Nur Kasih
Nur Kasih ialah sebuah drama televisen yang ditayangkan pada setiap hari Jumaat di Slot Zehra TV3, mulai 29 Mei 2009 hingga 27 November 2009. Drama arahan Kabir Bhatia dan Faisal Ishak ini dibintangi oleh Fizz Fairuz, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Sharifah Sofia, Dato' Jalaluddin Hassan dan Liza Othman.
Nur Kasih | |
---|---|
Genre | Drama Agama |
Pencipta | Mira Mustaffa |
Pengarah | Kabir Bhatia Faisal Ishak |
Dibintangi oleh | Fizz Fairuz Remy Ishak Tiz Zaqyah Sharifah Sofia Dato' Jalaluddin Hassan Liza Othman Ummi Nazeera |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Mohd Frank Lewis |
Penerbit | Francis Foo Kabir Bhatia Mira Mustaffa |
Penyunting | Adilan Azemi Johan Bahar |
Tempoh siaran | 45 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 29 Mei 2009 – 27 November 2009 [1] |
Kronologi | |
Mengikuti | Embun Mutiara |
Diikuti oleh | Aliff Firdaus |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Siri TV Nur Kasih adalah antara siri drama televisyen buatan tempatan yang paling cemerlang dalam sejarah televisyen Malaysia kerana mencatat perkadaran penontonan yang dikatakan luar biasa, iaitu sekitar empat juta penonton secara purata (rujuk bahagian Sambutan), padahal. Kejayaan besar siri ini juga disusuli oleh filem yang sama tajuknya yang berkisahkan penyambungan "lapan tahun kemudian" semenjak kisah drama.[2]
Sinopsis
suntingMengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai perwatakan yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.
Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.
Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.
Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.
Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Aidil bin Hassan (Fizz Fairuz)
Aidil merupakan seorang lelaki yang menjadi impian setiap gadis untuk menjadi isterinya. Aidil mempunyai keperibadian yang tinggi dan sangat bertanggungjawab. Aidil juga adalah seorang anak dan abang yang sangat mengutamakan keluarga dan sanggup mengetepikan kebahagiaan diri sendiri demi untuk keluarganya. Anak kelahiran Sabak Bernam ini bercita-cita untuk membela nasib mereka yang tertindas dengan menjadi seorang peguam syariah. Lulusan jurusan ijazah sarjana muda syariah dari Universiti Al-Azhar, Cairo ini berpegang kepada prinsip "bekerjalah untuk duniamu seolah kamu hidup selamanya, dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah kamu mati esok." Aidil mempunyai pengetahuan yang luas di dalam bidang agama. Aidil seorang yang taat kepada wanita yang dicintainya suka bermain bola dan melayari internet disamping gemar membaca buku. Walaupun Aidil sangat menyayangi Nur Amina, Aidil tetap merelakan Adam untuk memperisterikan Nur Amina. Pada Aidil wasiat terakhir Ustaz Hassan lebih penting daripada perasaannya terhadap Nur Amina.[3]
- Adam bin Hassan (Remy Ishak)
Adam merupakan anak kedua kepada pasangan Ustaz Hassan dan Ustazah Khatijah. Dengan ketinggian 5’9” dan berat 73kg Adam sangat diminati oleh gadis-gadis dikampungnya. Lelaki berbintang Aries dilahirkan pada 7 April ini semasa kecil suka memberontak dan tidak mendengar kata ibu bapanya. Dia gemar berfoya-foya tetapi setia terhadap teman wanitanya yang bernama Katrina. Walaupun Adam nakal tetapi dia mempunyai cita-cita yang tinggi di dalam hidupnya. Adam yang ingin membuka sebuah firma arkitek sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di University of Sydney, Australia. Walaupun Adam dibesarkan di dalam keluarga yang kuat kepada pegangan agama, Adam merupakan seorang yang panas baran, sombong dan bongkak. Dia juga tidak menghiraukan kata-kata nasihat ibu bapanya. Adam suka bertindak mengikut kata hatinya dan sangat berdikari dalam menjalani kehidupan seharian. Meminati sukan bola sepak dan seni bina yang unik, Adam sangat berkeyakinan dan tiada siapa yang dapat menghalang cita-citanya. Walaupun Adam tidak rapat dengan ayahnya, Adam tetap menghormati ibunya dan makanan kegemarannya adalah sambal udang yang dimasak oleh ibunya.[4]
- Nur Amina binti Abu Bakar (Tiz Zaqyah)
Nur Amina merupakan pelajar ijizah sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam bidang senibina bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek wanita yang berjaya. Gadis yang dibesarkan di Tanjung Karang, Selangor ini ingin membina sebuah bangunan yang bercirikan Islam apabila dia tamat pengajian kelak. Gadis yang dilahirkan pada 2 Mac dan mempunyai ketinggian 5’3 ini suka berahsia dan sangat bersemangat apabila melakukan sesuatu kerja. Di samping sifat kerajinannya yang suka mentelaah, Nur juga gemar melukis. Apa sahaja ciptaan Allah yang dirasakan cantik akan Nur lukis. Di samping rakan-rakannya Nur dikenali sebagai seorang yang sangat baik dan sering dijadikan ‘role model’ dikalangan rakan-rakanya. Sifat hormat terhadap orang tua dan sabar dalam menghadapi segala masalah menjadikan Nur sangat disenangi. Sikap sanggup berkorban demi orang yang tersayang membuatkan Nur merupakan anak yang paling disayangi oleh pasangan Imam Abu Bakar & Mak Ani. Nur sangat berpegang teguh kepada prinsip tiada kejayaan tanpa rintangan, tiada kebahagiaan tanpa kesedihan.[5]
- Katrina Anne Carlson (Sharifah Sofia)
Katrina dikenali sebagai seorang yang sangat sosial dan suka berkunjung ke kelab malam. Gadis kelahiran Sydney, Australia ini sedang melanjutkan pelajaran di University of Sydney, Australia di dalam bidang sastera. Katrina sangat menyayangi Adam dan sanggup melakukan apa sahaja untuk Adam. Katrina sentiasa menjadi penasihat kepada Adam apabila Adam menghadapi masalah. Sikap penggoda, romantik dan manja pada Katrina yang membuatkan Adam tertarik kepadanya. Apabila tamat belajar Katrina ingin menjadi pensyarah.[6]
Episod
sunting# | Tarikh penyiaran | Ringkasan |
---|---|---|
1 | 29 Mei 2009 | Mengisahkan kehidupan Ustaz Hassan Albasheer dan Hajjah Khadijah mempunyai dua orang anak lelaki yang berbeza perwatakan dan pemikiran. Aidil merupakan abang kepada Adam seorang yang lemah lembut,bersopan dan peganggan agama yang tinggi. Adam pula seorang yang kasar, hidupnya juga dipengaruhi budaya barat. Aidil dan Adam diminta pulang oleh ibunya kerana ayah mereka sedang tenat.[7] |
2 | 5 Jun 2009 | Aidil dan Adam tiba di kampong. Secara tidak sengaja, mereka bertemu dengan Nur Amina. Aidil telah jatuh hati sejak kali pertama melihat kecantikan wajah Nur Amina. Adam mula bosan tinggal di kampungnya dan bercadang untuk pulang semula ke Australia. Ustaz Hassan telah meminang Nur Amina untuk Adam sedangkan Nur Amina adalah pilihan hati Aidil. Nur Amina turut kecewa dengan pinangan ini kerana dia mempunyai cita – citanya sendiri dan dia telah mendapat surat biasiswa untuk meneruskan pengajiannya.[8] |
3 | 12 Jun 2009 | Adam yang terkejut dengan hal itu membantah keputusan ayahnya kerana dia telah mempunyai pilihan hatinya sendiri. Hajjah Khadijah memujuk Adam untuk berkahwin dengan Nur Amina dan akhirnya Adam akur. Keadaan kesihatan Ustaz Hassan bertambah teruk. Perkahwinan Adam dan Nur Amina diadakan dengan segera. Dalam diam, Aidil menyimpan perasaan kecewa kerana wanita idamannya kini menjadi adik iparnya.[9] |
4 | 19 Jun 2009 | Adam menyalahkan Nur Amina kerana Nur Amina tidak menolak pinangan dari keluarganya dahulu. Aidil masih tidak mahu memulakan tugasnya di Biro Bantuan Guaman kerana risau dengan keadaan ayahnya. Nur Amina mengejutkan Adam dari tidurnya dan memberitahu tentang pemergian Ustaz Hassan.[10] |
5 | 26 Jun 2009 | Adam masih tidak percaya bahawa Ustaz Hassan sudah tiada lagi. Pada malam kenduri tahlil, Adam tidak menghadirkan diri dan ini menambahkan kekecewaan pada Hajjah Khadijah. Aidil memujuk Adam untuk memohon maaf kepada ibunya. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Australia tanpa membawa Nur Amina. Nur Amina yang terdengar perbualan diantara Adam dan Aidil merasa kecewa. Aidil meminta Adam membawa Nur Amina kerana sekarang Nur Amina telah menjadi isterinya dan jika dia diceraikan, pasti keluarga mereka mendapat malu. [11] |
6 | 3 Julai 2009 | Adam meninggalkan Nur Amina di stesen keretapi dan berlepas ke Australia sendirian. Nur Amina yang sendirian terpinga-pinga ditinggalkan disitu. Nur Amina mencari rumah sewa Nabila dan menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya. Adam kembali kepada Katrina. Adam melamar Katrina untuk menjadi isterinya tanpa memikirkan Nur Amina yang ditinggalkannya di Malaysia. Nur Amina akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa seperti yang diimpikan selama ini.[12] |
7 | 10 Julai 2009 | Nur Amina mencari rumah sewa Nabila dan menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya. Adam kembali kepada Katrina. Adam melamar Katrina untuk menjadi isterinya tanpa memikirkan Nur Amina yang ditinggalkan di Malaysia. Nur Amina akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan seperti yang diimpikan selama ini.[13] |
8 | 17 Julai 2009 | Adam dan Katrina berkahwin. Katrina memutuskan untuk berhenti belajar kerana ayahnya tidak lagi memberi wang pembiayaan. Mereka terpaksa bekerja sambil belajar untuk menyara kehidupan mereka. Aidil telah pun menjadi seorang peguam. Aidil di minta memberi ceramah di Universiti Islam Antarabangsa dan dia bertemu dengan Nur Amina selepas beberapa tahun. Aidil menceritakan apa yang berlaku selepas pemergian Nur Amina dan Adam dari kampung. Nur Amina terharu dengan tindakan Aidil yang sanggup menipu untuk menjaga nama baiknya dan keluarga.[14] |
9 | 24 Julai 2009 | Nur Amina sering berhubung dengan Aidil melalui email. Nur Amina meminta Aidil datang dihari konvokesyennya. Kehidupan Adam di Australia telah jauh dari landasan agama. Tetapi, Adam terasa jiwanya kosong sedangkan dia mempunyai segala kemewahan. Apabila Katrina disahkan mengandung, Adam merasakan jiwanya akan tenang semula. Ketika pulang dari berparti, Adam dan Katrina ditimpa kemalangan dan bayi dalam kandungan Katrina tidak dapat diselamatkan. Adam dipenjara kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.[15] |
10 | 31 Julai 2009 | Ketika menjalani hukuman penjara, Adam mula sedar dan insaf dengan kesilapannya. Selepas dibebaskan, Adam kembali ke rumahnya dan berhasrat untuk membawa Katrina kembali ke pangkal jalan. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Nur Amina nekad untuk menceritakan segala-galanya kepada keluarganya. Dia pulang ke kampong setelah sekian lama tidak kembali. Ketika tiba di kampong, Aidil menelefonnya dan memberitahu tentang kepulangan Adam. Adam dan Katrina tiba di Malaysia. Aidil melarang Adam membawa Katrina bertemu dengan ibunya. Aidil meminta Adam menyelesaikan segala masalah yang telah timbul diantara dia dan Nur Amina.[16] |
11 | 7 Ogos 2009 | Adam cuba memulihkan hubungannya Nur Amina. Nur Amina tidak sampai hati menceritakan hal yang sebenar tentang status perkahwinannya kepada Hajah kerana mengetahui Hajah mempunyai penyakit. Aidil menemui Katrina di bilik hotel. Dia terkejut melihat Katrina tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel. Aidil memberitahu Adam tentang kejadian yang berlaku.[17] |
12 | 14 Ogos 2009 | Nur Amina memulakan pekerjaannya. Tanpa diketahui, Adam juga turut bekerja di pejabat yang sama dan Adam merupakan kawan baik kepada bosnya. Keadaan Katrina semakin teruk. Aidil menyarankan Adam membawa Katrina berjumpa pakar sakit jiwa untuk membantu memulihkan Katrina. Sarah pula cuba mendekatkan dirinya dengan Aidil.[18] |
13 | 21 Ogos 2009 | Nur Amina perlu meneliti projek di luar bandar. Tanpa diketahui olehnya, Adam terpaksa mengantikan tempat bosnya di saat–saat akhir. Nur Amina terkejut melihat kehadiran Adam di resort. Adam cuba membaiki hubungannya dengan Nur Amina. Pada masa yang sama, Dato’ Hamzah yang merupakan client mereka mempunyai hati pada Nur Amina. Adam cemburu melihat keakraban mereka. Sarah mencari Aidil sehingga ke Kuala Lumpur kerana mengetahui bahawa Aidil berada di rumah Adam.[19] |
14 | 28 Ogos 2009 | Sarah pura – pura sakit dan memanggil Aidil datang ke rumah Nabila. Sarah memasang perangkap tatapi tidak menjadi apabila Nabila pulang sebelum Aidil tiba di rumah Nabila. Hubungan Nur Amina dan Adam kembali pulih sedikit demi sedikit. Nur Amina sudah mulai menerima kehadiran Adam dalam hidupnya. Sarah cuba menghasut Aidil dengan menceritakan tentang perasaan Aidil kepada Nur Amina suatu ketika dahulu. Nur Amina terkejut apabila mengetahui bahawa Adam sudah berkahwin lain ketika di Australia.[20] |
15 | 4 September 2009 | Nur Amina membawa diri ke Jeddah dan bekerja di sana dengan seorang wanita bernama Ummu Majid. Aidil dan Adam datang ke Mekah membawa Hajjah untuk menunaikan ibadah umrah. Di sana, mereka bertemu semula dengan Nur Amina. Nur Aminacuba melarikan diri tetapi Aidil cuba menghalang dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada Adam selepas pemergian Nur Amina. Adam juga telah memberitahu perkara yang sebenar kepada Imam Abu Bakar dan Mak Ani keadaan sebenar yang berlaku diantara dia dan Nur Amina.[21] |
16 |
11 September 2009 |
Adam dan Nur Amina bertemu dan Adam bertanya kepada Nur Amina tentang keputusan Nur Amina. Nur Amina masih tidak dapat memberi kata putus kepada Adam tetapi menunaikan permintaan Adam untuk bersama-sama ke Masjidil Haram. Hajjah berdoa di Jabal Rahmah supaya Aidil bertemu dengan jodoh yang terbaik untuk dirinya. Ketika Aidil ke kedai buku di Mekah, Aidil bertemu dengan seorang wanita yang bernama Aliya. Aidil telah jatuh hati pada Aliya. [22] |
17 |
18 September 2009 |
Nur Amina mengambil keputusan tidak mengikut Adam pulang ke Malaysia untuk mencari ketenangan sebelum membuat keputusan untuk perkahwinan mereka. Adam meneruskan kehidupannya tanpa Nur Amina. Setiap hari, Adam akan menghantar email kepada Nur Amina untuk memberitahu tentang kehidupannya. Aidil membantu ibu Aliya membuat kerja amal untuk sebuah pertubuhan. Datuk tertawan dengan sikap Aidil dan menawarkan Aidil untuk bernikah dengan anaknya iaitu Aliya.[23] |
18 | 2 Oktober 2009 | Pada mulanya, Aidil ragu-ragu kerana takut Aliya tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di kampung. Tetapi setelah diyakinkan,barulah Aidil yakin dengan Aliya. Nur Amina mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Ketika tiba di Malaysia, Nur Amina mendapat berita Adam telah jatuh lemas ketika menjalankan tugasnya. Nur Amina nekad dan berjanji tidak akan meninggalkan Adam lagi. Nur Amina dan Adam membantu Aidil membuat persiapan perkahwinan.[24] |
19 | 9 Oktober 2009 | Sarah terkejut mendengar Aidil akan berkahwin dengan Aliya dan bukannya dengannya. Keesokkan harinya, Mak Ani terkejut melihat Sarah telah hilang dari rumah. Adam dan Nur Amina lalu di kawasan yang sering dikunjungi Adam ketika mereka pulang dari pusara Ustaz Hassan. Adam terkejut Nur Amina mengetahui segala-galanya tentang dirinya. Mereka semua membantu Aidil menyediakan barang keperluan untuk majlis perkahwinannya. Ketika hampir tiba majlis perkahwinan Aidil, Katrina muncul.[25] |
20 | 16 Oktober 2009 | Adam terkejut dengan kehadiran Katrina. Katrina menceritakan apa yang telah terjadi kepada dirinya selama dia menghilangkan diri. Adam juga telah berterus terang dengan Hajjah tentang Katrina sebenarnya adalah isteri Adam yang kedua. Hajjah mahu Adam buat keputusan yang betul sama ada memilih Nur Amina atau Katrina. Adam bingung. Setelah diyakinkan oleh Nur Amina, barulah Adam membuat keputusan untuk tidak menceraikan Katrina.[26] |
21 | 23 Oktober 2009 | Aidil memberitahu keputusan Adam kepada Aliya. Aliya terkejut dan bertanyakan kepada Aidil jika perkara yang sama terjadi kepada mereka. Aidil menyakinkan Aliya bahawa dia tidak akan menduakan Aliya. Sarah pula semakin hari semakin rapat dengan Aliya dan cuba menghasut Aliya tentang keakraban Nur Amina dengan Hajjah dan Aidil. Nur Amina risau melihat keakraban Aliya dan Sarah.[27] |
22 | 30 Oktober 2009 | Aliya terdengar perbualan antara Hajjah dan Aidil. Aidil memberitahu Aliya tentang rancangan Hajjah menyuruh Aidil membawa Aliya berbulan madu. Adam dan Nur Amina telah pun pulang ke Kuala Lumpur bersama-sama Katrina. Nur Amina mengesyaki sesuatu tentang kesihatan Katrina tetapi sempat memberitahu kepada Adam. Keadaan Katrina semakin teruk. Ketika selesai solat jemaah bersama-sama Nur Amina, adam dan Hajjah, Katrina rebah.[28] |
23 | 6 November 2009 | Adam pulang ke kampung untuk menziarah kubur Katrina sekaligus menghantar Nur Amina. Adam melihat kereta baru Aidil yang dihadiahkan oleh keluarga Aliya kepadanya. Aidil berbincang dengan Aliya untuk memulangkan semula kereta tersebut. Aliya tidak bersetuju. Sarah masih lagi mencuba menghasut Aliya dan Nur Amina. Adam pula mula bersikap dingin dengan Nur Amina.[29] |
24 | 13 November 2009 | Nur Amina melihat berita yang disiarkan di televisyen tentang hotel di Mumbai ditawan. Nur Amina teringatkan Adam yang menginap di sana. Hajjah segera memanggil Aidil yang ketika itu baru keluar dari rumah. Dato’ ingin membantu Aidil dan Nur Amina mencari maklumat tentang Adam di Mumbai. Aliya pulang dari seminar lebih awal dari yang dijadualkan. Setibanya di rumah, Aliya melihat Nur Amina dan Aidil di dapur.Aliya berang kerana menyangka Aidil mempunyai hubungan dengan Nur Amina.[30] |
25 | 20 November 2009 | Adam diselamatkan oleh seorang lelaki India Muslim. Hubungan Aidil dan Aliya masih lagi tegang dan Aidil cuba berbincang dengan Aliya cara baik. Aliya menceritakan segala-gala yang didengarnya dari Sarah. Sarah yang melihat dari dalam rumah segara mencari Nur Amina dan memohon maaf. Sudah setahun Adam hilang tiada khabar. Nur Amina sering ke tali air tempat Adam dahulu. Hajjah semakin tidak sihat kerana risaukan keadaan Nur Amina.[31] |
26 | 27 November 2009 | Aliya memberitahu Nur Amina bahawa dia redha jika aidil berkahwin dengan Nur Amina. Nur Amina berang kerana mereka beranggapan dia tidak mampu hidup sendiri. Nur Amina menolak dan tetap setia menunggu Adam pulang. Nur Amina mengambil keputusan untuk bekerja semula di syarikat milik Adam. Pada mulanya, mereka semua keberatan tetapi akhirnya mereka memberi kebenaran. Ketika menaiki keretapi untuk ke Kuala Lumpur, Nur Amina bertemu dengan Adam. Nur Amina membawa Adam pulang. Mereka semua terkejut bercampur gembira melihat kepulangan Adam. [32] |
Sambutan
suntingDrama Nur Kasih terbukti sebagai salah sebuah drama Melayu yang paling diminati ramai pada tahun 2009, boleh dikatakan juga sepanjang zaman, kerana dilaporkan mencapai 3.9 juta penonton (53.9 peratus penonton Malaysia) sepanjang tayangannya di TV3[1], apatah lagi ditonton lebih 28 juta kali di kemudahan Catch-Up TV di laman web TV3.[33] Episod terakhirnya mencatat menerima kadar penontonan (berpandukan kepada penonton berumur 4 tahun keatas) sebanyak lebih 4.1 juta (19 TVR) atau 59% dari peratusan penonton yang menonton pada 27 November, 2009, Jumaat dari jam 9.00 hingga 10.00 malam, hasil kajian AGB Nielsen Media Research.[34]
Atas sambutan luar biasa yang diterima oleh drama ini, TV3 mengambil langkah mengulang tayang siri ini tanpa iklan, pada 7.25 malam Selasa hingga Jumaat mulai 3 November hingga 16 Disember (slot 35 minit), walaupun tayangan pertamanya belum berkesudahan, inipun juga berupaya mencecah hampir 2 juta penonton.[34]
Menarik lagi, siri Nur Kasih terdapat dalam bentuk set DVD edaran Juita Viden yang boleh ditempah oleh para peminat dengan menghantar borang pesanan yang terdapat dalam akhbar Harian Metro[35], atau di laman web rasmi Nur Kasih[36][37] untuk masa yang terhad.
Pencapaian cemerlang drama Nur Kasih telah mencetuskan niat pengarahnya Kabir Bhatia untuk menyambung jalan ceritanya dalam bentuk filem pawagam. "Kami hanya memikirkan untuk membuat filem memandangkan cerita ini mendapat sambutan yang hebat. Oleh itu, saya tidak terfikir untuk membuat drama Nur Kasih musim kedua," jelasnya.[38]
Mengikut tinjauan Gua Paling Hangat 2009, drama Nur Kasih mendapat 70% undian pengunjung untuk mengungguli kategori "Drama Paling Top".[39]
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2010 | Anugerah Skrin | Drama Rantaian Terbaik | Nur Kasih | Menang |
Anugerah Shout! | Siri TV Terbaik | Menang | ||
Gandingan di Layar Serasi | Remy Ishak & Tiz Zaqyah | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ a b "5 juta dijangka tonton episod akhir Nur Kasih". Utusan Malaysia. 27 November 2009. Dicapai pada 27 November 2009.
3.9 juta penonton mewakili 53.9 peratus penonton televisyen di Malaysia memilih untuk menonton Nur Kasih setiap kali ia ditayangkan pada hari Jumaat pukul 9 malam
- ^ Nur Kasih Temui Penonton Mac Tahun Hadapan, murai.com.my, 26 Julai 2010. Dicapai pada 28 September 2010.
- ^ Pelakon: Aidil bin Hassan
- ^ Pelakon: Adam bin Hassan
- ^ Pelakon: Nur Amina binti Abu Bakar
- ^ Pelakon: Katrina Anne Carlson
- ^ Episod 1
- ^ Episod 2
- ^ Episod 3
- ^ Episod 4
- ^ Episod 5
- ^ Episod 6
- ^ Episod 7
- ^ Episod 8
- ^ Episod 9
- ^ Episod 10
- ^ Episod 11
- ^ Episod 12
- ^ Episod 13
- ^ Episod 14
- ^ Episod 15
- ^ Episod 16
- ^ Episod 17
- ^ Episod 18
- ^ Episod 19
- ^ Episod 20
- ^ Episod 21
- ^ Episod 22
- ^ Episod 23
- ^ Episod 24
- ^ Episod 25
- ^ Episod 26 (Akhir)
- ^ Li Ee Kee (26 November 2009). "Penangan Nur Kasih". gua.com.my. Dicapai pada 27 November 2009.
- ^ a b "Drama Nur Kasih Ditonton 5 Juta Orang". mStar Online. 1 Disember 2009. Dicapai pada 1 Disember 2009.
- ^ Li Ee Kee (30 November 2009). "Dapatkan Set DVD 'Nur Kasih'". gua.com.my. Dicapai pada 30 November 2009.
- ^ Set DVD Nur Kasih. Dicapai pada 30 November 2009.
- ^ Borang Pesanan Set DVD Nur Kasih. Dicapai pada 30 November 2009.
- ^ Siti Azira Abd. Aziz (2 November 2009). "Khabir akan filemkan sekuel drama 'Nur Kasih'". mStar Online. Dicapai pada 30 November 2009.
- ^ http://www.gua.com.my/paling_hangat09/showbiz_poll.asp?groups=8, gua.com.my. Diterima pada 9 Feb 2010.