Niccolò de' Conti

Niccolò de' Conti (1395–1469) ialah seorang saudagar dan penjelajah Venice. Dilahirkan di Chioggia, beliau mengembara ke India dan Asia Tenggara, dan mungkin ke China Selatan, pada awal abad ke-15. Selepas kembalinya Marco Polo pada 1295, tidak ada rekod pedagang Itali yang kembali dari China hinggalah kembalinya de' Conti melalui laut pada 1439.[1]

Niccolò de' Conti
Kelahiran1395
Meninggal dunia1469 (berumur 73–74)
PekerjaanPedagang
Terkenal keranaPengembaraan di India, Asia Tenggara

de' Conti meninggalkan Venice pada 1419 dan menetap di Damsyik, Syria, di mana beliau mempelajari Bahasa Arab. Selama tempoh 25 tahun, beliau menjelajah sebagai seorang saudagar Muslim ke berbagai-bagai tempat di Asia. Pengetahuannya mengenai bahasa dan budaya dunia Islam membolehkan beliau mengembara ke banyak tempat, menaiki kapal milik saudagar Islam.

Perjalanan de' Conti mengikuti zaman hubungan Timuriyah dengan Eropah.[2] Perjalanan ini hampir sama waktunya dan di tempat yang sama dengan ekspedisi China oleh Laksamana Zheng He. Kisahnya sezaman, dan agak tekal dengan cerita penulis China yang mengikuti pelayaran Zheng He, seperti Ma Huan (menulis pada 1433) dan Fei Xin (menulis sekitar 1436).

Rujukan

sunting
  1. ^ Leonardo Olschki, "Asiatic Exoticism in Italian Art of the Early Renaissance" The Art Bulletin 26.2 (Jun 1944), m/s. (95–106) m/s. 103 dan nota 53, mengenai M. Longhena, Viaggi in Persia, India e Giava di Niccolò de' Conti (Milan, 1929).
  2. ^ The Cambridge history of Iran William Bayne Fisher, Peter Jackson, Laurence Lockhart m/s. 375ff

Pautan luar

sunting