Nymphadora Tonks
Nymphadora Tonks (lahir kk. 1973) merupakan watak rekaan dalam siri karangan J. K. Rowling iaitu novel Harry Potter dan kemunculannya yang pertama dalam Order of the Phoenix (2003).
Watak Harry Potter | |
---|---|
Natalia Tena sebagai Tonks dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix. | |
Nymphadora Tonks | |
Jantina | Perempuan |
Warna rambut | Pelbagai |
Warna mata | Pelbagai (lazimnya perang gelap) |
Rumah | Hufflepuff |
Sekolah | Hogwarts |
Keturunan | Berdarah campur |
Dilakonkan oleh | Natalia Tena |
Kemunculan pertama | Harry Potter and the Order of the Phoenix |
Tonks, yang tidak minat nama yang diberi, lebih gemar menggunakan nama keluarga. Beliau digambarkan sebagai seorang perempuan muda dalam lingkungan dua puluhan, seorang Auror dan ahli Kumpulan Phoenix. Sebagai seorang Metamorphmagus, Tonks boleh mengubah rupanya mengikut kehendaknya. Beliau menggunakan pemberian tersbeut bukan hanya untuk menyamar ketika bertugas tetapi untuk menguji akan penampilannya malah juga untuk menghiburkan sahabat baiknya. Walau bagaimanapun, beliau agak cuai dan tidak bijak dalam menguruskan jampi untuk kegunaan rumah seperti memasak, membersih dan mengemas - lebih mudah memecahkan pinggan apabila cuba "menolong".
Melalui keturunan, Tonks adalah berdarah campur, anak perempuan kepada ahli sihir perempuan berdarah tulen Andromeda Tonks (née Black) dan kelahiran Muggle Ted Tonks.
Kehidupan awal
suntingTemplat:Spoiler Beliau adalah anak yang lahir ketika peperangan pertama menentang Voldemort, Tonks ketika itu masih bukan ahli asal Kumpulan Phoenix. Beliau berpendidikan Hogwarts, berkemungkinan pelajar yang baik dan bijak yang menyebabkan beliau memenuhi piawaian untuk mempunyai kerjaya sebagai Auror. Beliau bukanlah seorang pengawas mungkin disebabkan perlakuannya. Beliau adalah rakan sekelas Charlie Weasley; yang sama-sama memasuki Hogwarts pada 1984. Walau bagaimanapun, tidak diketahui rumah yang beliau ditempatkan.
Tonks tamat pembelajarannya di Hogwarts pada musim panas 1991 dan memulakan latihan Auror untuk tiga tahun. Sebagai seorang Metamorphmagus, beliau dengan mudahnya lulus dalam ujian Penyembunyian dan Penyamaran tetapi agak sukar dalam menjejak disebabkan kecuaiannya. Walau apapun, beliau lulus sebagai Auror pada 1994, setahun sebelum kemunculan pertamanya dalam Order of the Phoenix.
Tonks dilahirkan sebagai Metamorphmagus, yang menunjukkan beliau seorang yang boleh berubah bentuk yang mampu mengubah penampilannya mengikut kehendaknya (walau bagaimanapun terhad kepada bentuk manusia sahaja). Dalam Order of the Phoenix, Tonks menyatakan yang "Metamorphmagi amat jarang, mereka dilahirkan begitu, bukan dibuat." Setakat ini, tiada saudara mara Tonks yang diketahui sebagai Metamorphmagi. Walaupun rupanya boleh berubah, penampilan asalnya ialah perempuan muda yang pucat dengan. Beliau mula muncul dalam buku kelima dengan rambuut ungu, mencuba beberapa warna sebagai samaran lalu mengubah menjadi merah jambu.
Peranan Tonks dalam siri Harry Potter
suntingKumpulan Phoenix
suntingTonks dan raka Auror yang juga menganggotai Kumpulan Phoenix, Kingsley Shacklebolt bekerja sebagai perisik bagi pihak kumpulan itu di Kementerian Sihir. Mereka berkhidmat untuk Kumpulan Phoenix secara sembunyi kerana tindakan menyokong Dumbledore secara terang-terangan akan menyebabkan mereka kehilangan jawatan mereka di Kementerian. Lagipun, Kumpulan tersebut sangat memerlukan orang di dalam Kementerian, kerana mengetahui yang pengikut Voldermort turut berada di Kementerian.
Tonks juga turut bertarung di Jabatan Misteri bersama Alastor Moody, Sirius Black, Remus Lupin dan Kingsley Shacklebolt. Beliau tercedera oleh serangan ibu saudaranya, Bellatrix Lestrange, dan dirawat di St. Mungo. Di bahagian akhir buku, Tonks telah kembali sembuh dan bersama Moody, Lupin dan beberapa anggota keluarga Weasley, menghantar Harry kembali ke Privet Drive.
Putera Berdarah Kacukan
suntingSepanjang tahun keenam Harry, Tonks ditempatkan di Hogsmeade dan ditugaskan untuk menjaga Hogwarts. Dia menyelamatkan Harry di Hogwarts Express dan beberapa kali terlihat di Hogwarts. Harry memperhatikan tingkah lakunya yang aneh, kelihatan muram, jarang tersenyum atau bersikap ramah seperti biasanya. Rambutnya yang biasanya berwarna cerah, sekarang berwarna coklat-tikus, yang menunjukkan proses metamorfosisnya terganggu. Selain itu patronusnya turut berubah, dari sesuatu yang tidak pernah disebutkan, (hanya Snape yang berkata bahwa Patronus Tonks berubah) menjadi patronus makhluk besar, berbulu dan berkaki empat. Perubahan seperti ini dapat terjadi akibat adanya kejutan ataupun dorongan emosi yang kuat. Harry dan Hermione berpendapat hal ini disebabkan oleh kematian Sirius, bapa saudaranya, yang menjadi kesalahannya kerana Tonks tidak menghabiskan Bellatrix Lestrange, lawannya, sehingga Bellatrix pada akhirnya membunuh Sirius (atau lebih tepatnya mendorong Sirius terjatuh ke dalam gerbang bertirai). Harry turut berpendapat Tonks mencintai Sirius, kerana Patronusnya menyerupai bentuk animagus Sirius.
Setelah kematian Dumbledore, barulah misteri berubahnya perangai Tonks terbongkar, iaitu disebabkan beliau mencintai Lupin tetapi Lupin tidak menerimanya untuk alasan "tua, miskin, dan berbahaya". Jadi bentuk patronus Tonks sebenarnya adalah serigala dan rambutnya yang coklat menunjukkan rambut Lupin yang coklat-kelabu. Tonks tidak mempedulikan bahawa Lupin adalah serigala jadian dan miskin (karena Lupin tidak dapat memperoleh pekerjaan disebabkan keadaanya sebagai manusia serigala), ataupun Lupin jauh lebih tua berbanding dirinya. Lupin beranggapan Tonks berhak mendapatkan seseorang yang seusia dengannya, yang tidak membahayakan dirinya, dan mampu menampung hidupnya. Ketika pengebumian Dumbledore, Tonks dan Lupin terlihat berpegangan tangan, dan rambut Tonks sudah kembali berwarna merah muda, menandakan bahwa ia sudah tidak lagi mengalami kemurungan yang lalu.
Etimologi nama
suntingNymphadora secara harafiahnya adalah "Anugerah daripada Nymph". Nymph adalah roh penjaga dalam mitologi Yunani yang menguasai pohon, hutan suci, sungai dan lautan. Ketika zaman Renaissance, Eropah Utara menggandingkan Nymph dengan Elf. Dalam kisah klasik Shakespeare, A Midsummer Nights Dream, Elf tradisional Inggeris berdampingan dengan Nymph Yunani sebagai pelayan Diana.
Nymph juga nama satu tahap metamorfosis dari pepatung, iaitu sebelum pepatung mencapai dewasa.