Navin Manogaran

penulis Malaysia
(Dilencongkan daripada Navin manogaran)

Navin Manogaran (Tamil: நவீன் மனோகரன்), (dilahirkan pada 31 Julai 1982) ataupun lebih dikenali sebagai M.Navin dalam dunia kesusasteraan Tamil merupakan seorang penyunting majalah dan penulis Tamil yang berasal dari Malaysia. Beliau merupakan pengasas majalah sastera Tamil dalam talian yang bernama ‘Vallinam’. Novel berjudul ‘Peichi’ yang dikarang oleh beliau pada tahun 2019 telah mencetus kontroversi sehingga kerajaan Malaysia telah mengutuskan larangan ke atas novel tersebut pada tahaun 2020.[1][2][3] Namun, banyak pertubuhan dari dalam negara dan juga serata dunia telah menyatakan tentangan mereka terhadap larangan yang diutuskan tersebut.[4] Beliau pernah menghasilkan pelbagai karya yang menarik perhatian peminat-peminat sastera Tamil. Kebanyakan karya yang dihasilkan oleh beliau menceritakan latar kehidupan dan taraf sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.[5][6]

Navin Manogaran
Lahir (1982-07-31) 31 Julai 1982 (umur 42)
Lunas, Kedah
PekerjaanGuru
WarganegaraMalaysia
PendidikanIjazah Sarjana Kesusasteraan Tamil
Tempoh1998 - kini
GenreFiksyen & Bukan Fiksyen
Karya terkenalSarvam Brahmasmi, Mandai Oodi, Boyak, Kadakka Mudiyate Kaalam, Maharaaniyin Checkmate, Meedum Nilaitha Nilalgal, Manasalayo, Ulagin Naakku
AnugerahPenyair Muda Tamil’ daripada Kerajaan Negeri Selangor - 2010, Pertubuhan Kesusasteraan Tamil dari negara Kanada - 2018
Laman web
https://vallinam.com.my/version2/

Latar keluarga

sunting

M.Navin telah lahir di sebuah pekan kecil yang bernama Lunas di negeri Kedah. Beliau mulakan persekolahan awal di Sekolah Tamil Ladang Wellesley, Lunas. Kemudian, beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas. Nama ayahnya Manogaran manakala nama ibunya Pecchay. Kedua-dua ibu bapanya mempunyai hobi membaca buku. Beliau mempunyai seorang kakak.

Ketika berumur 16 tahun, minat beliau dalam bidang kesusasteraan mula bertunas setelah mendapat persahabatan dengan M.A.Ilanchelvan, salah seorang penulis tempatan. M.A.Ilanchelvan menjadi salah seorang yang mencungkil bakatnya dalam bidang penulisan. Kemudian, M.Navin telah berhijrah ke bandar raya Kuala Lumpur.

Penglibatan

sunting

Pada tahun 2002, beliau telah menceburi bidang perguruan dengan melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan untuk menjadi seorang guru yang terlatih. Setelah memperoleh diploma perguruan, beliau telah berkhidmat di SJKT Batu Caves, SJKT Taman Melawati dan SJKT Ladang Sungai Rambai, Kuala Selangor. Kini, beliau sedang berkhidmat di SJKT Taman Melawati. Dalam pada itu, beliau juga sudah memperoleh ijazah sarjana dalam bidang kesusasteraan Tamil dari Universiti Malaya.

Penglibatan dalam penerbitan majalah

sunting

M.Navin pernah berkhidmat dalam penyuntingan majalah hiburan bulanan yang berjudul ‘Mannan’ selama dua tahun.

Beliau pernah berkhidmat sebagai penyunting kanan dalam penerbitan majalah sastera bulanan yang berjudul ‘Khathal’. Majalah tersebut pernah diterbitkan selama 10 bulan secara berterusan.

Beliau merupakan pencetus inisiatif untuk memulakan penerbitan majalah  ‘Vallinam’ sebagai majalah bercetak yang mengandungi pendekatan sastera Tamil moden pada tahun 2007. Mulai tahun 2009, usaha penerbitan majalah ‘Vallinam’ diteruskan sebagai majalah dalam talian.

Pada tahun 2014, majalah koleksi laporan penyelidikan yang berjudul ‘Parai’ telah diterbitkan di bawah penyeliaan M.Navin. Majalah yang dicetak sekali dalam suku tahunan itu diberhentikan setelah diterbitkan sebanyak enam edisi. Majalah tersebut mengandungi koleksi laporan penyelidikan yang dilakukan berdasarkan kesusasteraan Melayu dan Cina, kesusasteraan Tamil di Sri Lanka, isu kewarganegaraan dan kesusasteraan am sedunia.

M.Navin pernah berkhidmat sebagai editor dalam penerbitan surat berita ‘Mugavari’ yang diterbitkan  secara selang dua minggu sekali. Surat berita tersebut diterbitkan di bawah naungan syarikat surat khabar ‘Tamil Nesan’. Surat berita tersebut diberhentikan penerbitannya selepas dicetak sebanyak lima edisi.

Penglibatan dalam kesusasteraan

sunting

Dalam tempoh sepuluh tahun secara berturut-turut dari 2009 hingga 2018, M.Navin menerbitkan dan memperkenalkan pelbagai hasil karya penulis Tamil Malaysia dan Singapura dengan menganjurkan majlis aprisiasi kesusasteraan Tamil yang dikenali sebagai ‘Kalai Ilakiya Vizha’.

M.Navin pernah berusaha untuk mempelbagaikan sumbangannya dalam bidang seni sastera dengan menganjurkan pameran lukisan, pameran foto, pementasan teater drama dan majlis pelancaran buku.

Setakat ini, beliau pernah mengarang koleksi dokumentari berkaitan biografi 14 sasterawan Tamil veteran yang tinggal di Malaysia dan Singapura.

Penghasilan karya

sunting

Sehingga kini,  M.Navin telah mengarang dan menerbitkan 15 koleksi karya termasuk sebuah novel, tiga koleksi puisi, tiga koleksi cerpen, tiga koleksi petikan, tiga koleksi kritikan karya sastera, satu koleksi temu bual, satu koleksi karangan mengenai pengalaman peribadi dan sebuah lagi koleksi pengalaman pengembaraan.

Cerpen 'Bunian' hasil karya M.Navin yang asalnya ditulis dalam Bahasa Tamil telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu oleh S.T.Saravanan. Terjemahan cerpen itu telah diterbitkan dalam Dewan Sastera Mei 2021.[7]

Eksentrika turut menerbitkan terjemahan beberapa cepen dalam Bahasa Melayu yang asalnya ditulis dalam Bahasa Tamil oleh M.Navin.[8]

Novel Sigandi, tulisan M.Navin merupakan buku pertama di bawah FixiLingo yang mana menfokuskan untuk terjemahkan novel-novel Malaysia dalam pelbagai bahasa ke dalam Bahasa Melayu. Terbitnya novel ‘Sigandi’ dalam bahasa Melayu merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia, dimana sebuah novel Tamil Malaysia dipilih oleh penerbitan Melayu untuk diterjemah dan diterbitkan sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Maka, tidak dapat dinafikan bahawa Amir Muhammad dan Penerbitan Fixi mencatat sejarah baharu di sini.[9][10][11]

Penerbitan

sunting

Menerusi syarikat penerbitannya iaitu ‘Vallinam Publication’, M.Navin telah menerbitkan lebih daripada 39 buku yang mengandungi hasil karya penulis-penulis lain. Beliau juga mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku-buku rujukan dan buku latihan topikal untuk kegunaan murid sekolah Tamil menerusi syarikat penerbitan ‘Yaal’.

Sumbangan Lain

sunting
  • ‘Koleksi biografi’ - M.Navin pernah menemu ramah ramai penulis dan sasterawan Tamil yang berasal dari Malaysia dan Singapura untuk mengetahui latar hidup dan sumbangan mereka dalam bidang sastera Tamil. Kemudian, hasil temu ramah tersebut telah digunakan untuk mengarang koleksi dokumentari.
  • TamilAsiaBooks - salah satu platform yang membolehkan anda menemui buku. Misi laman web ini adalah untuk mempromosikan membaca dengan memerhatikan keperluan pembaca dan berusaha membina pengalaman melayari buku dan penemuan buku yang hebat. www.tamilasiabooks.com.
  • Panganjur Majlis Aprisiasi Kesusasteraan Tamil di Malaysia dan Antarabangsa.
  • Pengarang koleksi dokumentari berkaitan biografi 14 sasterawan Tamil veteran yang tinggal di Malaysia dan Singapuran.
  • Penceramah di Majlis Perasmian Persidangan Tamil Antarabangsa, Wellington, New Zealand.
  • Penganjur Bahagian Tamil di "Georgetown Literary Festival"
  • Pakar rujuk Penyemakan kandungan komik Bahasa Tamil di UPSI.
  • Hakim Pertandingan Singapore Literature Prize 2024.
  • Penceramah Seminar Penghayatan Hasil Sastera Barathi kali ke-11.
  • Wakil Malaysia "The Second Lianggzhu Culture Forum" di negara China 2024.
  • Penyelaras "Sai.Peer Mohamed Literary Salon" di Universiti Malaya.

Hadiah dan penghargaan

sunting

Hasil kerja

sunting

Karya fiksyen

sunting
  • ‘Sarvam Pramasmi’ (2007) - koleksi sajak
  • ‘Veri Naaigaluden Vilaiyaaduthal’ (2013) - koleksi sajak
  • ‘Mandai Oodi’ (2015) - koleksi cerpen
  • ‘Boyak’ (2018) - koleksi cerpen
  • ‘Peicchi’ (2019) - novel
  • ‘Magaraanian Chekmate’ (2019) - koleksi sajak
  • ‘Uchai’ (2020) - koleksi cerpen[13]
  • "Sigandi" (2022) - novel
  • "Sigandi" (2023) - Novel Bahasa Melayu
  • "Tara" (2023) - novel
  • “Vempatiyan” (2024) – koleksi cerpen

Karya bukan fiksyen

sunting
  • ‘Kadeke Mudiyaathe Kaalam’ (2010) - koleksi petikan
  • ‘Virunthaaligal Vidthu Sellum Vaalvu’ (2012) - koleksi kritikan sastera
  • ‘Vaguparaiyin Kadaisi Naarkaali’ (2015) - koleksi karangan
  • ‘Ulagin Naaku’ (2017) - pengenalan kepada sastera dunia
  • ‘Meendu Nilaitha Nilalgal’ (2018) - koleksi temu ramah
  • Naarin Manam’ (2018) - koleksi petikan
  • ‘Manasilayoo’ (2020) - pengalaman pengembaraan
  • ‘Malaysia Navaalgal’ (2020) - koleksi 1[14]
  • “Kumari Kottam” (2024) – pengalaman pengembara di Nepal
  • “Kyora” (2024) – pengalaman pemgembara di New Zealand

Bidang perfileman

sunting

M.Navin pernah bertugas sebagai penulis skrip dalam filem-filem tempatan seperti ‘Jerantut Nilaivugal’ dan ‘Maonam’. Beliau juga pernah menghulurkan sumbangan kreativitinya dalam filem ‘Vennira Iravugal’ (Malaysia), Jagat (Malaysia) dan Kabbali’ (Tamil Nadu).

Rujukan

sunting
  1. ^ https://www.vikatan.com/arts/literature/why-naveens-peichi-novel-is-banned-in-malaysia
  2. ^ https://www.jeyamohan.in/141876/
  3. ^ http://www.puthiyathalaimurai.com/newsview/89566/Tamil-writer-Ma-Navin-s-book-Peichi-banned-by-Malaysia-and-Tamil-writers-starts-supporting-him
  4. ^ https://www.aransei.com/news/malaysian-government-bans-novels-a-conversation-with-its-author/
  5. ^ https://tamil.indianexpress.com/literature/malaysia-government-bans-tamil-novel-peichi-m-navins-peichi-book-ban/
  6. ^ https://www.thehindu.com/books/books-reviews/rebel-with-a-cause/article33989505.ece
  7. ^ https://online.fliphtml5.com/phixd/oyic/#p=87
  8. ^ https://eksentrika.com/eksentriks/m-navin/
  9. ^ https://dewansastera.jendeladbp.my/2023/11/27/11929/
  10. ^ https://www.malaysiakini.com/hiburan/686396
  11. ^ https://www.buletin.my/artikel/112730
  12. ^ http://vallinam.com.my/navin/?p=3664
  13. ^ https://www.youtube.com/watch?v=oAITI0yv0XI
  14. ^ https://www.youtube.com/watch?v=lU6txbnIpN8