Nuh & Nayla ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan oleh Idora Abdul Rahman di bintangi oleh Jazmy Juma & Scha Elinnea. Siri ini memulakan tayangan di Slot Akasia TV3 pada 1 Julai 2024 menggantikan Dua Darjat.

Nuh & Nayla
GenreCinta
Konflik
Melodrama
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Nuh & Nayla karya Ieya Sya
Ditulis olehNieza Nahar
PengarahIdora Abdul Rahman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Masing-Masing" - Ernie Zakri & Ade Govinda
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Julia Juhasu
  • Khairul Azhar
  • Nurlisa
Penerbit
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Akasia)
Tonton
Format gambar
Siaran asal1 Julai 2024 (2024-07-01) – kini
Kronologi
MengikutiDua Darjat

Sinopsis

sunting

Suatu ketika dulu, Nuh adalah pendosa yang membuat seorang Nayla membenci dan memandangnya dengan jijik.

Takdir menyatukan Nuh dan Nayla dalam ikatan perkahwinan yang dirahsiakan. Namun mereka memilih jalan berpisah tanpa lafaz talak. Takdir juga telah menemukan mereka dalam situasi berbeza. Antara pembantu dengan cucu majikan.

Jika sebelum ini Nuh mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami, tapi kali ini dia cuba untuk berubah.

Kerasnya hati Nayla bagaikan besi ampuh. Malah dia tidak peduli dan menyokong Nuh untuk menerima Fatimah. Akur dan menghormati keputusan Nayla, Nuh terpaksa bersetuju walaupun hatinya tidak berdetak untuk gadis cantik itu.

Rupanya Nayla sudah tersalah langkah. Tiba-tiba dia berpaling tadah. Nuh harus dia pertahankan.

“Saya nak awak terus jadi suami saya, Nuh.” - NAYLA

Siapa tahu di sebalik pengakuan itu, ada kisah hitam dan rahsia yang Nayla simpan. Ada derita yang ditanggung. Dia mempunyai kaitan dengan bakal jodoh Nuh.

Adakah niat Nayla menghalang perjodohan Nuh kerana cinta, atau kerana dendam? Siapa Fatimah sebenarnya? Dapatkah ikatan perkahwinan mereka bertahan?

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting
  • Arfie Shah sebagai Luth
  • Khalida Balqis sebagai Maryam
  • Zizi Zulkifli sebagai Farina
  • Hafiz Halim
  • Puteri Khareeza sebagai Fatimah
  • Hilal Azman
  • Azhar Amir
  • Zila Bakarin
  • Lisdawati
  • Ayu Azlina
  • Hana Tiha sebagai Felecia
  • Syefik sebagai Ishak

Pelakon tambahan

sunting

Akan diumumkan

Runut bunyi

sunting