Nestlé

(Dilencongkan daripada Nestle)

Nestlé S.A. (/ˈnɛsl/, dahulu /-əlz/; bahasa Melayu: [nɛsle]) ialah sebuah syarikat makanan dan minuman transnasional Switzerland yang ditubuhkan dan beribu pejabat di Vevey, Vaud, Switzerland. Penubuhannya timbul daripada satu gabungan pada tahun 1905 antara Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan oleh adik-beradik Page di Cham, Switzerland, pada tahun 1866 dan Farine Lactée Henri Nestlé Company yang ditubuhkan pada tahun 1867 oleh Henri Nestlé yang menghasilkan produk makanan bayi. Sesetengah jenama Nestlé dikenali di seluruh dunia lalu menjadikannya peneraju pasaran sedunia dalam penghasilan sebilangan produk, termasuk susu, coklat, konfeksi, air botol, kopi, krimer, perasa makanan dan makanan haiwan.[2]

Nestlé S.A.
Jenis/bentuk sahSociété Anonyme
Didagangkan sebagaiSIXNESN
ISINCH0038863350
US6410694060 Sunting ini di Wikidata
IndustriPemprosesan makanan
PendahuluHollandia Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan1866; 158 tahun yang lalu (1866) (sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company)
1867; 157 tahun yang lalu (1867) (sebagai Farine Lactée Henri Nestlé)
1905; 119 tahun yang lalu (1905) (sebagai Nestlé and Anglo-Swiss Condensed Milk Company)
PengasasHenri Nestlé
Ibu pejabatVevey, Switzerland
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingPeter Brabeck-Letmathe (Pengerusi), Paul Bulcke (CEO)
KeluaranMakanan bayi, kopi, produk tenusu, bijirin sarapan, konfeksioneri, botol air, aiskrim, makanan haiwan
Hasil CHF91.43 bilion (2018)[1]
Pendapatan kendalian CHF13.75 bilion (2018)[1]
Pendapatan bersih CHF10.46 bilion (2018)[1]
Modal237,363,000,000 Franc Swiss (2018) Sunting ini di Wikidata
Jumlah aset CHF137.01 bilion (2018)[1]
Jumlah ekuiti CHF58.40 bilion (2018)[1]
Pemiliktreasury stock, BlackRock, Norges Bank Investment Management Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan 352,000 (2019)
Syarikat indukNational Amusements
Anak syarikatNestlé Waters, Nestlé (United States), Nestlé (Canada), Orion, Osem (company), Froneri, Nestlé Česko, BlueTriton Brands, Nespresso, Nestlé Rossiya, Nestlé Deutschland, Nestlé India, Nestle España, Cereal Partners Worldwide, Unilac, Inc., Tivall CZ, Rowntree's, Nestlé Waters, Nestlé Pakistan, Blue Bottle Coffee Company, Alcon Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.nestle.com
Facebook: Nestle Twitter: Nestle Instagram: nestle LinkedIn: nestle-s-a- Youtube: UCdfxp4cUWsWryZOy-o427dw Pinterest: nestle Flickr: 39513067@N00 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Reputasi korporat Nestlé merupakan antara yang tertinggi di kalangan syarikat-syarikat besar Switzerland.[3][4][5] Saham-saham syarikat ini disenaraikan dalam Bursa Swiss SWX. Sesetengah amalan perniagaan Nestlé pernah diselubungi kontroversi, terutamanya kes yang mana susu bayi dipasarkan di negara-negara membangun, lalu mencetuskan pemboikotan Nestlé.

Sebutan

sunting

Sebutan yang tepat bagi nama Nestlé ialah [ˈnɛstle], kerana nama tersebut dipetik daripada nama seorang tokoh yang berasal dari satu bahagian di negara Switzerland yang berbahasa Perancis. Ramai orang di negara-negara berbahasa Inggeris sering tersilap sebut nama ini sebagai "Nestlé's" [ˈnɛsəłz], sepertimana kata kerja bahasa Inggeris nestle.

Produk

sunting

Nestlé mempunyai sebanyak 2000 jenama[6][7] dengan pelbagai produk di sebilangan buah pasar, termasuk kopi, air botol, minuman susu dan minuman lain, bijirin sarapan pagi, makanan bayi, pemakanan penjagaan kesihatan, perasa, sup dan sos, makanan beku dan sejuk, dan makanan haiwan peliharaan.

Hal ehwal korporat dan pentadbiran

sunting

Nestlé adalah syarikat makanan terbesar di dunia, dengan permodalan pasaran kira-kira 231 bilion franc Swiss, yang lebih daripada AS $ 247 bilion pada Mei 2015.[8]

Pada 2014, jualan disatukan ialah CHF 91.61 bilion dan keuntungan bersih ialah CHF 14.46 bilion. Pelaburan penyelidikan dan pembangunan adalah CHF 1.63 bilion.[9]

Bibliografi

sunting
  • La stratégie Nestlé (Strategi Nestlé), Helmut Maucher, French translation by Monique Thiollet, Maxima Ed., Paris, 1995,[10] ISBN 2840010720

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e "2018 Annual Report" (PDF). Nestle. 13 February 2019. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 6 March 2019. Dicapai pada 4 March 2019.
  2. ^ "Nestlé: Following the Customers' Tracks with Google Analytics". Google Analytics. Dicapai pada 21 Februari 2007.
  3. ^ (5 April 2006). "The Reputations of Switzerland’s Largest Companies:" (.PDF). Reputation Institute. Dicapai pada 22 Februari 2007.
  4. ^ Malte Sussdorff (15 Dec 2000). "World's Most Respected Companies: Diverse Qualities Vie for Attention". CSR Europe. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 22 Februari 2007.
  5. ^ "Nestlé's Case Study". thetimes100.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 22 Februari 2007. Students and Teacher business studies resource centre
  6. ^ Smith, Aaron. "Nestle selling U.S. candy brands to Nutella company". CNNMoney. Dicapai pada 2018-06-18.
  7. ^ "From Milkmaids to Multinational Markets: Nestlé's Branding Story". www.wipo.int (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-18.
  8. ^ Forbes list of world's top companies Retrieved 20 May 2015.
  9. ^ MarketWatch page on Nestle S.A. ADS Retrieved 20 May 2015.
  10. ^ "Catalogue collectif". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2015. Dicapai pada 10 Mac 2015.

Pautan luar

sunting