Nefron
Nefron ialah struktur kecil dari buah pinggang. Ia terdiri daripada korpuskel renal dan tubul renal. Korpuskel terdiri dariapada segumpal kapilari bernama glomerulus dan suatu struktur berbentuk cawan bernama kapsul Bowman. Tubul renal memanjang dari kapsul. Kapsul dan tubul bersambung dan terdiri daripada sel-sel epitelium dengan lumen. Seorang dewasa sihat memiliki 1 ke 1.5 juta nefron di setiap buah pinggang.[1]:22 Darah ditapis ketika melalui tiga laipsan nefron: sel endotelium di dinding kapilari, membran asas dan di antara cuaran kaki di podosit di dinding kapsul. Tubul nefron memiliki kapilari peritubul bersebelahan yang mengalir keliling kawasan menurun dan menaik tubul. Ketika bendalir kapsul mengalir ke tubul, bendalir diproses oleh sel epitelium di tubul: air diserap semula dan bahan-bahan saling bertukaran (ditambah atau dibuang); pertama, dengan bendalir ruang-antara di luar tubul, dan kemudiannya ke plasma di kapilari peritubul. Proses ini mengawal isi padu bendalir badan dan pelbagai bahan-bahan dalam badan. Di peringkat akhir, bendalir akhir, air kencing, keluar, dan terdiri daripada air, sisa metabolisme dan toksin.
Nefron | |
---|---|
Butiran | |
Pendahulu | Blastema metanefron (mesoderm tengah) |
Sistem | Sistem urinari |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | Nephroneum |
MeSH | D009399 |
FMA | FMA:17640 |
Terminologi anatomi |
Penyakit-penyakit nefron lazimnya mengganggu glomerulus atau tubul. Penyakit-penyakit glomerulus termasuk nefropati diabetis, glomerulonefritis dan nefropati IgA sementara penyakit yang mengenai tubul termasuk nekrosis tubul akut and penyakit buah pinggang polisistik.
Rujukan
sunting- ^ Lote, Christopher J. (2012). Principles of Renal Physiology, 5th edition. Springer.
Pautan luar
sunting- Media berkenaan Nefron di Wikimedia Commons