Odysseus
Dalam mitologi Yunani dan Rom, Odysseus (Bahasa Yunani Kuno: Ὀδυσσεύς, Ὀδυσεύς , Odysseús, Odyseús AFA: [o.dy(s).sěu̯s]; Jawi: اوديسيوس ) ataupun Ulysses (Latin: Ulysses, Ulixes ; Jawi: يوليسيس ) kalau mengikut versi Latin ialah seorang raja Yunani dari Ithaca dalam legenda serta wira puisi epik Homeros bertajuk Odysseia. Odysseus juga mempunyai peranan penting dalam Iliad oleh Homeros dan karya-karya lain dalam kitaran epik yang sama.
Odysseus | |
---|---|
Informasi | |
Pangkat | Raja Ithaca |
Pasangan | Penelope |
Anak | Telemachus, Telegonus, Cassiphone, Agrius, Anteias, Ardeas, Rhomos, Poliporthes, Latinus, Nausinous, Nausithous, Euryalus |
Saudara | Laertes (bapa) Anticlea (ibu) Ctimene (adik perempuan) |
Kewarganegaraan | Yunani |
Sebagai anak Laertes dan Anticlea, suami Penelope, dan ayah kepada Telemachus, Acusilaus dan Telegonus,[1] Odysseus terkenal dengan sifat pintar, serba boleh dan kelicikannya (polytropos). Disebabkan itu dia digelarkan Odysseus yang Licik (μῆτις[2]). Dia paling terkenal kerana nostos atau "kepulangan" dia, yang memakan sepuluh tahun penuh peristiwa selepas sepuluh tahun dalam Perang Troia.[3]
Nama, etimologi, dan gelaran
suntingBentuk Ὀδυσ(σ)εύς Odys(s)eus digunakan bermula dalam zaman epik dan sepanjang zaman klasik, tetapi pelbagai bentuk lain juga ditemui. Dalam tulisan-tulisan pada jambangan, terdapat ejaan seperti Oliseus (Ὀλισεύς ), Olyseus (Ὀλυσεύς ), Olysseus (Ὀλυσσεύς ), Olyteus (Ὀλυτεύς ), Olytteus (Ὀλυττεύς ) dan Ōlysseus (Ὠλυσσεύς ). Bentuk Oulixēs (Οὐλίξης ) disahkan dalam satu sumber awal di Magna Graecia (Ibycus, menurut Diomedes Grammaticus), manakala ahli tatabahasa Yunani Aelius Herodianus menggunakan Oulixeus (Οὐλιξεύς ).[4] Dalam Latin, beliau dikenali sebagai Ulixēs atau (dianggap kurang tepat) Ulyssēs . Sesetengah orang menganggap "mungkin pada mulanya terdapat dua tokoh yang berasingan, seorang dipanggil sesuatu seperti Odysseus, yang lain sesuatu seperti Ulixes, yang digabungkan menjadi satu personaliti yang kompleks."[5] Walau bagaimanapun, perubahan antara d dan l adalah biasa juga dalam sesetengah nama Indo-Eropah dan Yunani,[6] dan bentuk Latin dianggap berasal daripada bahasa Etruscan Uthuze (lihat di bawah), yang mungkin menjelaskan beberapa inovasi fonetiknya.
Etimologi nama tersebut tidak diketahui. Penulis kuno menalikan asal nama itu dengan kata kerja Yunani odussomai (ὀδύσσομαι ) "marah terhadap, benci",[7] oduromai (ὀδύρομαι ) "meratap, menyesali",[8][9] bahkan ollumi (ὄλλυμι ) "binasa, hilang".[10][11] Homeros mengaitkannya dengan pelbagai bentuk kata kerja ini dalam rujukan dan sindiran. Di dalam Buku 19 Odysseia, dalam mana zaman kanak-kanak Odysseus diceritakan, Euryclea meminta kepada datuk budak lelaki itu Autolycus untuk memberikan nama kepadanya. Euryclea nampaknya mencadangkan nama seperti Polyaretos, "kerana dia telah banyak dipohon" (πολυάρητος ) tetapi Autolycus "nampaknya dalam suasana hati sarkastik" memutuskan untuk memberikan kanak-kanak itu nama lain untuk memperingati "pengalamannya sendiri dalam hidup":[12] "Kerana saya telah marah (ὀδυσσάμενος odyssamenos) dengan ramai orang, baik lelaki mahupun perempuan, biarlah nama anak itu menjadi Odysseus".[13] Odysseus sering diberikan gelaran patronimik Laertiades (Λαερτιάδης ), "anak Laertes".
Telah dicadangkan juga bahawa nama tersebut berasal bukan dari asal Yunani, malah mungkin bukan Indo-Eropah, dengan asal usul yang tidak diketahui.[14] Robert S. P. Beekes telah mencadangkan asal Pra-Yunani. Dalam agama Etruscan, nama (dan cerita) Odysseus disadurkan dengan nama Uthuze (Uθuze), yang telah diinterpretasikan sebagai pinjaman selari dari bentuk Minoa sebelumnya bagi nama itu (mungkin *Oduze, sebutan [ˈot͡θut͡se]); teori ini dianggap dapat menerangkan ketidakpastian fonologi (d atau l), kerana konsonan letusan [t͡θ], yang tidak dikenali oleh orang Yunani pada masa itu, menyebabkan timbulnya bandingan yang berbeza (iaitu δ atau λ dalam Yunani, θ dalam Etruscan).[15]
Dalam Iliad dan Odyssey, Homeros menggunakan beberapa gelaran untuk memerikan Odysseus, bermula dengan pembuka, di mana dia diterangkan sebagai "lelaki yang banyak muslihat" (berdasarkan terjemahan Murray 1919). Perkataan Yunani yang digunakan ialah polytropos, harfiah bermaksud lelaki yang banyak penyimpangan, dan penterjemah lain telah mencadangkan terjemahan bahasa Inggeris alternatif, termasuk "lelaki yang penuh putar belit" (Fagles 1996) dan "lelaki yang rumit" (Wilson 2018).
Keturunan
suntingHanya sedikit maklumat diberikan tentang latar belakang rekaan Odysseus selain daripada menurut Pseudo-Apollodorus, datuk atau datuk tiri sebelah ayahnya adalah Arcesius, anak Cephalus dan cucu Aeolus, manakala datuk sebelah ibunya ialah si pencuri Autolycus, anak Hermes[16] dan Chione. Oleh itu, Odysseus adalah cicit dewa Olympus Hermes.
Menurut Iliad dan Odysseia, ayahnya ialah Laertes[17] dan ibunya Anticlea, walaupun terdapat tradisi bukan Homerik[18][19] yang menyebut bahawa Sisyphus ialah bapanya yang sebenar.[20] Khabar angin mengatakan Laertes membeli Odysseus dari raja yang jahat itu.[21] Odysseus dikatakan mempunyai adik perempuan, Ctimene, yang pergi ke Same untuk berkahwin dengan Eurylochus dan disebut oleh seorang penggembala khinzir Eumaeus, yang dibesarkan bersamanya, dalam buku 15 Odysseia.[22] Odysseus sendiri, dalam penyamaran seorang pengemis tua, memberi penggembala khinzir di Ithaca itu garis keturunan palsu: "Dari Crete yang luas saya menyatakan bahawa saya datang daripada keturunan, anak lelaki lelaki kaya. Dan juga banyak anak lelaki lain yang lahir dan dibesarkan di dalam rumahnya, anak lelaki sejati daripada isteri yang sah; tetapi ibu yang melahirkan saya dibeli, seorang gundik. Namun Castor, anak Hylax, yang dari keturunannya saya nyatakan saya berasal, memuliakan saya sama seperti anak lelaki sejati beliau."[23]
Rujukan
sunting- ^ Epic Cycle. Fragments on Telegony, 2 Diarkibkan 29 Ogos 2020 di Wayback Machine seperti yang dipetik dalam Eustathias, 1796.35.
- ^ "μῆτις – Liddell and Scott's Greek-English Lexicon". Perseus Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2018. Dicapai pada 18 April 2018.
- ^ "Greek & Roman Mythology - Homer". www2.classics.upenn.edu. Dicapai pada 2024-07-30.
- ^ Entri "Ὀδυσσεύς " Diarkibkan 5 Mac 2008 di Wayback Machine, dalam: Henry George Liddell dan Robert Scott, A Greek–English Lexicon, 1940.
- ^ Stanford, William Bedell (1968). The Ulysses theme. A Study in the Adaptability of a Traditional Hero. New York: Spring Publications. m/s. 8.
- ^ Lihat entri "Ἀχιλλεύς" di Wiktionary; cfr. Greek δάκρυ, dákru, bdg. Latin lacrima "tangis".
- ^ Entri "ὀδύσσομαι ". Diarkibkan 6 Januari 2021 di Wayback Machine dalam Liddell dan Scott, A Greek–English Lexicon.
- ^ Entri "ὀδύρομαι " Diarkibkan 6 Ogos 2020 di Wayback Machine dalam Liddell dan Scott, A Greek–English Lexicon.
- ^ Helmut van Thiel, penyunting (2009). Homers Odysseen. Berlin: Lit. m/s. 194.
- ^ Entri "ὄλλυμι " Diarkibkan 6 Ogos 2020 di Wayback Machine dalam Liddell dan Scott, A Greek–English Lexicon.
- ^ Marcy George-Kokkinaki (2008). Literary Anthroponymy: Decoding the Characters in Homer's Odyssey (PDF). 4. Antrocom. m/s. 145–157. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 22 April 2018. Dicapai pada 4 Mei 2017.
- ^ Stanford, William Bedell (1968). The Ulysses theme. m/s. 11.
- ^ Odyssey 19.400–405 Diarkibkan 17 Jun 2021 di Wayback Machine.
- ^ Dihle, Albrecht (1994). A History of Greek Literature. From Homer to the Hellenistic Period. Diterjemahkan oleh Clare Krojzl. London and New York: Routledge. m/s. 19. ISBN 978-0-415-08620-2. Dicapai pada 4 Mei 2017.
- ^ Glen Gordon, A Pre-Greek name for Odysseus, diterbitkan di Paleoglot. Ancient languages. Ancient civilizations. Dicapai pada 4 Mei 2017.
- ^ Apollodorus, Bibliotheca Library 1.9.16 Diarkibkan 31 Disember 2020 di Wayback Machine
- ^ Homeros tidak menyenaraikan Laertes sebagai anggota Argonaut.
- ^ Scholium on Sophocles' Aiax 190, noted in Karl Kerényi, The Heroes of the Greeks, 1959:77.
- ^ "Disebarkan oleh raja-raja yang berkuasa, // Dan oleh anak keturunan Sisyphus yang masyhur" (κλέπτουσι μύθους οἱ μεγάλοι βασιλῆς // ἢ τᾶς ἀσώτου Σισυφιδᾶν γενεᾶς): Korus dalam Ajax 189–190, diterjemahkan ke Inggeris. Diarkibkan 18 April 2005 di Wayback Machine oleh R. C. Trevelyan.
- ^ "Satu cawan minuman yang kononnya dalam gaya "Homerik" jelas menunjukkan Sisyphos di bilik tidur anak perempuan tuannya, penjenayah ketara itu terduduk di katil dan gadis itu dengan gelendongnya." The Heroes of the Greeks 1959:77.
- ^ "Sold by his father Sisyphus" (οὐδ᾽ οὑμπολητὸς Σισύφου Λαερτίῳ): Philoctetes dalam Philoctetes 417, diterjemahkan ke Inggeris. Diarkibkan 6 Januari 2011 di Wayback Machine oleh Thomas Francklin.
- ^ "Women in Homer's Odyssey". Records.viu.ca. 16 September 1997. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2011. Dicapai pada 25 September 2011.
- ^ Hom. Od. 14.199–200. Dipetik daripada Homeros. The Odyssey dengan Terjemahan Bahasa Inggeris oleh A.T. Murray, PH.D. dalam dua jilid. Cambridge, MA., Harvard University Press; London, William Heinemann, Ltd. 1919.