Omikron
Omikron (huruf besar Ο, huruf kecil ο, όμικρον ) ialah huruf ke-15 dalam abjad Yunani. Dalam sistem nombor Yunani, omikron mempunyai nilai 70. Rupa huruf ini adalah sama dengan huruf Rumi O dan angka Arab 0, oleh itu ia tidak digunakan sebagai simbol dalam mana-mana bidang ilmu. Nama huruf ini bermaksud "O kecil" (o mikron) berlawanan omega yang maksudnya "O besar" (ō mega).[1]