Nicholas Berg (2 April 1978 - 7 Mei 2004), merupakan seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat yang sedang cuba mendapatkan peluang kerja di ketika penaklukan Iraq oleh Amerika Syarikat. Nicholas Berg atau Nick Berg telah ditangkap oleh pejuang Islam Iraq dan dipenggal kepalanya oleh pejuang Islam yang kemungkinannya mempunyai kaitan dengan Al-Qaida pada May 2004. Pembunuhannya dikatakan telah dilakukan kerana membalas penderaan tahanan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat di penjara Abu Ghraib. Tindakan ini telah dikecam oleh ramai pemerintah Muslim yang melihat tindakan tersebut sebagai berlawanan dengan undang-undang Islam. Bagaimanapun terdapat pihak yang menyuarakan bahawa pembunuhan Nicholas Berg di dalangi oleh pihak perisikan Israel, Mossad. Lihat Teori pengkomplotan Nicholas Berg.

Nick Berg
Fail:NickBergandFiveMen.JPG
Kelahiran
Nicholas Evan Berg

(1978-04-02)2 April 1978
Meninggal duniaMei 7, 2004(2004-05-07) (umur 26)
Sebab kematianPemancungan
DikebumikanPerkuburan Montefiore, Jenkintown, Pennsylvania, U.S.
PekerjaanPembaikan radio-menara bebas
Ibu bapaMichael Berg, Suzanne Berg

Berg, berusia 26 ketika meninggal, berasal dari West Chester, Pennsylvania, kawasan perumahan di Philadelphia, Pennsylvania|Philadelphia, di mana dia mempunyai syarikat sendiri, Prometheus Methods Tower Service. Dia memeriksa dan membina semula antena komunikasi, dan sebelumnya pernah bekerja di Kenya dan Ghana untuk projek yang serupa.

Berg merupakan lulusan Sekolah Menengah West Chester Henderson pada tahun 1996 dan memasuki empat universiti: Cornell, Drexel, Universiti Pennsylvania, dan Universiti Oklahoma. Dia pernah mengembara ke Ghana untuk membantu sebuah kampung, antara lain membantu penduduk kampung membuat batu-bata. Dia kembali dalam keadaan kusut-masai disebabkan dia membahagi-bahagikan kebanyakan daripada makanan dan pakaiannya..