One Cent Thief (musim 2)
Musim kedua One Cent Thief juga dikenali sebagai One Cent Thief 2[1][2][3][4] ialah sebuah siri drama Malaysia, bersiaran dari 31 Januari 2025 hingga 21 Mac 2025 di Astro Citra, Astro Ria, Astro Vinmeen dan Astro QJ menggantikan Projek: Exit.
One Cent Thief | |
---|---|
Musim 2 | |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bil. episod | 8 |
Keluaran | |
Rangkaian | Astro Citra Astro Ria Astro Vinmeen Astro QJ |
Tarikh siaran | 31 Januari – 21 Mac 2025 |
Kronologi musim | |
Sinopsis
suntingTiga bulan selepas kejadian dalam musim pertama, Iman Shah, meneruskan perjuangannya untuk menjatuhkan Ibu Zara, seorang ketua kartel dadah yang kini semakin kebal setelah berjaya menceburi dunia politik. Dengan bantuan Ash atau Chen (bekas rakan sekerjanya di Bintang Bank), ketua kumpulan jenayah siber Digital Karma, mereka merancang misi berani untuk merompak wang haram milik Ibu Zara dan mengagihkannya kepada rakyat. Namun, cabaran semakin dahsyat apabila Ibu Zara menggunakan pengaruh politiknya untuk memutarbelitkan undang-undang dan menyukarkan usaha pihak berkuasa seperti Intan dalam mendakwa kesalahan jenayahnya.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Syafiq Kyle sebagai Iman Shah[1]
- Azira Shafinaz sebagai Intan[1]
- Fabian Loo sebagai Chen[1]
- Sofia Jane sebagai Ibu Zara[1]
- Faizal Hussein sebagai Shah Karim, bapa kepada Iman[1]
Pelakon pembantu
sunting- Kamarulzaman Taib sebagai Tan Sri Syed Hussin[1]
- Abbas Mahmood sebagai Saddiq[1]
- Trisha Ooi sebagai Diyana @ D[1][5]
- Syarul Ezani sebagai Dzia[1]
- Shashi Tharan sebagai Kapten Chandran[1]
- Tony Eusoff sebagai Alex Pereira[1]
- Jason Chong sebagai David[1]
- Aziz M. Osman sebagai Presiden Tuan Seri Khalid Ilyas[1]
- Pushpa Narayan sebagai Malini[1]
- Carmen Soo sebagai Irene De Costa[1]
Penampilan khas
sunting- Luqman Hariz sebagai Pembaca Berita
Episod
suntingNo. | Title | Original release date | |
---|---|---|---|
1 | "Hail to the Thief" | 31 Januari 2025 | |
Iman kini menjadi tawanan Digital Karma. Namun, berazam untuk kembali kepada Abah dan Intan, Iman mahu menyerah diri kepada pihak berkuasa. | |||
2 | "The Price of Freedom" | 7 Februari 2025 | |
Abah meyakinkan Iman untuk bekerja dengan Digital Karma, mereka akhirnya menemui tempat Ibu Zara menyimpan wangnya. | |||
3 | "Karma is Like the Rain" | 14 Februari 2025[6] | |
Iman dan Diyana cuba mencari jalan untuk menyelamatkan rakan seperjuangan mereka. Intan bergelut dengan perjuangannya demi keadilan. Dzia merasakan dia perlu melakukan sesuatu. | |||
4 | "Killing in the Name" | 21 Februari 2025[7] | |
Mengetahui Abah dan Intan diancam, Iman perlu pergi menyelamatkan mereka. Dzia mengalami masalah apabila Intan pecahkan rahsianya. | |||
5 | "Code Red" | 28 Februari 2025[8] | |
Iman mengalami tekanan mental manakala Intan cuba mengetahui lebih lanjut tentang wang Ibu Zara. | |||
6 | "The Billion Dollar Scandal" | 7 Mac 2025 | |
Iman menghasut orang ramai untuk memberontak manakala Intan dan Dzia menemui skandal kewangan rahsia yang mengancam seluruh negara. | |||
7 | "And Justice for All" | 14 Mac 2025 | |
Iman dan Digital Karma bercadang untuk menjatuhkan Ibu Zara untuk selama-lamanya dengan menyerahkan duitnya ke rakyat. | |||
8 | "The Man in the Mirror" | 21 Mac 2025 | |
Iman sedar dia telah digunakan dan rasa bersalah kerana menyebabkan negara menjadi huru-hara. Intan dan Dzia perlu mencari Iman untuk menghentikan bahaya itu. |
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p "Drama One Cent Thief 2". My Infotaip. 27 Januari 2025. Dicapai pada 10 Februari 2025.
- ^ Nurul Naqiyah (24 Januari 2025). "Siri Premium Paling Dinantikan, 'One Cent Thief' Kembali Dengan Pertaruhan Besar & Pendedahan Mengejutkan". Siakap Keli. Dicapai pada 10 Februari 2025.
- ^ "ONE CENT THIEF PREMIERES ITS HIGHLY ANTICIPATED SECOND SEASON WITH HIGH STAKES AND SHOCKING REVELATIONS" (Kenyataan Media). Astro Mediaroom. 25 Januari 2025. Dicapai pada 10 Februari 2025.
- ^ Amzar Alif (19 Januari 2025). "Promosi One Cent Thief 2 cetus sejarah baharu Astro Originals". Astro Awani. Dicapai pada 10 Februari 2025.
- ^ Asyraf Roslan (31 Januari 2025). "Impian Jadi Kenyataan! Trisha Ooi Teruja Dapat Tawaran One Cent Thief 2 - "Saya Tak Akan Siakan Peluang Ni!"". Astro Gempak. Dicapai pada 10 Februari 2025.
- ^ Khairil Khusyairi (21 Februari 2025). "One Cent Thief 2: Episod 3 Penuh Kejutan Dan Pengkhianatan, Situasi Tegang Dalam Misi Penyelamatan Chen". Astro Gempak. Dicapai pada 8 Mac 2025.
- ^ Khairil Khusyairi (1 Mac 2025). "One Cent Thief 2: Iman Digelar Pembunuh! Perlumbaan Nyawa Bermula Dalam Episod 4". Astro Gempak. Dicapai pada 8 Mac 2025.
- ^ Khairil Khusyairi (6 Mac 2025). "One Cent Thief 2: Iman Terperangkap Antara Realiti Dan Mimpi, Episod Lima Penuh Konflik". Astro Gempak. Dicapai pada 8 Mac 2025.