Laut lintang

(Dilencongkan daripada Ombak lintang)

Laut lintang (juga dirujuk sebagai laut silang, ombak lintang atau ombak petak[a]) ialah keadaan laut dengan ombak lautan janaan angin yang membentuk sistem ombak yang tidak selari. Lautan silang mempunyai jumlah penyebaran arah yang meluas.[1] Hal ini mungkin berlaku apabila gelombang air dari satu sistem cuaca kekal berterusan walaupun berlaku peralihan angin. Gelombang yang dihasilkan oleh angin baru bergerak pada sudut yang berbeza berbanding ombak biasa.

Penyilangan ombak di Île de Ré, Perancis. Gelombang itu sendiri adalah contoh gelombang knoidal .
Laut lintang berhampiran Lisbon, Portugal.

Dua sistem cuaca yang berjauhan antara satu sama lain boleh mewujudkan lautan lintang apabila ombak dari kedua-dua sistem tersebut bertemu di tempat yang jauh dari kedua-dua sistem cuaca. Sehingga ombak yang terdahulu menghilang, ombak ini boleh menimbulkan bahaya di perairan laut.[2]

Keadaan laut ini agak biasa dan peratusan besar kemalangan kapal didapati berlaku dalam keadaan ini.[3] Kapal bergerak dengan lebih baik melawan ombak besar apabila belayar secara berserenjang dengan ombak yang datang. Dalam keadaan laut lintang, hal tersebut menjadi mustahil kerana walaupun arah pelayaran ke arah satu set gelombang itu berserenjang, namun arah pelayaran tersebut menjadi selari dengan set gelombang yang kedua itu.[4]

Alunan silang dijana apabila sistem gelombang tersebut merupakan gelombang bertempoh lebih lama, dan bukannya gelombang janaan angin berjangka pendek.[5]

  1. ^ Tidak dikelirukan dengan gelombang per segi, yakni suatu bentuk gelombang.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Cross Sea". Glossary of Meteorology (dalam bahasa Inggeris). American Meteorological Society. Dicapai pada 4 Feb 2019.
  2. ^ "Is the Cross Sea Dangerous?". earth.esa.int. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-24. Dicapai pada 2020-09-07.
  3. ^ Toffoli, A.; Lefevre, J. M.; Bitner-Gregersen, E.; Monbaliu, J. (2005). "Towards the identification of warning criteria: Analysis of a ship accident database". Applied Ocean Research. 27 (6): 281–291. doi:10.1016/j.apor.2006.03.003.
  4. ^ Xiaoming Li. "Is the Cross Sea Dangerous?". Wayback machine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-03. Dicapai pada 10 February 2019.
  5. ^ Bowditch, Nathaniel (1995). "Glossary C" (PDF). The American Practical Navigator. Bethesda, MD: National Imagery and Mapping Agency. m/s. 758. ISBN 0-403-09895-5. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-16. Dicapai pada 2007-11-29.