Need A Break / Seketika
Need A Break ataupun versi Bahasa Melayunya Seketika merupakan sebuah lagu Inggeris ciptaan James Baum untuk penyanyi Dayang Nurfaizah yang mana diterbitkan dalam bentuk single CD pada tahun 2004. Hanya versi Bahasa Melayu dimuatkan dalam album solo keempat penyanyi itu iaitu Dayang Sayang Kamu. Single itu dirakamkan di sebuah studio rakaman di Australia dengan menggunakan perbelanjaannya sendiri manakala lagu Seketika dirakamkan di Kuala Lumpur, manakala rakaman dan proses adunan untuk Need A Break pula dijalankan di Studio 301, Sydney, Australia. Ia merupakan lagu pertama yang diterbitkan oleh Dayang sendiri menerusi syarikat rakamannya DNAD Entertainment.
"Need A Break / Seketika" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Dayang Nurfaizah menampilkan Caprice | ||||
daripada album Dayang Sayang Kamu | ||||
Dilancarkan pada | 27 Julai 2004 | |||
Format | CD (Single), Airplay | |||
Genre | Pop, R&B, Hip Hop | |||
Panjang | - | |||
Syarikat | DNAD Entertainment | |||
Penulis | James Baum | |||
Penerbit | James Baum, Dayang Nurfaizah | |||
Kronologi single Dayang Nurfaizah menampilkan Caprice | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Menerusi versi Bahasa Inggeris, DNAD memperkenalkan buat pertama kalinya rapper Ariz Ramli atau Caprice yang baru berusia 16 tahun untuk berkolaborasi bersama Dayang. Hasilnya lagu ini telah dicalonkan untuk kategori Best Urban English Song dalam NST Readers Poll 2004.