Oleaceae atau melur-meluran (suku melati-melatian di Indonesia[1]) adalah sebuah keluarga tumbuhan berbunga di bawah order Lamiales, yang terdiri dari 28 genus dengan satu genus pupus, dengan sekitar 700 spesies tumbuhan. Bunganya selalunya berjambak dan mempunyai haruman yang kuat. Keluarga ini bertaburan dari subartik hingga ke belahan terselatan Afrika, Australia dan Amerika Selatan.[2][3]

Oleaceae
Melur-meluran
Melur putih, Jasminum sambac.
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Oleaceae

Tribes
Sinonim
  • Bolivariaceae Griseb.
  • Forstiereae (Forstieraceae) Endl.
  • Fraxineae (Fraxinaceae) S.F. Gray
  • Iasmineae (Iasminaceae) Link
  • Jasmineae (Jasminaceae) Juss.
  • Lilacaceae Ventenat
  • Nyctantheae (Nyctanthaceae) J.G. Agardh
  • Syringaceae Horan.

Ahlinya yang ketara termasuk pokok ash, zaitun, melur, dan beberapa tanaman hiasan terkenal termasuklah privet, forsythia, bangkulat, dan lilac.

Penerangan

sunting

Beberapa ciri Oleaceae termasuklah:-

  • Tumbuh dalam perdu atau pepohonan dan mempunyai bunga berbentuk loceng.
  • Daun tunggal atau menyirip, duduk bertentangan atau berkarang, tanpa daun penumpu.
  • Bunga berjambak dan berjantina tunggal.

Suku dan genus

sunting

Gambar

sunting

Lihat juga

sunting
Senarai pokok  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Rujukan

sunting
  1. ^ "Khasiat Bunga Melati (Jasminum Sambac), Obat Sakit Mata, Demam dan Sesak Nafas". Inspirasi Indonesia. 20 Oktober 2021. Dicapai pada 3 Januari 2022. Tanaman melati termasuk suku melati-melatian atau famili Oleaceae.
  2. ^ "Oleaceae Hoffmanns. & Link". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2008. Dicapai pada 3 Januari 2022.
  3. ^ The Editors of Encyclopaedia Britannica (20 Julai 1998). "Oleaceae plant family". Encyclopaedia Britannica. Chicago, Amerika Syarikat: Encyclopaedia Britannica. Dicapai pada 3 Januari 2022.