Noni Madueke

Pemain bola sepak England (lahir 2002)

Chukwunonso Tristan "Noni" Madueke (lahir 10 Mac 2002) ialah seorang pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan Pasukan kebangsaan England.

Noni Madueke
Maklumat peribadi
Nama penuh Chukwunonso Tristan Madueke[1]
Tarikh lahir (2002-03-10) 10 Mac 2002 (umur 22)[1]
Tempat lahir Barnet, Greater London, England
Ketinggian 6 kaki 0 inci (1.82 m)[1]
Posisi permainan Pemain sayap[1]
Maklumat kelab
Kelab terkini
Chelsea
Nombor 11
Kerjaya remaja
2011–2014 Crystal Palace
2014–2018 Tottenham Hotspur
2018–2019 PSV Eindhoven
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
Jong PSV 6 (4)
2019–2023 PSV Eindhoven 51 (11)
2023– Chelsea 39 (9)
Pasukan kebangsaan
2017–2018 England B16 3 (0)
2018–2019 England B17 10 (2)
2019 England B18 9 (4)
2021– England B21 20 (7)
2024– England 1 (0)
Pengalaman
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:00, 21 September 2024 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:27, 12 September 2024 (UTC)

Kehidupan awal

sunting

Madueke merupakan berketurunan Igbo Nigeria.[2][3] Lahir di Barnet, Greater London,[4] beliau berpindah ke kampung kecil di Wintelre bersama ibunya selepas menandatangani PSV Eindhoven.[5]

Kerjaya kelab

sunting

Kerjaya awal

sunting

Madueke menyertai Crystal Palace pada usia sembilan tahun dan menghabiskan tiga tahun di kelab itu.[6] Beliau kemudiannya menyertai Tottenham Hotspur; beliau menjadi kapten pasukan bawah-16 dan membuat penampilan pertama di bawah-18 pada usia 15 tahun.[2][6]

PSV Eindhoven

sunting

Madueke menandatangani kelab Belanda, PSV Eindhoven pada Jun 2018 dengan kontrak tiga tahun,[2] menolak tawaran daripada Manchester United dalam proses itu.[7][8] Pada 26 Ogos 2019, Madueke membuat penampilan pertama seniornya dalam Eerste Divisie untuk Jong PSV, masuk sebagai pemain gantian minit ke-64 dalam kekalahan 1–0 kepada MVV Maastricht.[9]

Selepas membuat penampilan pertama untuk pasukan utama PSV pada 19 Januari 2020, dalam keputusan seri 1–1 menentang VVV-Venlo,[10] Madueke memecah masuk ke dalam pasukan PSV sepenuhnya semasa musim 2020–21, menjaringkan gol pada permulaan pertamanya untuk kelab itu dalam kemenangan 2–1 menentang Emmen pada 19 September 2020. Madueke menamatkan musim dengan tujuh gol Eredivisie.[11] Beliau kemudiannya digambarkan sebagai mempunyai kempen "breakout", dengan sembilan gol dan lapan assist dalam semua pertandingan.[12]

Pada 7 Ogos 2021, Madueke menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4–0 dalam Perisai Johan Cruyff menentang Ajax, seterusnya membantu menamatkan rentetan 17 perlawanan tanpa kalah Ajax.[13] Pada 26 Ogos, Madueke menandatangani kontrak baharu dengan PSV, mengekalkannya di kelab itu sehingga 2025.[14] Beliau juga diberikan jersi nombor 10.[12]

Chelsea

sunting

Pada 20 Januari 2023, kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea menandatangani Madueke dengan kontrak tujuh setengah tahun,[15][16] dengan anggaran bayaran perpindahan sebanyak £28.5 juta (€33 juta).[17] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada 2 Mei, dalam kekalahan liga 3–1 di tempat lawan kepada Arsenal.[18]

Menjelang musim 2024–25, Madueke menyatakan bahawa pertikaian antara rakan sepasukan Enzo Fernández dan Wesley Fofana (dengan Fofana menuduh Fernandez tentang isu perkauman), akan diselesaikan.[19]

Madueke menjaringkan hatrik pertama dalam karier seniornya dalam kemenangan 6–2 di tempat lawan ke atas Wolverhampton Wanderers pada 25 Ogos 2024, setelah mendapat kecaman pada awal hari kerana menghina bandar Wolverhampton, menyatakan bahawa "everything about this place is shit" dalam cerita Instagram.[20] Cerita itu kemudiannya dipadamkan, dan beliau meminta maaf selepas perlawanan, mengatakan bahawa ia "tidak bermaksud untuk keluar di sosial saya seperti itu" dan bahawa beliau "pasti Wolverhampton adalah sebuah bandar yang indah".[21]

Kerjaya antarabangsa

sunting

Kerjaya belia

sunting

Madueke telah mewakili England di peringkat remaja,[8] menjaringkan dua gol untuk pasukan bawah-17 dalam perlawanan kelayakan menentang Denmark[22] dan merupakan ahli skuad di Kejohanan Remaja B-17 UEFA 2019.[23]

Madueke membuat penampilan pertama dalam B18 sebagai pemain gantian pada minit ke-70 semasa kemenangan 3–2 ke atas Australia di De Montfort Park pada 6 September 2019.[24] Beliau membuka penjaring golnya untuk B18 semasa kemenangan 2–0 ke atas Korea Selatan di North Street pada 10 September 2019.[25]

Pada 15 Mac 2021, Madueke menerima panggilan pertama England B21 sebagai sebahagian daripada skuad Singa Muda untuk Kejohanan Remaja B-21 UEFA 2021[26] dan membuat penampilan pertama sebagai permulaan dalam perlawanan kumpulan kedua, kekalahan 2–0 kepada Portugal pada 28 Mac 2021.[27] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk B21 dalam kemenangan persahabatan 4–0 ke atas Perancis pada 25 Mac 2023.[28]

Pada 14 Jun 2023, Madueke telah dimasukkan ke dalam skuad England untuk Kejohanan Remaja B-21 UEFA 2023.[29] Beraksi dalam semua enam perlawanan negaranya, Madueke membantu England memenangi kejohanan itu tanpa melepaskan satu gol pun.[30]

Kerjaya senior

sunting

Pada 29 Ogos 2024, Madueke telah dipanggil menyertai skuad England buat kali pertama untuk perlawanan Liga Negara-Negara UEFA menentang Republik Ireland dan Finland.[31] Beliau memulakan kerjaya pada 10 September 2024 menentang Finland di Stadium Wembley, masuk sebagai pemain gantian untuk Bukayo Saka pada minit ke-66, di mana dia membantu menjaringkan gol kedua Harry Kane pada sepuluh minit kemudian ketika England menang 2–0.[32]

Gaya permainan

sunting

Selepas menandatangani kontrak dengan PSV pada Jun 2018, Madueke disifatkan oleh kelab itu sebagai "pemain tengah kaki kiri yang kreatif dan kuat dari segi fizikal".[2] Pengurusnya di PSV, Roger Schmidt, menyatakan bahawa Madueke "boleh membaca situasi, mendapatkan kedudukan yang betul dan berada di tempat yang betul".[11] BBC menyifatkan beliau sebagai "penyerang langsung, kuat dan serba boleh" yang diilhamkan oleh Cristiano Ronaldo.[12] Madueke terkenal dengan kepantasan dan kebolehan menggelecek.[33]

Statistik kerjaya

sunting
Sehingga 21 September 2024
Penampilan dan gol mengikut kelab, musim dan pertandingan
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Eropah Lain-lain Jumlah
Divisyen Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Jong PSV 2019–20[10] Eerste Divisie 6 4 6 4
PSV Eindhoven 2019–20[10] Eredivisie 4 0 0 0 0 0 0 0 4 0
2020–21[10] 24 7 1 1 7[c] 1 32 9
2021–22[10] 18 3 2 1 14[d] 3 1[e] 2 35 9
2022–23[10] 5 1 1 1 3[c] 0 0 0 9 2
Jumlah 51 11 4 3 0 0 24 4 1 2 80 20
Chelsea 2022–23[34] Liga Perdana Inggeris 12 1 0 0 12 1
2023–24[35] 23 5 6 1 5 2 34 8
2024–25[36] 4 3 0 0 0 0 2[f] 1 0 0 6 4
Jumlah 39 9 6 1 5 2 2 1 0 0 52 13
Jumlah kerjaya 96 24 10 4 5 2 26 5 1 2 138 37
  1. ^ Termasuk Piala KNVB, Piala FA Inggeris
  2. ^ Termasuk Piala EFL Inggeris
  3. ^ a b Penampilan di Liga Europa UEFA
  4. ^ 6 penampilan dan 2 gol di Liga Juara-Juara UEFA, 3 penampilan di Liga Europa UEFA, 5 penampilan dan 1 gol di Liga Konferensi Europa UEFA
  5. ^ Penampilan di Piala Perisai Johan Cruyff
  6. ^ Penampilan di Liga Konferensi UEFA

Antarabangsa

sunting
Sehingga 10 September 2024[37]
Penampilan dan gol oleh pasukan kebangsaan dan tahun
Pasukan Tahun Pmncln Gol
England 2024 1 0
Jumlah 1 0

Pencapaian

sunting

PSV Eindhoven

Chelsea

England B21

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d "Noni Madueke". Chelsea F.C. Dicapai pada 13 September 2024.
  2. ^ a b c d "PSV complete signing of Madueke". PSV Eindhoven. 29 Jun 2018.
  3. ^ "Noni Madueke: Nigeria still in the race but England working closely – Interesting Football". 3 Mei 2021. Dicapai pada 7 Ogos 2021.
  4. ^ "'Revelation': Forward who left Tottenham for free is following Van Nistelrooy's example". HITC. 6 November 2020. Dicapai pada 8 Ogos 2021.
  5. ^ "Madueke stoomt bij PSV op vanuit uitvalsbasis Wintelre". Eindhovens Dagblad (dalam bahasa Belanda). 14 Januari 2020. Dicapai pada 8 Ogos 2021.
  6. ^ a b Fisher, Ben (7 April 2022). "Noni Madueke: 'Players are realising there is a world outside of England'". The Guardian. London. Dicapai pada 8 April 2022.
  7. ^ "Jadon Sancho, Reiss Nelson, who's next? Four more English teenagers playing in Europe". BBC Sport. 6 November 2018. Dicapai pada 7 November 2018.
  8. ^ a b Aarons, Ed (15 Ogos 2018). "The big exodus: why are young English players moving abroad?". The Guardian. London. Dicapai pada 7 November 2018.
  9. ^ "PSV U21 slump to a 1–0 defeat against MVV". PSV Eindhoven. 27 Ogos 2019. Dicapai pada 28 Ogos 2019.
  10. ^ a b c d e f "N. Madueke: Summary". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 13 September 2024.
  11. ^ a b "Noni Madueke impressing at PSV: English youngster scores again in Eredivisie win over Fortuna Sittard". Sky Sports. 8 Mac 2021. Dicapai pada 8 Ogos 2021.
  12. ^ a b c Baldi, Ryan (26 Oktober 2021). "Noni Madueke: The English teenager who rejected English giants to star for PSV Eindhoven". BBC Sport. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
  13. ^ a b "Madueke: Nigeria prospect's brace powers PSV past 10-man Ajax in Dutch Super Cup". Goal. 7 Ogos 2021. Dicapai pada 8 Ogos 2021.
  14. ^ "Madueke extends contract with PSV until 2025". PSV Eindhoven. 26 Ogos 2021. Dicapai pada 26 September 2021.
  15. ^ "Chelsea complete Madueke signing". Chelsea F.C. 20 Januari 2023. Dicapai pada 20 Januari 2023.
  16. ^ "Chelsea complete £30m signing of PSV winger Madueke". BBC Sport. 20 Januari 2023. Dicapai pada 21 Januari 2023.
  17. ^ Ornstein, David (19 Januari 2023). "Chelsea reach Noni Madueke agreement with PSV Eindhoven". The Athletic. Dicapai pada 20 Januari 2023.
  18. ^ Wright, Nick (2 Mei 2023). "Arsenal 3–1 Chelsea: Martin Odegaard scores twice as Gunners keep title bid alive and go back above Man City". Sky Sports.
  19. ^ "Enzo Fernandez: Noni Madueki says Chelsea situation will be 'fine' when Argentina midfielder returns". BBC Sport. 25 Julai 2024.
  20. ^ Twomey, Liam. "The Briefing: Wolves 2–6 Chelsea – Madueke runs riot, the Portuguese connection and anyone for chaos?". The New York Times. Dicapai pada 25 Ogos 2024.
  21. ^ "Noni Madueke apologises after hat-trick against Wolves as Chelsea boss Enzo Maresca blasts Mykhailo Mudryk". Optus Sport. 25 Ogos 2024. Dicapai pada 27 Ogos 2024.
  22. ^ "Drama in Denmark as young Lions' late winner seals top spot in Euro Qualifying". The Football Association. 27 Mac 2019. Dicapai pada 28 Ogos 2019.
  23. ^ "Under-17 Euros: Six England players to look out for at men's and women's tournaments". BBC Sport. 2 Mei 2019. Dicapai pada 3 Mei 2019.
  24. ^ "Alex Mighten blasts hat-trick to fire England U18s to victory over Australia". The Football Association. 6 September 2019. Dicapai pada 7 September 2019.
  25. ^ "Cole Palmer and Nonso Madueke ensure England MU18s down Korea Republic". The Football Association. 10 September 2019. Dicapai pada 16 September 2019.
  26. ^ "England MU21 squad named for UEFA U21 Euro group stages in Slovenia". The Football Association. 15 Mac 2021. Dicapai pada 15 Mac 2021.
  27. ^ "Young Lions suffer second consecutive European Championship defeat against Portugal". The Football Association. 28 Mac 2021. Dicapai pada 29 Mac 2021.
  28. ^ "England U21 4–0 France U21". ESPN. 25 Mac 2023. Dicapai pada 25 Mac 2023.
  29. ^ "England MU21s squad named for EURO Finals". The Football Association. 14 Jun 2023. Dicapai pada 26 Jun 2023.
  30. ^ "Colwill and Madueke crowned European champions". Chelsea F.C. Dicapai pada 9 Julai 2023.
  31. ^ "Gomes, Livramento and Madueke in England squad". BBC Sport. 29 Ogos 2024. Dicapai pada 29 Ogos 2024.
  32. ^ "England v Finland game report". ESPN. 10 September 2024.
  33. ^ Twomey, Liam. "Noni Madueke: Quick, skilful, clever and Chelsea's perfect complement for Mudryk". The Athletic.
  34. ^ "Permainan yang dimainkan oleh Noni Madueke dalam 2022/2023". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 13 September 2024.
  35. ^ "Permainan yang dimainkan oleh Noni Madueke dalam 2023/2024". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 13 September 2024.
  36. ^ "Permainan yang dimainkan oleh Noni Madueke dalam 2024/2025". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 15 September 2024.
  37. ^ "Noni Madueke: Internationals". worldfootball.net. HEIM:SPIEL. Dicapai pada 13 September 2024.
  38. ^ "PSV sell Madueke to Chelsea FC". PSV. 20 Januari 2023. Dicapai pada 22 Januari 2023.
  39. ^ McNulty, Phil (25 Februari 2024). "Carabao Cup final: Chelsea 0–1 Liverpool (aet)". BBC Sport. Dicapai pada 26 Februari 2024.
  40. ^ Howell, Alex (8 Julai 2023). "England beat Spain to win Euro U21 Championship". BBC Sport. Dicapai pada 8 Julai 2023.

Pautan luar

sunting