyoururi dan cerita. Oni sebagai watak dalam hiburan tersebut berterusan sehingga kini.[7]

Penampilan

sunting

Oni boleh muncul dalam pelbagai jenis warna kulit, namun warna-warna merah, biru atau hijau adalah warna yang biasa ditampakkan.[8][9]

Oni sering mempunyai satu atau lebih tanduk di kepala. Ia turut berkuku tajam dan berambut panjang kusut masai,[10] ia memakai kain cawat khususnya dari kulit harimau.

Makhluk ini bersenjatakan alat mirip belantan iaitu kanabō (金棒).

Kepercayaan

sunting

Oni sering dikaitkan dengan yaksha dan rakshasa yang dipercayai dalam agama-agama Hindu dan Buddha. Malah, makhluk ini dipercayai lanjutnya sebagai penunggu neraka pelaku dosa diperintah Raja Yama.[11][12][8]

Kuil-kuil Shinto sering dibina menghadap arah "timur laut" (鬼門 kinmon "pintu puaka" atau 丑寅 ushitora "lembu-harimau") yang dipercayai pintu ia memasuki alam manusia, perkara ini juga mengilham penampilan bertanduk oni.[13][14][15]

Pada hari sebelum keraian bermulanya musim bunga pada bulan Februari, orang Jepun melakukan upacara menghalau oni dari rumah-rumah mereka dengan membaling kacang soya panggang sambil melaung "Oni wa soto! Fuku wa uchi!" (「鬼は外!福は内!」, "Oni keluar! Tuah ke mari!").[16][17]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Lim, Shirley; Ling, Amy (1992). Reading the literatures of Asian America. Temole University Press. m/s. 242. ISBN 978-0-87722-935-3.
  2. ^ Komatsu kazuhiko, Kaii no minzokugaku 4 Oni, Kawade syobo shinsha, 2000
  3. ^ Sasama Yoshihiko, E de mite fushigi! Oni to mononoke no bunkashi, Yushikan rekishi sensho , 2005
  4. ^ Ibid.
  5. ^ Ibid.
  6. ^ Ibid.
  7. ^ Ibid.
  8. ^ a b Hackin, J.; Couchoud, Paul Louis (2005). Asiatic Mythology 1932. Kessinger Publishing. m/s. 443. ISBN 978-1-4179-7695-9.
  9. ^ Turne, Patricia; Coulter, Charles Russell (2000). Dictionary of ancient deities. Oxford University Press. m/s. 363. ISBN 978-0-19-514504-5.
  10. ^ Mack, Carol; Mack, Dinah (1998). A Field Guide to Demons, Fairies, Fallen Angels, and Other Subversive Spirits. Arcade Publishing. m/s. 116. ISBN 978-1-55970-447-2.
  11. ^ Reider (2016), m/s. 10–11.
  12. ^ Reider (2016), m/s. 137.
  13. ^ Hastings, James (2003). Encyclopedia of Religion and Ethics. Part 8. Kessinger Publishing. m/s. 611. ISBN 978-0-7661-3678-6.
  14. ^ Reider (2010), m/s. 7.
  15. ^ Foster (2015), m/s. 119.
  16. ^ Foster (2015), m/s. 125.
  17. ^ Sosnoski, Daniel (1966). Introduction to Japanese culture. Charles E. Tuttle Publishing. m/s. 9. ISBN 978-0-8048-2056-1.
Sumber utama