Nikos Kazantzakis
Nikos Kazantzakis (Yunani: Νίκος Καζαντζάκης , 18 February 1883 – 26 October 1957) merupakan seorang penulis dari Yunani. Beliau merupakan antara perintis kesusasteraan moden dalam negara tersebut.
Nikos Kazantzakis Νίκος Καζαντζάκης | |
---|---|
Lahir | Kandiye, Kriti, Empayar Uthmaniyah (now Heraklion, Yunani) | 18 Februari 1883
Meninggal dunia | 26 Oktober 1957 Freiburg im Breisgau, Jerman Barat (kini dalam Jermany) | (umur 74)
Pekerjaan | Penyajak, penulis novel dan karangan, filsuf, pemterjemah, wartawan |
Warganegara | Yunani |
Pendidikan | Universiti Athens (1902–1906; LL.D., 1906)[1] Universiti Paris (1907–1909; Dr, 1909)[1] |
Tandatangan | |
Beliau pernah dicalonkan beberapa kali sebagai penanding Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan sebanyak 9 kali.[2]
Biografi
suntingKazantzakis lahir pada tahun 1883 di Kandiye, (kini Heraklion) di pulau Kriti - pada ketika itu, pulau tersebut masih dalam pemerintahan kerajaan Uthmaniyah dan belum bergabung dalam negara Yunani moden.
Dari 1902 hingga 1906, beliau mempelajari bidang perundangan di Universiti Athens: tesis Juris Doctornya bertajuk "Falsafah Hak dan Negara menurut Friedrich Nietzsche" (Ο Φρειδερίκος Νίτσε εν τη φιλοσοφία του δικαίου και της πολιτείας).[1] Beliau melanjutkan pengajian falsafahnya di Universiti Paris pada tahun 1907 di mana tesis tersebut lebih disempurnakan di bawah nama bahasa Perancisnya Friedrich Nietzsche dans la philosophie du droit et de la cité; di sana jugalah beliau bertemu Henri Bergson, si filsuf terkemuka.[1] Sebaik beliau pulang semula ke Yunani, beliau banyak menterjemahkan karya-karya falsafah luar kepada bahasa Yunani.
Senarai karya
sunting- Víos kai Politeía tou Aléxē Zorbá (1946)
- Kapetán Mikhális (1947)
- Ό Christόs Xanastavrόnetai (1948)
- O Teleftéos Pirasmós (1955)
Rujukan
sunting- ^ a b c d "Nikos Kazantzakis - Friedrich Nietzsche on the Philosophy of Right and the State" at E.KE.BI / Biblionet
- ^ "Nomination Database". www.nobelprize.org. Dicapai pada 29 Jun 2016.