Obersturmbannführer

Obersturmbannführer ([ˈoːbɐ.ʃtʊʁm.ban.fyːʀɐ], "pemimpin kanan unit gempur") adalah sejenis pangkat separa tentera Parti Nazi (NSDAP) Jerman yang digunakan oleh kedua-dua SA dan SS. Ia telah diwujudkan pada Mei 1933 untuk mengisi keperluan bagi pangkat tambahan di atas Sturmbannführer. Ia menjadi satu pangkat SS pada masa yang sama.[1] Diterjemah sebagai "pemimpin kanan unit serangan (atau gempur)",[2] Obersturmbannführer adalah orang bawahan kepada Standartenführer dan setaraf dengan Oberstleutnant (Leftenan Kolonel) dalam Tentera Darat Jerman.[3] Insignia bagi Obersturmbannführer ialah 4 pip perak dan satu jalur, ditumpukan pada kolar kiri pakaian seragam SS/SA.[4] Pangkat itu juga menggunakan papan bahu milik Oberstleutnant dan merupakan pangkat SS/SA tertinggi yang memaparkan insignia unit pada kolar sebelah kanan.[5]

Obersturmbannführer

Lencana kolar

Lencana bahu Lencana celoreng
Negara
Jerman Nazi
Cabang perkhidmatan
Kumpulan pangkat Pegawai kanan
Singkatan Ostubaf
Diperkenalkan 1933
Dimansuhkan 1945
Kod
NATO
OF-4
Pangkat tinggi seterusnya

Standartenführer

Pangkat rendah seterusnya

Sturmbannführer

Persamaan pangkat Oberstleutnant
Seorang Obersturmbannführer dalam Waffen-SS

Adolf Eichmann

sunting
 
Pangkat ini telah disandang oleh Adolf Eichmann, yang dibawa ke perbicaraan tahun 1961

Adolf Eichmann telah dinaikkan pangkat ke Obersturmbannführer pada 1940 dan telah disenaraikan sebagai salah seorang ahli minit mesyuarat dalam Persidangan Wannsee Januari 1942. Semasa perbicaraan Eichmann bagi jenayah terhadap kemanusiaan pada tahun 1962, ketua pendakwaraya Gideon Hausner menarik perhatian dengan kepentingan dan tanggungjawab pangkat Obersturmbannführer Eichmann apabila, sebagai tindak balas tuntutan Eichmann bahawa beliau hanyalah seorang kerani yang menurut perintah, Hausner menyoalnya, "Adakah anda seorang Obersturmbannführer atau seorang gadis pejabat?"[6]

Tetapi ahli teori politik Hannah Arendt membantah anggapan bahawa Obersturmbannführer adalah pangkat yang penting didalam bukunya tahun 1963 Eichmann in Jerusalem. Beliau menulis Eichmann menghabiskan masa peperangan dengan "berangan" mahu menjadi Standartenführer. Arendt berkata "... orang seperti Eichmann, yang naik melalui penilaian, tidak dibenarkan naik melampaui pangkat Leftenan Kolonel (iaitu pangkat Obersturmbannführer) kecuali di medan perang."[7]

Insignia

sunting
Pangkat Junior
Sturmbannführer
Pangkat SS dan pangkat SA
Obersturmbannführer
Pangkat Senior
Standartenführer

Lihat juga

sunting
  1. ^ McNab 2009, m/s. 29, 30.
  2. ^ McNab 2009b, m/s. 15.
  3. ^ Yerger 1997, m/s. 236.
  4. ^ Flaherty 2004, m/s. 148.
  5. ^ Stein 2002, m/s. 300 chart.
  6. ^ Ethics of Evil: Psychoanalytic Investigations. Karnac Books. 2016. m/s. 289. ISBN 9781782203957. Unknown parameter |editors= ignored (bantuan)
  7. ^ Arendt 2006, m/s. 147.

Bibliografi

sunting
  • Arendt, Hannah (2006). Eichmann in Jerusalem. Penguin Classics.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Flaherty, T. H. (2004) [1988]. The Third Reich: The SS. Time-Life Books, Inc. ISBN 1 84447 073 3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • McNab, Chris (2009). The SS: 1923–1945. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-49-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • McNab, Chris (2009b). The Third Reich. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-51-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Stein, George (2002) [1966]. The Waffen-SS: Hitler's Elite Guard at War 1939–1945. Cerberus Publishing Ltd. ISBN 978-1841451008.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Toland, John (1999). Battle: The Story of the Bulge. Lincoln: University of Nebraska Press. ISBN 0-8032-9437-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Yerger, Mark C. (1997). Allgemeine-SS: The Commands, Units and Leaders of the General SS. Schiffer Publishing. ISBN 0-7643-0145-4.CS1 maint: ref=harv (link)