Nasi goreng kampung

jenis nasi goreng yang berasal daripada Malaysia

Nasi Goreng Kampung (Jawi: ناسي ڬوريڠ كامڤوڠ) ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran yang menjual secara à la carte. Nasi Goreng Kampung adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia dan Selatan Thailand.

Nasi goreng kampung
Nasi Goreng Kampung bersama telur goreng
JenisNasi Goreng Sunting ini di Wikidata
Tempat asal Malaysia
Kawasan/rantauSemenanjung Tanah Melayu iaitu Malaysia dan Selatan Thailand
Dicipta oleh Malaysia
Bahan utamaIkan bilis, belacan, kangkung, cili padi, cili api, bawang merah, bawang putih
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sebar di negara jiran

sunting

Bermula dari rancangan Master Chef Indonesia musim 8 dan 9 iaitu diperkenalkan oleh Pak Adi dan Victor[1].

Jenis masakan

sunting

Berbeza dengan nasi goreng jenis yang lain, nasi goreng ini dikenalpasti melalui cara masakan nasi goreng itu sendiri. Nasi goreng ini, selain menggunakan bahan tumis biasa iaitu bawang, lazimnya sayur dan ikan bilis turut digunakan. Sayur yang biasa digunakan pula ialah sayur kangkung. Nasi goreng kampung juga turut terkenal dengan kepedasannya kerana penggunaan cili api atau cili padi dalam masakan. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh meminta untuk tidak meletakkan cili agar kepedasan tidak terasa.

Kepelbagaian jenis nasi goreng ini bergantung kepada tukang masak itu sendiri.

Hidangan

sunting

Nasi goreng ayam secara lazimnya dihidang bersama hirisan timun. Terdapat juga yang dihidangkan bersama beberapa racik daun selada, telur goreng, hirisan tomato ataupun keropok, bersama sos atau sambal. Ada juga yang meletakkan sup sebagai sampingan.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting