Nikki Haley
Nimrata Haley (née Randhawa, lahir 20 Januari 1972)[1][2] ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat yang kini memegang jawatan sebagai Duta Besar Amerika Syarikat untuk PBB.[3] Beliau sebelumnya memegang jawatan sebagai Gabenor Carolina Selatan dari Januari 2011 hingga Januari 2017. Sebelum memegang jawatan gabenor, Haley ialah anggota Dewan Perwakilan Carolina Selatan dari 2005 sehingga dilantik sebagai gabenor.[2]
Nikki Haley | |
---|---|
Duta Besar Amerika Syarikat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-29 | |
Dalam jawatan 25 Januari 2017 – 31 Disember 2018 | |
Presiden | Donald Trump |
Timbalan | Michele J. Sison Kelley Eckels Currie (pemangku) JJonathan Cohen |
Didahului oleh | Samantha Power |
Digantikan oleh | Kelly Craft |
Dalam jawatan 12 Januari 2011 – 24 Januari 2017 | |
Leftenan | Ken Ard Glenn F. McConnell Yancey McGill Henry McMaster |
Didahului oleh | Mark Sanford |
Digantikan oleh | Henry McMaster |
Ahli Carolina Selatan House of Representatives from the kawasan ke-87 | |
Dalam jawatan 11 Januari 2005 – 11 Januari 2011 | |
Didahului oleh | Larry Koon |
Digantikan oleh | Todd Atwater |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Nimrata Randhawa 20 Januari 1972 Bamberg, South Carolina, A.S. |
Parti politik | Republik |
Pasangan | Michael Haley (k. 1996) |
Anak | 2 |
Pendidikan | Universiti Clemson (BS) |
Tandatangan | |
Haley ialah Gabenor wanita pertama Carolina Selatan dan gabenor kedua di Amerika Syarikat yang memiliki keturunan India, setelah Bobby Jindal, yang juga berasal dari Parti Republik. Pada 2016, Haley masuk dalam senarai "100 Orang Paling Berpengaruh" menurut majalah Time.[4][5]
Duta Besar Amerika Syarikat untuk PBB
suntingPada 23 November 2016 Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan hasratnya untuk mencalonkan Haley menjadi Duta Besar Amerika Syarikat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[6] Pada 20 Januari 2017, Presiden Trump menghantar pencalonan Haley ke Senat Amerika Syarikat.[7]
Pada 24 Januari 2017, Haley disahkan dan dipersetujui oleh Senat untuk menjadi Duta Besar AS untuk PBB, dengan keputusan 96 senator setuju sementara 4 lain menolak.[8] Empat senator yang menentang Haley ialah: Senator Bernie Sanders, Martin Heinrich, Tom Udall, dan Chris Coons. Coons mengatakan bahawa beliau menentang pencalonan kerana, "ia tidak meyakinkan saya bahawa beliau faham dan merangkul prinsip-prinsip kebijakan luar negeri bahawa Amerika Syarikat telah berjuang selama 70 tahun terakhir untuk berkhidmat secara berkesan sebagai duta besar AS untuk PBB."[9] Tidak lama kemudian, Haley mengundurkan diri sebagai Gabenor Carolina Selatan dan Timbalan Gabenor Henry McMaster menggantikannya sebagai Gabenor Carolina Selatan.
Rujukan
sunting- ^ Rucker, Philip (2010-06-08). "Nikki Haley: 10 things you didn't know about the S.C. Republican". Washington Post Voices.
- ^ a b Page, Susan (2012-04-02). "Don't say 'no' to South Carolina Gov. Nikki Haley". USA Today.
- ^ "Nikki Haley confirmed as new U.S. envoy to the United Nations". The Washington Post. Dicapai pada 2017-01-25.
- ^ Campbell, Shanay (21 April 2016). "Governor Nikki Haley among Time Magazine's '100 Most Influential'". WSAV. Dicapai pada 23 April 2016.
- ^ "The 100 Most Influential People". Time (majalah). Dicapai pada 23 April 2016.
- ^ Costa, Robert (November 23, 2016). "Gov. Nikki Haley tapped to be Trump's U.N. ambassador". The Washington Post. Dicapai pada November 23, 2016.
- ^ "Nominations Sent to the Senate" (dalam bahasa Inggeris). whitehouse.gov. 20 January 2017. Dicapai pada 21 January 2017.
- ^ "Nominations Sent to the Senate". whitehouse.gov (dalam bahasa Inggeris). 20 January 2017. Dicapai pada 2017-01-21.
- ^ Schallhorn, Kaitlyn (24 Januari 2017). "Senate overwhelmingly confirms Nikki Haley as U.N. ambassador". The Blaze. The Blaze. Dicapai pada 25 January 2017.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Nikki Haley |
- Laman sesawang rasmi Gabenor Carolina Selatan (dalam bahasa Inggeris)
- Nikki Haley di Curlie (dalam bahasa Inggeris)
- Penampilan Nikki Haley di C-SPAN (dalam bahasa Inggeris)