Nyanyian tradisional Melayu
Nyanyian tradisional Melayu boleh didengari dalam pelbagai konsep. Antaranya ialah keroncong, boria, ghazal, dikir barat dan pelbagai lagi mengikut negeri masing-masing. Kebanyakan nyanyian ini, berunsurkan cinta dan nasihat kepada golongan muda mudi bagi tujuan kesedaran. Setiap nyanyian akan diiringi alatan muzik tradisional seperti gambus, gendang, gong dan lain-lain.