Buldog lama Inggeris (baka moden)
Buldog lama Inggeris[a] ialah satu baka anjing Amerika yang diiktiraf oleh United Kennel Club (UKC) pada Januari 2014. Baka ini disenaraikan dalam Kumpulan Anjing Pengawal UKC.[1] Lima tahun sebelum pengiktirafan UKC, baka ini didaftarkan oleh bekas Canine Developmental Health and Performance Registry (CDHPR), iaitu sebuah perniagaan milik persendirian yang terletak di Kalamazoo, Michigan. Pada awal tahun 2000-an, CDHPR telah bekerja dengan UKC di bawah perjanjian unik untuk membangunkan rancangan dan strategi pembiakbakaan dalam usaha menghasilkan baka anjing lebih baik yang akan diterima sebagai baka tulen dan, oleh itu, layak untuk pendaftaran UKC.[2]
Negara asal | Amerika Syarikat | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Pada awal tahun 1970-an, pembiak baka anjing David Leavitt dari Coatesville, Pennsylvania, ingin "mewujudkan buldog semula dengan rupa, kesihatan, dan atletisisme buldog abad ke-18 yang pada asalnya diwujudkan untuk sukan Inggeris pengumpanan lembu pada antara tahun 1100 dengan tahun 1835".[3] Dalam usaha untuk secepatnya mencapai matlamat beliau untuk anjing baka tulen, Leavitt memodelkan program beliau sempena skim pembiakbakaan titisan ternakan yang dibangunkan oleh Nathan Fechimer, seorang profesor di Jabatan Sains Tenusu, Universiti Negeri Ohio.[1] Hasilnya ialah baka atletik yang kelihatan serupa dengan bulldog tahun 1820, tetapi dengan perangai ramah, kurang isu kesihatan, dan dengan kelanjutan usia yang menjangkau ke usia belasan tahun. Penyelidik Amerika Syarikat telah berkata bahawa olde English bulldogge ialah "calon berdaya maju" sebagai silangan ke luar untuk membina buldog semula berdasarkannya; baka yang dicadangkan oleh kajian genetik sebagai baka biak baka dalam sehingga "tidak dapat dikembalikan kepada kesihatan tanpa kemasukan susur galur baharu".[4]
Sejarah
suntingOlde English bulldogge ialah percubaan untuk mewujudkan "Regency Period Bull Baiter" semula dan dikembangkan pada awal tahun 1970-an oleh David Leavitt, dari Coatesville, Pennsylvania, di Amerika Syarikat.[5] Leavitt memulakan projek beliau pada tahun 1971 dengan menggunakan skim pembiakbakaan titisan lembu oleh Dr. Fechimer dari Universiti Negeri Ohio.[5] Matlamatnya adalah untuk mewujudkan anjing dengan rupa, kesihatan, dan atletisime seperti anjing asli pengumpanan lembu, tetapi dengan perangai jauh kurang agresif.[5] Silangan asasi terdiri daripada setengah buldog Inggeris, seperenam buldog Amerika, seperenam bulmastif, dan seperenam daripada baka lain.[5] Selepas banyak silangan terancang, olde English bulldogge muncul dan mula membiak dengan tulen.[6]
Leavitt membentuk Olde English Bulldogge Association (OEBA) untuk mengekalkan buku pembaka baka ini dan mengeluarkan kertas pendaftaran kepada anak akan datang.[7] Semasa tahun 1980-an, Ben dan Karen Campetti dari Sandisfield, Massachusetts, bekerja rapat-rapat dengan Leavitt dalam pembiakbakaan olde English bulldogge.[6] Pada tahun 1993, Leavitt menghentikan pembiakbakaan dan menyerahkan pejabat pendaftaran OEBA serta ternakan pembiakbakaan peribadi beliau kepada Working Dog Inc. yang dimiliki dan dikendalikan oleh Michael Walz dari Pennsylvania.[6]
Pada tahun 2001, Olde English Bulldogge Kennel Club (OEBKC) dibentuk[6] dan, pada tahun 2005, David Leavitt terlibat dalam penggabungan pejabat pendaftaran Olde English Bulldogge Association dengan pejabat pendaftaran OEBKC.[8] Olde English bulldogge didaftarkan dengan Canine Developmental Health and Performance Registry (CDHPR) pada Ogos 2008 untuk menilai baka ini untuk pengiktirafan dalam UKC sebagai baka anjing tulen.[9] Pada tahun 2013, UKC mengumumkan bahawa olde English bulldogge akan menjadi baka sepenuhnya beriktiraf pada 1 Januari 2014.[10] OEBKC buat masa ini merupakan Kelab Induk beriktiraf untuk baka ini dengan United Kennel Club (UKC).[11]
Buldog Leavitt
suntingUntuk mengekalkan sasaran asli pembiakbakaan beliau dan untuk membezakan susur galur olde English bulldogge beliau daripada susur galur pembiak baka lain, pada tahun 2004, David Leavitt menamai susur galur anjing beliau Leavitt Bulldog (kadang-kadang dieja "Bulldogge"; "buldog Leavitt") dan mengasaskan Leavitt Bulldog Association pada tahun berikutnya. UKC mengiktiraf anjing yang berdaftar dengan Leavitt Bulldog Association sebagai Olde English Bulldogge, bersama-sama dengan yang berdaftar dengan Olde English Bulldogge Kennel Club dan Olde Bulldogge Club Europe.[12][13][14]
Penampilan
suntingBuldog lama Inggeris ialah anjing berotot bersaiz sederhana dengan kekuatan hebat yang memiliki pergerakan gemalai dan tangkas. Ia cukup seimbang dan berperkadaran, sambil kelihatan mampu melakukan tugas tanpa sebarang sekatan pernafasan sama ada dalam keadaan panas atau sejuk. Kecacatan serius termasuk kedutan berlebihan dan kekurangan pigmen di sekeliling mata, hidung, atau mulut.[15]
Tengkoraknya besar dan berperkadaran baik dengan tubuh berotot dan bahu menonjol anjing ini. Terdapat alur jelas di antara mata (dari stop ke oksiput). Tengkorak sempit dan dahi berkubah merupakan kecacatan. Muncungnya berbentuk segi empat sama, lebar, dan dalam. Gigitannya ialah undershot atau gunting berbalik. Tulang rahang bawah sederhana melengkung dari hadapan ke belakang. Lubang hidung adalah lebar dengan garisan yang lalu secara menegak di antara lubang hidung dari hujung hidung ke bawah bibir atas. Hidungnya besar dan lebar berhubung dengan lebar muncung. Warna hidung ialah hitam. Matanya bersaiz sederhana dan berbentuk badam, perang gelap hingga cerah, dengan pinggir mata berpigmen hitam. Matanya renggang dan terletak rendah-rendah, separas dengan bahagian atas muncung. Telinganya kecil, mawar, butang, atau tulip. Telinga mawar diutamakan. Telinga terletak tinggi-tinggi, lebar, dan di tepi luar belakang tengkorak.[15] Lehernya sederhana panjang, lebar, dan sedikit melengkung. Tubuhnya tegap, berkuasa, dan berbentuk segi empat tepat sedikit apabila dilihat dari sisi. Dadanya lebar dan dalam. Tungkai belakangnya cukup berotot dan berpenamilan lebih panjang sedikit daripada tungkai depan. Tungkai belakang patut lurus, selari, dan renggang. Corak warna yang diterima termasuk brindle, dan warna-warna padu, dengan putih atau tanpa putih. Jantan patut seberat 60–80 paun (27–36 kg) dan setinggi 17–20 inci (43–51 cm) pada paras kelasa, sementara betina patut setinggi 50–70 paun (23–32 kg) dan seberat 16–19 inci (41–48 cm) pada paras kelasa.[15]
Kesihatan
suntingBuldog lama Inggeris mungkin merupakan baka anjing lebih sihat berbanding dengan baka-baka buldog moden, walaupun dapat terjejas akibat banyak gangguan sama yang berlaku pada mana-mana baka. Penyokong baka ini mengekalkan bertegas bahawa ia tidak mengalami gangguan sama seperti buldog baka tulen.[16] Sebuah kajian tahun 2016 yang diterbitkan dalam jurnal Canine Genetics and Epidemiology memeriksa kepelbagaian genetik sesama 102 ekor buldog berdaftar. Buldog lama Inggeris disebut sebagai calon penyilangan ke luar untuk memperkenalkan genetik baharu dalam usaha untuk membetulkan sesetengah masalah yang berkaitan dengan pembiakbakaan dalam.[17] Di Kesatuan Eropah, peraturan telah ditulis khusus untuk haiwan ladang yang menyatakan bahawa ia mempunyai hak "kebebasan daripada ketidakselesaan" dan "kebebasan daripada kesakitan, kecederaan, dan penyakit". Pindaan perlembagaan tahun 2013 di Switzerland menyatakan peraturan EU semula dengan lebih terperinci dan melanjutkan hak-hak tersebut kepada semua haiwan. Ramai pembiak baka anjing Switzerland telah mula menyilangkan buldog ke luar dengan buldog lama Inggeris, lalu mewujudkan buldog benua dalam usaha untuk membawa buldog kepada kepatuhan.[17]
Catatan
sunting- ^ Jawi: بولدوݢ لام ايڠݢريس ; bahasa Inggeris: olde English bulldogge
Rujukan
sunting- ^ a b "Breed: Olde English Bulldogge" [Baka: Buldog Lama Inggeris] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. 1 Januari 2014. Dicapai pada 30 Mac 2024.
- ^ "Canine Developmental Health and Performance Registry" (dalam bahasa Inggeris). Canine Developmental Health and Performance Registry. 4 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2013. Dicapai pada 30 Mac 2024.
- ^ "United Kennel Club Announces the Recognition of the Olde English Bulldogge" [United Kennel Club Umumkan Pengiktirafan Buldog Lama Inggeris] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. 22 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2013. Dicapai pada 30 Mac 2024.
- ^ Rincon, Paul (29 Julai 2016). "English Bulldog cross-breeding urged" [Pembiakbakaan silan buldog Inggeris digesa]. BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Mac 2024.
- ^ a b c d Semencic, Carl (1992). The World of Fighting Dogs [Dunia Anjing Laga] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780866226561. OCLC 879041162.
- ^ a b c d "Our History" [Sejarah Kami] (dalam bahasa Inggeris). Olde English Bulldogge Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2020. Dicapai pada 30 Mac 2024.
- ^ Semencic, Carl (1998). Gladiator Dogs [Anjing Gladiator] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780793805969. OCLC 40198045.
- ^ "About Us" [Tentang Kami] (dalam bahasa Inggeris). Olde English Bulldogge Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2020. Dicapai pada 30 Mac 2024.
- ^ "[Home page]". Canine Developmental Health and Performance Registry. Dicapai pada 30 Mac 2024.Templat:Dead URL
- ^ "UKC Announcement of Recognition" [Pengumuman Pengiktirafan UKC] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2013.
- ^ "Rare Breed Spotlight" [Tumpuan Baka Jarang]. Dog World. BowTie Inc. Mac 2009.[petikan lengkap diperlukan]
- ^ Harris, David (2008). The Bully Breeds [Baka Bully] (dalam bahasa Inggeris). Freehold, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 74–75. ISBN 9781593786649. OCLC 172980066.
- ^ Zwettler, Walter; Zwettler, Marlene (2013). The Great Book of Bulldogs, Bull Terrier and Molosser [Buku Besar Buldog, Bulterier, dan Molosser] (dalam bahasa Inggeris). 1. Berlin, Jerman: epubli. ISBN 9783844239225. OCLC 863987516.
- ^ "Single Registration Requirements: Olde English Bulldogge" [Syarat Pendaftaran Tunggal: Buldog Lama Inggeris] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 30 Mac 2024.
- ^ a b c "UKC Standard" [Piawaian UKC] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2014.
- ^ Maggitti, Phil (1 Oktober 2009). "Olde English Bulldogges" [Buldog Lama Inggeris]. Bulldogs [Buldog] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 15. ISBN 9780764196539. OCLC 298187090.
- ^ a b Pedersen, Niels C.; Pooch, Ashley S.; Liu, Hongwei (29 Julai 2016). "A genetic assessment of the English bulldog" [Pentaksiran genetik bagi buldog Inggeris]. Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 3 (1): 6. doi:10.1186/s40575-016-0036-y. ISSN 2662-9380. PMC 4965900. PMID 27478618. S2CID 9280543.
Bacaan lanjut
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Buldog lama Inggeris |
- Brearley, Joan McDonald (1985). The Book of the Bulldog [Buku Buldog] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780866220279. OCLC 12080286.
- "Can the Bulldog be Saved?" [Dapatkah Buldog Diselamatkan?]. The New York Times Magazine (dalam bahasa Inggeris). 22 November 2011.
- De Prisco, Andrew; Johnson, James Burris (1990). The Mini-Atlas of Dog Breeds [Atlas Mini Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780866220910. OCLC 21949720.