Noriker
Noriker atau juga dikenali sebagai Norico-Pinzgauer dan dari segi sejarahnya dikenali sebagai Pinzgauer adalah sejenis baka kuda penarik sederhana yang berasal dari Austrian. Noriker dianggap berasal dari kawasan tengah Alpine di Eropah, dan dianggap bermula di pergunungan tinggi di Austria, Grossglockner. Kawasan ini pernah dikenali sebagai wilayah Rom, Noricum. Pada penghujung kurun ke-19, nama asal Pinzgauer ditukar kepada Noriker, di sebabkan atitud Romanophile pada waktu ini.
Sepasang kuda Noriker "harimau" di Fieracavalli, Verona | ||
Ciri-ciri unggul: | Lincah, kuda penarik dengan tinggi sederhana | |
Nama alternatif: | Pinzgauer, Norico-Pinzgauer | |
Negara asal: | Austria | |
Standard baka | ||
Zentrale Arbeitsgemeinschaft Österreichischer Pferdezüchter: | Standard baka | |
Associazione Italiana Allevatori: | Standard baka | |
Kuda (Equus ferus caballus) |
Baka ini memainkan peranan penting dalam pengangkutan barang melalui Alps, membawa garam, emas dan besi Celtic dari Salzburg ke Itali, dan membawa balik wine dan rempah semasa dalam perjalanan balik. Kegunaan ini menghasilkan satu baka kuda penarik yang kuat, badan panjang dan sure-footed untuk mengadaptasi permukaan alpine. Penggunaan kuda-kuda Noriker dalam bidang pertanian bermula agak lambat, iaitu semasa zaman perindustrian pada kurun ke-20.
Pinzgauer High Mobility All-Terrain Vehicle mendapat namanya daripada baka kuda ini.
Pautan luar
sunting- Media berkenaan Noriker di Wikimedia Commons