Noraniza Idris (album)

Album
(Dilencongkan daripada Noraniza Idris (album 1992))


Noraniza Idris ialah album studio keenam oleh penyanyi Malaysia, Noraniza Idris. Ia dikeluarkan pada 6 Julai 1992, oleh Sony Music Malaysia.

Noraniza Idris
Album studio oleh
Dilancarkan pada6 Julai 1992
Dirakamkan padaJanuari - Jun 1992
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Studio
  • King Studio
  • Trax Studio
Genre
  • Irama Malaysia
  • pop
Panjang36:93
BahasaBahasa Melayu Malaysia Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatSony Music Malaysia
PenerbitAhmad Ali
Kronologi Noraniza Idris Sunting nilai ini di Wikidata
Seindah Budimu
(1991)
Noraniza Idris Sunting nilai ini di Wikidata
(1992)
Ala Dondang
(1997)
Single daripada Noraniza Idris
  1. "Monolog Duka"
    Dikeluarkan: 6 Julai 1992
  2. "Rentak Tandak"
    Dikeluarkan: 10 September 1992
  3. "Rindu-Rinduan"
    Dikeluarkan: 25 November 1992
  4. "Siapa Aku Di Hatimu"
    Dikeluarkan: 9 Februari 1993
  5. "Segunung Janji, Selaut Kasih"
    Dikeluarkan: 13 April 1993
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album ini agak istimewa kerana menjadi album eksperimen pertama Noraniza dalam mengembangkan muzik pop tradisional. Menerusi album ini, Noraniza bereksperimen dengan lagu-lagu ghazal dan zapin yang diadun dengan bunyian pop. Pengaruh Arab juga ketara menerusi sedikit sentuhan samrah dalam lagu Monolog Duka sendiri. Lagu tersebut mara ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 1993 namun gagal ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Lagu lain yang popular adalah lagu Rentak Tandak dan Rindu-Rinduan.

Bertitik tolak dari album inilah, Noraniza bertapa seketika dari dunia rakaman untuk mencari formula terbaik dalam menghasilkan sebuah album tradisional yang lebih kontemporari dan hasilnya pada tahun 1997 beliau muncul mengejut dengan karya-karya hebat dalam album Ala Dondang.

Menariknya mengenai album ini adalah kerana penggubah muzik Ramli M.S yang jarang mencipta lagu sendiri telah merakamkan lagu ciptaannya buat Noraniza yang berjudul "Duka Rindu". Tidak ramai penyanyi yang berpeluang menyanyikan lagu maestro muzik ini.

Senarai runut

sunting
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Monolog Duka"SisoMuhaji4:33
2."Siapa Aku Dimatamu"Lukhman. SAdam Ahmad4:04
3."Ku Di Sini"LangcepohMohd Din3:26
4."Cuba Kau Fikir"Chuari SelamatMohd Din3:45
5."Gelora Rindu"Faez KhashrafMohd Din3:46
6."Segunung Janji Selaut Kasih"
  • Man Ruba
  • Siso
Wan Omar3:46
7."Duka Rindu"Lukhman. SRamli M. S.3:31
8."Rentak Tandak"Copyright ControlledCopyright Controlled3:00
9."Alangkah Indah Di Waktu Pagi"S. SudarmajiP. Ramlee4:42
10."Rindu-Rinduan"Nurol NadzirAdam Ahmad4:20
Jumlah masa: 36:93