Indeks Purata Nikkei
Nikkei 225 (日経平均株価 , Nikkei heikin kabuka, 日経225) adalah sebuah indeks pasaran saham untuk Bursa Saham Tokyo (Tokyo Stock Exchange - TSE). Ia telah dihitung setiap hari oleh surat khabar Nihon Keizai Shimbun (Nikkei) sejak tahun 1950. Indeks ini adalah purata wajaran harga (dalam unit yen), dan komponennya ditinjau kembali setahun sekali. Pada masa ini Nikkei adalah indeks purata ekuiti Jepun yang paling banyak dikutip, sebagaimana demikian pula dengan Dow Jones Industrial Average di Amerika Syarikat. Bahkan dahulu antara 1975-1985, Nikkei 225 pernah dikenal dengan sebutan "Dow Jones Nikkei Stock Average".[1]
Yayasan | 7 September 1950 |
---|---|
Pengendali | Nihon Keizai Shimbun |
Bursa | Bursa Saham Tokyo |
Simbol perdagangan | ^NK225 |
Komponen | 225 |
Jenis | Permodelan besar |
Indeks berkaitan | TOPIX |
Laman web | https://indexes.nikkei.co.jp/en/nkave/index/profile?idx=nk225 |
Nikkei 225 mulai dihitung pada tanggal 7 September 1950, data sebelumnya dihitung mundur sampai ke tanggal 16 Mei 1949.
Nikkei 225 Futures, mulai diperkenalkan di Bursa Singapura (SGX) pada tahun 1986, di Bursa Sekuriti Osaka (OSE) pada tahun 1988, dan di Bursa Perdagangan Chicago (CME) pada tahun 1990, kini telah menjadi sebuah indeks berjangka yang diakui secara antarabangsa.[2]
Indeks rata-rata Nikkei mencapai nilai tinggi sepanjang masa pada 29 Disember 1989, saat ia mencapai nilai tertinggi harian di 38,957.44 sebelum akhirnya indeks tutup pada 38,915.87. Milai indeks yang tinggi untuk abad ke-21 ialah sedikit di atas 18.300.
Indeks besar lainnya yang diukur di Bursa Saham Tokyo adalah Topix.
Selain itu, kita juga perlu memahami pasaran saham Jepun dengan mengetahui indeks purata nikkei.[3]
Rujukan
sunting- ^ Nikkei Definition via Wikinvest
- ^ "Nikkei Net Interactive". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-22. Dicapai pada 2010-11-04.
- ^ admin (2024-12-07). "Indeks Purata Nikkei: Memahami Pasaran Saham Jepun". Forex Niaga (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-07.