Sintang ekor berjalur (burung)
(Dilencongkan daripada Nyctiprogne leucopyga)
Sintang ekor berjalur (Nyctiprogne leucopyga) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui di Bolivia, Brazil, Kolombia, Ekuador, Guiana Perancis, Guyana, Paraguay, Peru, dan Venezuela. Habitat semulajadinya ialah hutan tanah pamah lembab subtropika atau tropika, sungai, dan paya. Ia paling lantang pada waktu malam, menandakan bahawa ia bersifat nokturnal. Apabila ia berbunyi, ia mempunyai nada yang hampir sama seperti dengkang katak. Hal tersebut kerap kedengaran semasa musim pembiakan, yang berlaku dari Julai hingga Oktober.
Sintang ekor berjalur | |
---|---|
Nyctiprogne leucopyga | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Caprimulgiformes |
Keluarga: | Caprimulgidae |
Genus: | Nyctiprogne |
Spesies: | N. leucopyga
|
Nama binomial | |
Nyctiprogne leucopyga (Spix, 1825)
| |
Rujukan
sunting- ^ BirdLife International (2016). "Nyctiprogne leucopyga". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22689720A93245073. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22689720A93245073.en. Dicapai pada 11 November 2021.