Noraliza Yusof (dilahirkan sebagai Noraliza binti Mohd Yusof; 29 November 1964) merupakan seorang penyanyi wanita yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau dikenali ramai setelah mendapat gelaran "Juara Bintang RTM 1986".[1]

Noraliza Yusof
Nama lahirNoraliza binti Mohd Yusof
Kelahiran (1964-11-29) 29 November 1964 (umur 59)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1986 - 1990
Syarikat rakaman
AN Production, PMC

Permulaan karier

sunting

Sebelum bergelar penyanyi, beliau bekerja sebagai seorang pereka fesyen dan batik. Selepas menyertai Bintang RTM, beliau telah menjadi penyanyi sepenuh masa. Pada tahun yang sama juga, beliau menjadi hos bagi rancangan Hiburan Minggu Ini yang diterbitkan oleh Noriah Letuar melalui siaran RTM.[1]

Pada tahun 1987, beliau telah mengeluarkan album pertamanya yang bertajuk Senangkah Ku Dilupai di bawah terbitan AN Production, sebuah syarikat rakaman milik Ahmad Nawab. Dua tahun kemudian, beliau mengeluarkan album kedua bertajuk Ku Tak Ingin Bermimpi di bawah terbitan Pacific Music Corporation (PMC).

Diskografi

sunting

Album studio

sunting
  • Senangkah Ku Dilupai (1987)
  • Ku Tak Ingin Bermimpi (1989)

Album pelbagai

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Noraliza Takut Ramai Lelaki Bermisai Memburunya". URTV. Utusan Melayu (Malaysia) Berhad: 19. 1987. |first1= missing |last1= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
Didahului oleh
Ramlah Ram (1985)
Juara Bintang RTM
1986
Diikuti oleh:
Nurazmadee (1999)