Risteena Munim
Nur Risteena Munim Zainul Ilyas (Jawi: نور ريستينا مونيم بنت زين الاليس; lahir 19 November 1989) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau mula dikenali umum dalam bidang seni lakonan tanahair menerusi drama waktu perdana Playboy Itu Suami Aku yang disiarkan di Slot Akasia TV3 di mana beliau memegang peranan utama sebagai Afina Aulia.[2][3]
Risteena Munim | |
---|---|
Kelahiran | Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas 19 November 1989 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2012–kini |
Pasangan | Isa Khan (k. 2021) |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Kehidupan awal
suntingRisteena Munim dilahirkan pada 19 November 1989 di Kepala Batas, Pulau Pinang dan beliau merupakan anak kedua daripada lima beradik kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin dan Che Bunga Salleh. Adiknya, Ruhainies Farehah juga seorang pelakon yang mencipta nama menerusi drama Hello, Mr. Perfect! bersama Fattah Amin. Beliau lebih mesra dengan panggilan Ris dikalangan keluarganya.[4][5][6][7] Risteena merupakan lulusan dalam bidang komunikasi massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Lendu, Melaka.
Kerjaya
suntingBermula sebagai pelakon tambahan dan model sambilan pada usia belasan tahun. Risteena mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2012 apabila beliau memegang peranan tambahan dalam siri drama Friday I'm In Love, bersama-sama dengan pelakon utamanya—Qi Razali, Ryzal Jaafar, Aiman Hakim Ridza, Zoey Rahman, Bella Dally dan Nelydia Senrose.
Dalam tahun 2013, Risteena berlakon dalam empat drama dan dua telefilem. Beliau memegang watak pembantu dalam siri drama Karlos bersama-sama dengan pelakon utamanya, Johan As'ari dan Syazwan Zulkifli. Seterusnya beliau muncul dalam siri drama Menjinak Ombak dan bergandingan bersama Fattah Amin dalam siri drama Playboy Itu Suami Aku, beliau memegang watak utama sebagai Afina Aulia. Didalam drama itu beliau dikritik kerana lakonannya yang mengjengkelkan.[8] Beliau turut berlakon dalam siri drama Diandra, bersama pelakon utamanya, Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza. Antara telefilem lakonannya ialah Bukan Cinta Monyet dan Di Bawah Satu Langit.
Pada 2014, beliau berlakon dalam siri drama aksi, Plan B bersama-sama dengan Shukri Yahaya, Beto Kusyairy dan Mikail Andre. Selain itu, beliau turut melebarkan sayapnya ke layar lebar apabila beliau berlakon dalam filem pertamanya, Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin, bersama-sama dengan pelakon utamanya, Shaheizy Sam. Filem ini ditayangkan pada 28 Ogos 2014. Selepas tamatnya Plan B, Risteena berehat seketika daripada bidang lakonan kerana menyambung pelajarannya. Beliau seterusnya melakonkan watak aksi seorang pelacur dalam filem yang tidak diketahui tajuknya yang akan menjalani penggambarannya di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat.[9][10] Pada 2015, Risteena bergandingan dengan pelakon Keith Foo menerusi filem, Girlfriend Kontrak [11] arahan pengarah filem Australia, Virginia Kennedy, beliau memegang watak sebagai Alisa. Filem ini ditayangkan pada 24 September 2015 dan diterbitkan oleh Grand Brilliance.
Pada 2016, beliau berlakon dalam siri drama Cinta Teruna Kimchi bersama-sama dengan Johan As'ari, Niena Baharun dan Nazim Othman dan seterusnya muncul dalam filem Chowrasta arahan Profesor Datuk Abdul Razak Mohaideen. Seterusnya, Risteena memegang watak utama sebagai Ain dalam siri melodrama Demi Cinta Ain yang bersiaran di TV3, drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini turut dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson dan Nazrief Nazri. Pada Julai, beliau muncul dalam filem keempat lakonannya, Anak Mami Nasi Kandaq arahan Prof Madya Abdul Razak Mohaideen, dengan memegang watak sebagai Fitri.[12]
Bekerja di bawah arahan Ahmad Idham, Risteena memegang watak Dr. Azira, seorang pakar psikologi dalam filem komedi seram Hantu Wangan yang ditayangkan pada 22 Mac 2018, turut dibintangi oleh Achey Bocey dan Cat Farish.[13][14]
Pada 19 April 2018, Risteena menerima Anugerah Ikon Usahawan Tahunan Kosmetik & Pakaian di Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2018 anjuran Niaga Times.[15] Beliau kemudian muncul dalam drama Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung bersama Hafidz Roshdi yang mana beliau memegang watak sebagai Aisyah.
Imej umum
suntingSejak kemunculannya dalam bidang seni, Risteena sering dilihat menghiasi drama dan telefilem di stesen televisyen, terutamanya di TV3.[16] Bermula dengan telefilem Karlos, diikuti Playboy Itu Suami Aku, Menjinak Ombak, Pilihan Rozana dan, Dosa Kelmarin, beliau mula dilabel sebagai 'anak emas' di rangkaian televisyen popular itu.[16] Menafikan akan perkara tersebut, beliau berkata, peluang itu adalah satu rezeki dan kepercayaan yang bermakna buat dirinya.[16][17][18]
Di awal kerjayanya sebagai pelakon, Risteena pernah dikritik hebat gara-gara lakonannya menerusi Playboy Itu Suami Aku dikatakan agak kaku dan ‘kayu’.[19][8][20]
Kehidupan peribadi
suntingRisteena merupakan lulusan jurusan Komunikasi Massa dari UiTM. Namun, khabar angin mula timbul mengatakan beliau tidak pernah menghabiskan pengajian di UiTM dan mengaku dirinya memiliki segulung ijazah adalah palsu dan dusta semata-mata. Bagaimanapun, dalam temuramah dengan Harian Metro, Risteena menjelaskan bahawa beliau bukanlah berhenti atau diberhentikan, sebaliknya menangguhkan pengajiannya sementara mendapat banyak tawaran berlakon.[21]
Risteena turut mengakui tidak mencemburui adiknya, Ruhainies yang lebih popular[22] dan menganggap kejayaan adiknya membuatkan beliau lebih bekerja keras.[23] Mengakui tidak pernah bercinta, Risteena berkata dalam temuramah bersama Harian Metro pada Februari 2014:
"Dari darjah satu sehinggalah tingkatan lima, saya belajar di sekolah perempuan. Hanya apabila masuk UiTM, barulah saya bercampur dengan lelaki. Saya memang tiada pengalaman bercinta".[24]
Beliau bertunang dengan pelakon Isa Khan pada 23 November 2019.[25] Beliau sebelum ini pernah bertunang dengan Ikhwan Khairuddin, namun pertunangan berakhir pada Ogos 2019.[26] Beliau berkahwin dengan Isa pada 12 Mac 2021.[27]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan | Sumber |
---|---|---|---|---|
2013 | KL Zombi | Dirinya sendiri | Penampilan khas | |
2014 | Mamak Cupcake | Hana | [28] | |
2015 | Girlfriend Kontrak | Alisa | [29] | |
Chowrasta | Zahara | [30] | ||
2016 | Anak Mami Nasi Kandaq | Fitri | [31] | |
2017 | Pak Pong | Rohayu | Pelakon undangan | |
2018 | Hantu Wangan | Dr. Azira | ||
Qhaliq | Qhalisya | |||
Blok 404 | Misha | |||
2022 | Roh 100 Hari | Maria | ||
Seratus | Penampilan khas |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Friday I'm In Love | Dirinya sendiri | TV9 | Pelakon tambahan, peranan kecil |
2013 | Sahara | Astro Prima | ||
Karlos | Ikin | TV3 | Pelakon pembantu; Episod 2, 7 dan 8 (tidak dikreditkan). | |
Diandra | Fida | |||
Playboy Itu Suami Aku?! | Afina Aulia | Adaptasi novel "Playboy Itu Suami Aku?!" karya Suri Ryana. | ||
Menjinak Ombak | Sakinah | |||
2014 | Kifarah | Nur Rahimah | Episod: "Bisikan Qarin" | |
Kifarah 2 | Noni | Episod: "Taksub" | ||
PLAN B | Iris | |||
2015 | Cermin Kasih Amira | TV2 | ||
Alaa Bib.. | Habibah | TV3 | ||
Kifarah Mistik | Maya | Episod: "Malar Hitam" | ||
Lara | TVi | |||
2016 | Cinta Teruna Kimchi | Suraya | TV3 | |
Demi Cinta Ain | Ain | |||
Sein dan Luna | Dahlia | |||
2017 | Gaduh-Gaduh Sayang | Syazana | TV1 | Adaptasi novel "Gaduh-Gaduh Sayang" karya Immaz Huda |
Kisah Dari Mekah | Jaja | Astro Oasis | ||
2018 | Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung | Aisyah | TV3 | |
2019 | Ajari Playboy Itu | Niki | ||
Lelaki Itu Untukku | Orked Harlina | TV2 | ||
2020 | Lelaki Itu Untukku 2 | |||
Manuskrip Cinta | Nian | TV Okey | ||
Bulan Di Kota Langit | Munirah | |||
Setiaku Di Sini | Aleesa | Salam HD | ||
Rahsia Hati | Tengku Dania | TV1 | ||
2024 | Lempeng, Madu & Kambing | Hawa | TV Okey |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Bukan Cinta Monyet | Nurul Suhana | |
Di Bawah Satu Langit | Lys | TV3 | |
Bini Aku Hantu Langsuir | Saleha | TV9 | |
2014 | Pilihan Rozana | Rozana | |
Haji Tak Mabrur | TV3 | ||
Terpaku Pontianak | Seri | ||
2015 | Hantu Botox | ||
Pilihan Rozana | Rozana | ||
Romantika Bulan Madu | Iris | TV3 | |
2016 | Bila Artis Balik Kampung Beraya | Wati | Astro Prima |
Baju Berkancing Peniti | Cik Om | TV3 | |
Kecoh Mami Jarum Beraya | Rita | ||
2017 | Cikgu Manik Urai | Cikgu Shahirah | TV2 |
Pintu No.9 Masjid Nabawi | Astro Citra | ||
Cinta Latah | Zana | TV2 | |
Kakak Iparku Memang Win | Siti | TV9 | |
2018 | Personal Shopper | Amani | Astro Ria |
2019 | Atas Satu Janji | Maria | TV3 |
Izinkan Aku Pulang | TV2 | ||
Salam Manis | Lina | ||
Puisi Wan Malini | Wan Malini | TV1 | |
2020 | Rinding | Yana | TV3 |
Reda Ku | TV Okey | ||
Waiduri Di Sebalik Pintu | Waiduri | TV1 | |
Tebus | Elly | TV2 | |
2021 | Selumbar | Azrina | TV1 |
2022 | Isa dan Bella | Isa | Awesome TV |
2023 | Gergasi | Aishah | TV2 |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Ketuk-Ketuk Ramadan | Dirinya sendiri | TV1 | Artis undangan |
2017 | Perang Bibir | TV9 | ||
2020 | Warung Wak | Awesome TV | Artis undangan; Episod 4 (bersama adiknya Ruhainies); Musim 1 | |
2021 | Cer Teka? | Artis undangan |
Muzik video
suntingTahun | Lagu | Artis |
---|---|---|
2017 | "Kasih" | Hyper Act |
2018 | "Delusi" | Meeyojoe |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2015 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 | Pelakon Drama Wanita Pilihan | Dirinya sendiri | Tercalon |
2016 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29[32][33] | Pelakon Filem Wanita Popular | Tercalon | |
2023 | Anugerah Telenovela Ke-8 | Pasangan Serasi Telenovela Popular 2019 (bersama Azam Pitt) | Lelaki Itu Untukku | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ Biodata Risteena Munim Pelakon Drama Playboy Itu Suami Aku Diarkibkan 2019-06-26 di Wayback Machine Dunia Hiburan Tempatan, Melvister.com. Diperoleh pada 10 Disember 2013.
- ^ Menangis kerana kontroversi Diarkibkan 2016-12-20 di Wayback Machine Kosmo! (23 November 2013). Diperoleh pada 1 Disember 2013.
- ^ Nan Hidayat Nan Azmie (25 Jun 2016). Risteena tak buru populariti Diarkibkan 2017-02-02 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 25 Jun 2016.
- ^ Marina Sahabudin (17 Februari 2016). Kurang popular?: Risteena enggan mengalah Sinar Harian. Dicapai pada 18 Februari 2016.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (30 Ogos 2015). Risteena bukan lagi ‘kayu’ Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2015.
- ^ Nor Eryani Yusop (2 September 2015). Risteena hadam cacian Kosmo!. Diperoleh pada 3 September 2015.
- ^ Ardini Sophia Sina (19 Oktober 2014). Komen pedih menjadi motivasi Harian Metro. Dicapai pada 23 Oktober 2014.
- ^ a b Nina Farzuin Md. Shahrom (10 Ogos 2014). Risteena Munim dilabel 'pelakon kayu' Sinar Harian. Dicapai pada 10 Ogos 2014.
- ^ "Risteena Munim tidak sabar lakonkan watak pelacur". RotiKaya. 8 Ogos 2014. Dicapai pada 2014-08-10.
- ^ "Risteena Munim 'Pelakon Kayu' tak sabar jadi pelacur". Suara TV. 10 Ogos 2014. Dicapai pada 2014-08-25.
- ^ Ab Rahman, Farhana (24 September 2015). "Gandingan Keith Foo-Risteena Munim tarikan Girlfriend Kontrak". Berita Harian. Dicapai pada 27 Jun 2016.
- ^ Chua, Dennis (8 Julai 2016). "Hilarious look at colourful community". New Straits Times. Dicapai pada 15 Julai 2016.
- ^ "Watak tidak bertemu hantu". Harian Metro. 19 Oktober 2017. Dicapai pada 31 Mac 2018.
- ^ Kemalia Othman (7 Oktober 2017). "Risteena sudah ada teman". mSTAR Online. Dicapai pada 31 Mac 2018.
- ^ Amerul Haswendy Ashari (20 April 2018). Rezeki Risteena... Harian Metro. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ a b c Norhidayyu Zainal (20 Mac 2014). Nur Risteena 'anak emas' TV3? Sinar Harian. Dicapai pada 1 April 2014.
- ^ Risteena Tidak Mahu Hanya Lakonkan Watak Wanita Lembut Kemalia Othman. mStar. 10 Ogos 2014.
- ^ Risteena Munim dilabelkan sebagai Artis Bermasalah? Utara News. 18 Jun 2016.
- ^ RISTEENA MUNIM, HEROIN PLAYBOY ITU SUAMI AKU KECEWA DILABEL ‘PELAKON KAYU’? Sensasi Malaysia. 24 Disember 2013.
- ^ Risteena kalis cemuhan Suara TV. 3 September 2015.
- ^ Bukan Tipu Lulusan Ijazah, Cuma Tangguh Pengajian – Nur Risteena BeautifulNara. 19 Mei 2014.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (18 Februari 2017). Risteena tidak cemburu Ruhanies lebih popular Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (15 Mei 2016). Kejayaan Ruhainies dorong Risteena lebih gigih Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2018.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (3 Februari 2014). Kecewa Risteena terubat Harian Metro. Dicapai pada 24 September 2014.
- ^ Rudy Imran Shamsudin (7 Disember 2019). Isa Khan ubat luka di hati Risteena Harian Metro. Dicapai pada 7 April 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (29 November 2019). Ikhwan, Risteena Munim - putus di tengah jalan Harian Metro. Dicapai pada 7 April 2020.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (12 Mac 2021). Ristneena, Isa Khan dah selamat nikah Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2021.
- ^ Perak Today (15 Mei 2014). "Gementar tunggu reaksi penonton". Dicapai pada 2014-05-30.
- ^ Suara.TV (27 September 2015). "Kerana 'Girlfriend Kontrak' Nur Risteena Sanggup Jatuh Atas Tahi Lembu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-09. Dicapai pada 27 Jun 2016.
- ^ Rozaimi Zubaidi (12 Jun 2015). "'Chowrasta' Diiktiraf Malaysia Book of Records, Filem Paling Ramai Ditonton". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-24. Dicapai pada 2015-07-01.
- ^ Ramlah Zainal (14 Julai 2016). "Gembira AMNK dapat sambutan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-15. Dicapai pada 2016-07-14.
- ^ Zaidi Mohamad (12 Mei 2016). Belum rezeki saya menang anugerah - Risteena BH Online. Dicapai pada 13 Mei 2016.
- ^ Risteena Munim tidak kecewa belum menang anugerah Cinema.com.my. Dicapai pada 13 Mei 2016.