Negeri di Sudan Selatan

Artikel senarai Wikimedia

Negeri-negeri di Sudan Selatan terbentuk daripada tiga bekas wilayah iaitu Bahr el Ghazal (barat laut), Khatulistiwa (selatan) dan Nil Hulu Raya (timur laut). Negeri-negeri itu kemudiannya dibahagikan kepada 79 kaunti.

Negeri di Sudan Selatan
نڬري د سودن سلاتن
  • Juga dikenali sebagai:
  • (en) States of South Sudan
KategoriNegeri bersekutu
Lokasi Sudan Selatan
Bilangan
  • 10 negeri
  • 2 kawasan pentadbiran
  • 1 kawasan dengan status pentadbiran khas
Kerajaan/pemerintah
  • Pemerintah negeri
Subbahagian

Pada Oktober 2015, satu dekri dikeluarkan oleh Presiden Sudan Selatan Salva Kiir Mayardit bagi menubuhkan 28 buah negeri daripada 10 yang telah tertubuh sebelumnya.[1] Dua tahun kemudiannya pada Januari, beliau sekali lagi mengeluarkan dekri untuk membahagikan lagi negara Sudan Selatan kepada 32 buah negeri.[2]

Hasil daripada persetujuan keamanan yang menamatkan perang saudara, Sudan Selatan kembali kepada 10 buah negeri, yang ditambah dengan dua kawasan pentadbiran dan satu kawasan berstatus pentadbiran khas pada Februari 2020.[3][4]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Kiir and Makuei want 28 states in South Sudan". Radio Tamazuj (dalam bahasa Inggeris). 2 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Disember 2015.
  2. ^ "South Sudanese President creates four more states – Sudan Tribune: Plural news and views on Sudan". www.sudantribune.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2017. Dicapai pada 1 Mac 2017.
  3. ^ "South Sudan Kiir agrees to re-establish the 10 states - Sudan Tribune: Plural news and views on Sudan". www.sudantribune.com (dalam bahasa Inggeris). 12 Mei 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2020. Dicapai pada 15 Februari 2020.
  4. ^ "Kiir agrees to relinquish controversial 32 states". Radio Tamazuj (dalam bahasa Inggeris). 15 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2020. Dicapai pada 15 Februari 2020.