Sentulang
Sentulang (nama saintifik: Jackiopsis ornata sin. Jackia ornata)[1] ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Rubiaceae. Ia juga dipanggil aji samad, medang gembut, medang tanduk, mentagur paya, segan selumbar, merbuluh merah, selimbar, selimbar paya, selumar dan selumbar. Di Borneo, ia disebut nyabau, seluma, selumar, ulin air dan ulin paya.[2]
Sentulang | |
---|---|
Jackiopsis ornata | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Asterid |
Order: | Gentianales |
Keluarga: | Rubiaceae |
Subkeluarga: | Ixoroideae |
Tribus: | Jackieae |
Genus: | Jackiopsis Ridsdale |
Spesies: | J. ornata
|
Nama binomial | |
Jackiopsis ornata | |
Sinonim | |
Gambaran
suntingDaun pokok setinggi 43 m dan panjang 86 cm. Stipul mengelilingi ranting, dengan hujung turus panjang sepanjang sisi. Daunnya bertentangan, lebat pada hujung ranting, ringkas, berurat (penni-veined, kasar (glabrous) sehingga berbulu. Bunganya 4 mm diameter, putih ke merah jambu, terletak dalam bulir. Buahnya 18 mm diameter, hijau-kuning-merah, dengan benih bersayap tiga.
Habitat
suntingIa tumbuh di kawasan berpaya gambut dara dan hutan dipterokarpa bercampur sehingga ketinggian 400 m, di kawasan berpaya dan sepanjang sungai, serta di tanah berpasir. Ia turut ditemukan dalam hutan sekunder, biasanya terdapat di kawasan sisi tidak terusik
Kegunaan
suntingDigunakan sebagai sumber kayu.
Taburan
suntingSemenanjung Malaysia, Sumatera, Borneo (keseluruhan pulau).
Rujukan
sunting- ^ Jackiopsis ornata. Sistem Maklumat Kepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/33441. [Didapat kembali 04 Julai 2023]
- ^ Jackiopsis ornata (Wall.) Ridsdale