Negeri autonomi Khanty-Mansi



Negeri autonomi Khanty-Mansi Rusia: Ха́нты-Манси́йский автоно́мный о́круг — Югра́) atau Khantia-Mansia, merupakan subjek persekutuan Rusia (sebuah negeri autonomi) Wilayah Tyumen. Negeri ini terletak dibahagian tengah Rusia. Penduduk kawasan ialah Khanty dan Mansi, yang juga dikenali sebagai penduduk Ugrik Ob, dimana bahasanya berkaitan dengan Hungari.

Negeri autonomi Khanty-Mansi
Ха́нты-Манси́йский автоно́мный о́круг — Югра́ (Rusia)

Lokasi negeri autonomi Khanty-Mansi di Russia
Jata Bendera

Jata Negeri autonomi Khanty-Mansi

Bendera Negeri autonomi Khanty-Mansi
Lagu: Lagu kebangsaan Negeri autonomi Khanty-Mansi
Pusat pentadbiran Khanty-Mansiysk
Tahun diwujudkan 1930
Status politik
Daerah persekutuan
Rantau ekonomi
Negeri autonomi
Ural
Siberia Barat
Kod tidak diketahui
Kawasan
Kawasan
- Tangga
523,100 km²
ke-9
Populasi (mengikut Bancian 2002)
Populasi
- Tangga
- Kepadatan
- Bandar
- Luar bandar
1,432,817 penduduk
tidak diketahui
2.7 penduduk  / km²
91%
9%
Bahasa kebangsaan Rusia
Kerajaan
Gabenor Alexander Vasilievich Filipenko
Badan perundangan tidak diketahui
Asas undang-undang tidak diketahui
Laman web rasmi
http://www.hmao.wsnet.ru

Jajahan amnya dikenali sebagai Yugra. Bahasa tempatan iaitu bahasa Khanty dan bahasa Mansi merupakan bahasa rasmi kedua dituturkan selepas Rusia.

Majoriti petroleum di Rusia adalah datang dari negeri ini, dan menjadikan ia sebuah kawsan yang kaya.

Diwujudkan pada 4 Disember, 1939, sebagai daerah autonomi Ostyaks dan Vobuls (Остя́ко-Вогу́льский автоно́мный о́круг)). Dalam tahun 1942, ia telah dinamakan sebagai Daerah autonomi Khanty dan Mansis.

Geografi

sunting

Sungai utama dikawasan ini ialah sungai Ob, ia mengalir ke terus ke sungai Irtysh.

Zon Waktu

sunting
 

Khantia-Mansia terletak dibawah Zon Waktu Yekaterinburg(YEKT/YEKST). UTC ialah +0500 (YEKT)/+0600 (YEKST).

Divisyen pentadbiran

sunting

Demografik

sunting

Populasi: Khantia-Mansia mempunyai keluasan 523,100 km², keluasan ini adalah kecil dengan populasi sebanyak 1,432,817 mengikut Bancian 2002. Pusat pentadbirannya ialah Khanty-Mansiysk, dengan penduduk seramai 53,953, tetapi bandar terbesarnya ialah Surgut (285,027), Nizhnevartovsk (230,044) dan Nefteyugansk (107,830).

Kumpulan etnik: Populasi asal Khanty, Mansi, Nenets hanya 2% saja dari jumlah populasi. Gas asli menyebabkan tarikan orang luar datang ke Khanti-Mansia. Bancian 2002, telah mendapati 25 kumpulan etnik adalah lebih dari dua ribu orang setiap satu. Komposisi kebangsaan adalah Rusia 66.05% • Ukrain 8.60% • Tatar 7.50% • Bashkir 2.50% • Azeri 1.75% • Belarus 1.43% • Khanty 1.20% • Chuvash 1.07% • Moldovan 0.76% • Mansi 0.69% • Kumyk 0.67% • Lezgin 0.60% • German 0.58% • Mari 0.51% • Chechen 0.48% • Armenian 0.45%% • Mordovian 0.44% • Tajik 0.39% • Uzbek 0.36% • Kazakh 0.30% • Udmurt 0.26% • Komi-Permiak 0.19% • Nogai 0.17% • Komi 0.16% • Kirgiz 0.14% • Dargin 0.14% • Avar 0.13% • Polish 0.13% • Bulgaria 0.12% • Gagauz 0.11% • Nenets 0.09% • Georgia 0.09% • Greek 0.08% • Lak 0.07% • Korea 0.06% • Turks 0.06% • Ossetian 0.06% • Ingush 0.05% • Yahudi 0.05% • Komi-Izhem 0.05% • dan Lithuania 0.04%, dengan kumpulan-kumpulan lain, lebih kurang lima ratus orang setiap 0.92% penduduk tidak memberi kenyataan tentang bangsa mereka (mengikut soalan kaji-selidik bancian) [1]

Berikut adalah jumlah populasi yang terawal hingga akhir:

bancian 1939 bancian 1959 bancian 1970 bancian 1979 bancian 1989 bancian 2002
Khanty 12,238 (13.1%) 11,435 (9.2%) 12,222 (4.5%) 11,219 (2.0%) 11,892 (0.9%) 17,128 (1.2%)
Mansi 5,768 (6.2%) 5,644 (4.6%) 6,684 (2.5%) 6,156 (1.1%) 6,562 (0.5%) 9,894 (0.7%)
Nenet 852 (0.9%) 815 (0.7%) 940 (0.3%) 1,003 (0.2%) 1,144 (0.1%) 1,290 (0.1%)
Komi 2,436 (2.6%) 2,803 (2.3%) 3,150 (1.2%) 3,105 (0.5%) 3,000 (0.2%) 3,081 (0.2%)
Rusia 67,616 (72.5%) 89,813 (72.5%) 208,500 (76.9%) 423,792 (74.3%) 850,297 (66.3%) 946,590 (66.1%)
Ukrain 1,111 (1.2%) 4,363 (3.5%) 9,986 (3.7%) 45,484 (8.0%) 148,317 (11.6%) 123,238 (8.6%)
Tatar 2,227 (2.4%) 2,938 (2.4%) 14,046 (5.2%) 36,898 (6.5%) 97,689 (7.6%) 107,637 (7.5%)
Lain-lain 1,026 (1.1%) 6,115 (4.9%) 15,629 (5.8%) 43,106 (7.6%) 163,495 (12.7%) 223,959 (15.6%)

Statistik penting (2005)

  • Kelahiran: 19,958 (kadar kelahiran 13.5)
  • Kematian: 10,415 (kadar kematian 7.1)

Rujukan

sunting
  1. ^ (2002). "National Composition of Population for Regions of the Russian Federation" (XLS). 2002 Russian All-Population Census. Dicapai pada 2006-07-20.