Norhizam Hassan Baktee
Yang Berhormat Datuk Norhizam bin Hassan Baktee (lahir 23 Mei 1966)[3] ialah seorang Ahli Politik Malaysia dari Melaka. Beliau merupakan bekas EXCO Kerajaan Negeri Melaka bagi portfolio Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani[4] yang telah dilantik pada tahun 2018. Beliau juga merupakan bekas ADUN Pengkalan Batu sebelum tewas pilihanraya negeri Melaka tahun 2021.[5]
Datuk Norhizam Hassan Baktee DMSM (Melaka) | |
---|---|
EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Dalam jawatan 13 Mac 2020 – 5 September 2021 | |
Ketua Menteri Melaka | Sulaiman Md Ali |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Pengkalan Batu | |
Dalam jawatan 10 Mei 2018 – 5 September 2021 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Kalsom Noordin |
Majoriti | 2,756 (PRU-14) |
EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Dalam jawatan 16 Mei 2018 – 24 Februari 2020 | |
Ketua Menteri Melaka | Adly Zahari |
Timbalan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Melaka | |
Dalam jawatan 2015 – 10 Mac 2020 | |
Didahului oleh | Lim Jak Wong |
Digantikan oleh | Jawatan kosong |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Norhizam bin Hassan Baktee 23 Mei 1966 Melaka, Malaysia |
Parti politik | UMNO (2006) DAP (2006–2020) (2020–2024) BERSATU (2024-kini) |
Pasangan | Datin Norlishah Ibrahim[1][2] |
Anak | 2 |
Kerjaya politik
suntingBeliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di cawangan Pantai Peringgit namun meninggalkan parti tersebut pada tahun 2006 sebelum menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) kerana mengikuti jejak bapanya serta pandangan beliau bahawa parti tersebut "tidak lagi boleh dipercayai" dan "tidak telus".[6]
Beliau menjadi ADUN Pengkalan Batu setelah memenanginya ketika pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU-14) pada 10 Mei 2018.[7] Beliau telah mengangkat sumpah sebagai EXCO Kerajaan Negeri Melaka selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Negeri pada 16 Mei tahun yang sama.[8][9]
Pada 10 Mac 2020, beliau telah dipecat daripada DAP setelah memberi sokongan kepada gabungan politik baharu di Melaka.[10] Pemecatan ini susulan kenyataan olehnya bahawa beliau hanyalah "barua" (tali barut) dalam parti berkenaan.[11] Kenyataan tersebut dibidas oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari yang mendakwa bahawa kenyataan itu "hanya alasan untuk menghalalkan tindakan beliau" manakala Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew berpendapat bahawa kenyataan itu adalah demi mendapatkan jawatan dalam Perikatan Nasional (PN).[12] Biarpun demikian, Norhizam mendakwa beliau tidak menerima apa-apa surat rasmi mengenai pemecatan beliau daripada parti berkenaan.[13]
Kehidupan peribadi
suntingBeliau telah berkahwin dengan Datin Norlishah Ibrahim[1] serta mempunyai dua orang anak.[14]
Anugerah
suntingRujukan
sunting- ^ a b Nur Saliawati Salberi (16 November 2019). "Bazar Peduli Rakyat tawar harga lebih rendah". BH Online. Gambar oleh Khairunisah Lokman. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2019. Dicapai pada 10 Disember 2019.
Norhizam dan isteri, Datin Norlishah Ibrahim...
- ^ "Majlis Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri ADUN Pengkalan Batu" (PDF). Melaka Kini. Ayer Keroh: MHI Sdn. Bhd. (diterbitkan 3 Julai 2018). 2 Julai 2018. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 10 Disember 2019. Dicapai pada 10 Disember 2019.
...Norhizam Hassan dan isteri, Norlishah Ibrahim.
- ^ "N15 Pengkalan Batu". calon.ubah.my (dalam bahasa Inggeris). 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2019. Dicapai pada 9 Disember 2019.
- ^ Adly umum portfolio Exco Melaka Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Disember 2018.
- ^ "Calon PKR bagi DUN Pengkalan Batu, Melaka menang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-24. Dicapai pada 2019-12-02.
- ^ Tong, Geraldine (25 Jun 2018). "Dari Umno ke DAP, kemenangan tebus kekalahan bapa". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-11. Dicapai pada 12 Mac 2020.
- ^ Fairuz Zaidan (10 Mei 2018). "BN Melaka tumbang disebalik formula '24451'". BH Online. Foto oleh Rasul Azli Samad. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2019. Dicapai pada 10 Disember 2019.
- ^ "Angkat Sumpah EXCO Kerajaan Negeri Melaka" (PDF). Buletin SUK. 2018. m/s. 8. Dicapai pada 10 Disember 2019.
- ^ "Ucapan YAB Ketua Menteri Melaka Sempena Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka Bil. 5/2018" (PDF). Buletin SUK. 2018. m/s. 9. Dicapai pada 10 Disember 2019.
- ^ "DAP pecat Norhizam Hassan Baktee". Astro Awani. 10 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-11. Dicapai pada 11 Mac 2020.
- ^ Fareez Azman (2 Mac 2020). ""Saya jadi barua selama 22 bulan" - ADUN Pengkalan Batu". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-11. Dicapai pada 12 Mac 2020.
- ^ Ekhwan Haque Fazlul Haque (3 Mac 2020). "'Jadi barua' hanya alasan Norhizam - Adly". MyMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-11. Dicapai pada 12 Mac 2020.
- ^ "Norhizam: I've yet to receive official letter sacking me from DAP" [Norhizam — Saya masih belum menerima surat rasmi berkenaan pemecatan saya daripada parti DAP]. The Star (dalam bahasa Inggeris). 10 Mac 2020. Dicapai pada 21 April 2020.
- ^ "Exco Melaka rimas dihujani mesej lucah wanita misteri". mSTAR Online. 14 Julai 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2019. Dicapai pada 10 Disember 2019.
Bapa kepada dua cahaya mata...
- ^ "Muhyiddin dahului senarai 566 penerima darjah, bintang dan pingat Melaka". Bernama. 11 Oktober 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-07. Dicapai pada 2 Disember 2019.
- ^ Bernama (11 Oktober 2019). "Muhyiddin dahului senarai 566 penerima darjah". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2020. Dicapai pada 7 Jun 2020.